Jul 26, 2010

QQ Baby Minky Cloth Diaper : Review

Ibu duk belek-belek draft entry, banyaknya entry yang tak sudah-sudah, kalau dah tak sudah tu cemana nak publish. Ni ada satu entry pasal review tentang QQ Baby CD, kena siapkan jugak ni sebab baru 2 cd yang saya buat review Rainbow BB dan Coola Baby CD, nak baca review tentang 2 cd tu klik jer kat sini dan sini.

QQBaby antara brand CD yang made in China, ada 2 jenis, plain dan minky printed. Asasnya bila mengenakan cd jenis minky, akan kelihatan lebih bulky berbanding plain cd yang diperbuat daripada polyester (PUL). Walaupun material minky nampak gebu jangan risau kerana kainnya tahan lama dan tidak hilang warnanya.

Ibu suka menggunakan cd ini kerana kemas dan suka dengan coraknya yang menarik. Ini antara corak yang ada;


Cuba lihat dengan lebih dekat, material luarnya (minky material);


Di bahagian dalamnya (inner) adalah micro suede, kasar sedikit jika hendak dibandingkan dengan microfleece (coolababy) tetapi masih lembut untuk kulit bayi, kering dan mudah dicuci. Latest version QQBaby materialnya lebih lembut softsuede berbanding yang versi terdahulu.


Bahagian dalam QQ Baby Minky, setiap set dijual pada harga RM33 (recommended price) disertakan dengan 2 insert. Cukup dengan menggunakan 1 insert sahaja pada satu masa boleh tahan selama 4-5 jam (untuk Umar yang berusia 1 tahun 1 bulan), disebabkan material minkynya adalah lebih sesuai digunakan 1 insert sahaja untuk mengelakkan nampak bulky.


Ini pula contoh QQ Baby Plain biasanya dijual pada harga RM28 beserta 2 insert, terdapat banyak warna-warna yang menarik dan menyerlah seperti orange, yellow, bright blue (maaf tiada dalam gambar).

Untuk versi terbaru telah dierbaharui dengan tambahan snap button di pinggan, ini sangat baik untuk mengelakkan drop wing bila anak bergerak aktif. Cuba lihat gambar di atas sekali, untuk yellow tiger, snow blue, snow orange dan pinkish tu adalah new version of QQ Baby CD.

6 comments:

  1. nak slowly blajar guna CD..nnt nak korek info dr sini yer..hehehe

    ReplyDelete
  2. Mamayatie,
    sangatlah dialukan.... korek jgn tak korek, jika ada apa2 boleh jer tanyakan pada saya InsyaAllah yg mana mampu saya jawab

    ReplyDelete
  3. akk idah pun nak minta izin korek info drpd blog akk ye..al maklumlah baru bertatih..idah pun suka QQbaby punye CD..

    ReplyDelete
  4. bagus wan buat review pasal CD..
    kakyong ni tak tersudah2 lagi... macam wan juga lah, dok dlm draft jer.. sudahnya berlapuk..

    lagipun bila tgk ade kwn dah buat review tentang jenama sesuatu CD jd malas plak nak buat...

    kena tunggu idea mari dulu.. supya review tu nampak lain sket... hehehee....

    kakyong guna minky utk Anis.. sesuai la utk dia yg montel... la ni Anis dah tak berCD dah... langsung tak mau dah.. Aliya plak kalo nak pakai minky, nampak bulky sgt, aliya kan comelote jer.... ;)

    ReplyDelete
  5. Idah,
    amik jer apa2 yg patut yg berguna yg tak berguna tu diam2 jer huhu

    idah dah try yg versi baru mesti idah lagi suker... :D

    ReplyDelete
  6. kakyong,
    itular, lama sgt duk bersarang.

    saya tunggu review kakyong plak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails