Skip to main content

Booth Hospital Sg Buloh

Sepanjang minggu ini ibu akan berada di Hospital Sungai Buloh, di luar kafetaria tempat laluan pejalan kaki dekat dengan playground kanak-kanak.

Kepada yang berada berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh datang lah melawat booth ComelLote Collections di sini atau melawat ibu yang kaku tiada geng... hehe

Gembira dengan sambutan terhadap Cloth Diapers, ramai yang excited bertanya macam-macam, teruja menceritakan tentang lampin kain ini kepada yang baru mengenalinya, jika anda berada di sekitar sini dan ingin melihat sendiri cloth diapers ini sangat lah dialukan, datang jangan tak datang.

Booth ComelLote.Com

Macam tak percaya ComelLote.Com telah berada di luar talian, sebelum ini kami dikenali melalui online sahaja. Ibu ingin perkenalkan ComelLote.Com kepada semua ibu-ibu di luar sana.
Keadaan booth selepas diterjah pelanggan, ibu suka booth yang bersepah begini daripada tersusun kemas tidak berusik :-D

Kami akan berada di sini dari 11 - 15 Oct 2010, jam 10 pagi hingga 6.30 petang.

Comments

  1. bestnye bukak booth. good luck :)

    ReplyDelete
  2. wah tahniah.. bestnya kalo dpt peluang mcm ni.. sampai meniaga sambil dpt menyampaikan ilmu... buleh dpt lebih ramai kenalan...

    ReplyDelete
  3. congrates anie, semoga bertambah2 maju bisness...tumpang gembira & bangga...hopefully one day saya pun boleh wat gini

    ReplyDelete
  4. Syiqim,
    memang best cuma penat sket lar...

    ReplyDelete
  5. betul kakyong, best bukak booth ni :D

    ReplyDelete
  6. Yatie,
    boleh nanti kita together2 yer... hihi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. maju setapak lg... Semoga berjaya kak anie... Mmg seronok dpt buka booth dan kedai.. Kepuasannya mmg lain.. Penat tuh hilang bila booth mendapat sambutan..

    ReplyDelete
  8. thanks Qalesha....
    memang betul seronok di booth bila ramai yg singgah.... sambutan Alhamdulillah... cuma sedih bila kedai terpaksa tutup sebab belum ada pembantu...

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah, pembantu mmg kene carik yg betul2 jujur.. cuba kak anie post dlm mudah.my, insyaAllah ade je yg call. Akak baru bukak kedai jugak yer? Kat mana ek?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...