Skip to main content

Booth Hospital Sg Buloh

Sepanjang minggu ini ibu akan berada di Hospital Sungai Buloh, di luar kafetaria tempat laluan pejalan kaki dekat dengan playground kanak-kanak.

Kepada yang berada berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh datang lah melawat booth ComelLote Collections di sini atau melawat ibu yang kaku tiada geng... hehe

Gembira dengan sambutan terhadap Cloth Diapers, ramai yang excited bertanya macam-macam, teruja menceritakan tentang lampin kain ini kepada yang baru mengenalinya, jika anda berada di sekitar sini dan ingin melihat sendiri cloth diapers ini sangat lah dialukan, datang jangan tak datang.

Booth ComelLote.Com

Macam tak percaya ComelLote.Com telah berada di luar talian, sebelum ini kami dikenali melalui online sahaja. Ibu ingin perkenalkan ComelLote.Com kepada semua ibu-ibu di luar sana.
Keadaan booth selepas diterjah pelanggan, ibu suka booth yang bersepah begini daripada tersusun kemas tidak berusik :-D

Kami akan berada di sini dari 11 - 15 Oct 2010, jam 10 pagi hingga 6.30 petang.

Comments

  1. bestnye bukak booth. good luck :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. tahniah.. maju setapak lagi.. tumpang bangga ngan kejayaan kwn2.. chaiyokk!!

    ReplyDelete
  3. wah tahniah.. bestnya kalo dpt peluang mcm ni.. sampai meniaga sambil dpt menyampaikan ilmu... buleh dpt lebih ramai kenalan...

    ReplyDelete
  4. congrates anie, semoga bertambah2 maju bisness...tumpang gembira & bangga...hopefully one day saya pun boleh wat gini

    ReplyDelete
  5. Syiqim,
    memang best cuma penat sket lar...

    ReplyDelete
  6. betul kakyong, best bukak booth ni :D

    ReplyDelete
  7. Yatie,
    boleh nanti kita together2 yer... hihi

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. maju setapak lg... Semoga berjaya kak anie... Mmg seronok dpt buka booth dan kedai.. Kepuasannya mmg lain.. Penat tuh hilang bila booth mendapat sambutan..

    ReplyDelete
  9. thanks Qalesha....
    memang betul seronok di booth bila ramai yg singgah.... sambutan Alhamdulillah... cuma sedih bila kedai terpaksa tutup sebab belum ada pembantu...

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah, pembantu mmg kene carik yg betul2 jujur.. cuba kak anie post dlm mudah.my, insyaAllah ade je yg call. Akak baru bukak kedai jugak yer? Kat mana ek?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.