Skip to main content

Resepi Hari Ini - TomYam Ayam Putih

Mula-mula ibu nak mintak maaf dengan kakyong sebab tidak sempat nak join contest yang kakyong tag ibu semalam, ibu dah tengok sebenarnya malam tadi, kemudian geledah folder gambar untuk cari baju color putih, yang ibu jumpa gambar hakim dengan tshirt putih dan aiesyah dengan telekung solat sudah tentu color putih, tapi umar tiada pula.

Belum sempat buat entry umar sudah merengek nak tidur, bila temankan umar tidur... faham-faham aje lar, terus selamat. Hari ni tengok contest dah tutup. Ini kali ke-2 kakyong tag ibu untuk contest dan 2-2 ibu tak sempat nak join, maafkan ibu yer kakyong.

Semalam kami berbuka dengan bubur lambuk dan pulut durian, tadi bersahur masih dengan bubur lambuk yang berbaki. Perut ibu ni tak boleh tahan kena makan nasi juga, jadi hari ni ibu sudah siap masak tomyam ayam kung, tomyam putih. Tomyam yang masih belum sempurna, belum dimasukkan sayuran dan saderi.


Tomyam yang sangat senang dan simple ini memang mudah aje masaknya, kata kunci sudah tentu paling simple di alam semesta. Ibu tak kuasa nak masak lama-lama di dapur, sebab nanti banyak suara sumbang yang tidak enak didengari ;)

Ibu suka tomyam yang color putih, masam dan pedas, tapi untuk anak-anak tidak boleh terlalu pedas.

Notakaki: Hadiah pemenang Comellote Giveaway ibu dah pos hari Rabu menggunakan Pos Ekspress, maaf sebab terlewat sket pos bag keychain itu. Harap semua suka, yang ibu heran ada seorang lagi yang belum beri maklumbalas, agaknya tidak mahu hadiah kut. Ibu dah comment di blognya tapi tiada jawapan. Tengok senarai pemenang di sini.

Comments

  1. salam ibu..maaf lama xdtg jenguk blog ibu ye..ifa dah dpt dah hadiah tu ibu td siang..tq so much!nie tq n3 utk ibu..=)

    http://tiefazatie.blogspot.com/2010/09/tq-kak-wan-anie.html

    ReplyDelete
  2. Nur,
    boleh lar cuma tadi rasa kurang masin sket... hehe

    ReplyDelete
  3. tiefazatie
    time kasih tuk entry tu, ibu dah jenguk tadi.... selamat hari raya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.