Skip to main content

Baru Pulang dari Guangzhou

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini, Alhamdulllah baru sahaja siap menulis entry untuk Trip Borong China dan Vietnam percuma, seperti kata Admin BBC; Saya Suka!


Ini adalah trip ke-2 ibu ke Guangzhou, semuanya berjalan dengan baik cuma ada beberapa barang yang dipesan oleh keluarga terdekat tidak sempat ibu belikan. Mohon maaf kerana masa 4 hari terasa sangat singkat untuk membeli-belah.

Kebanyakan kedai dibuka sekitar jam 10.30 ke 11 pagi menyebabkan masa ibu terbuang begitu sahaja di sebelah pagi kerana sebelum jam 9 ibu telah sampai di tempat memborong. Jika dahulu trip Januari jam 9 pagi kedai telah pun dibuka, tetapi agak menghampakan di bulan Jun ini. Nasib baik ada pemuzik jalanan yang menghiburkan dengan alunan muzik yang sungguh menyentuh hati.


Kedai tutup jam 6 petang, urusniaga hanya di sebelah siang, kebanyakan tempat memborong ditutup pada malam hari kecuali tempat-tempat tertentu. Jam 6.30 petang lampu pasaraya, lif dan tangga bergerak dipadamkan. Pernah sehari kami terlewat pulang turun ikut lif angkut barang.
Cuaca di Guangzhou sekarang lebih kurang sama sahaja dengan Malaysia, tetapi ramai yang mengeluh panas, mereka hairan bila melihat ibu yang bertudung dengan seluar panjang dan pakaian berlengan panjang. Tidak panaskah? Tanya penjual yang ibu temui.

Rata-rata wanita mereka bert-shirt dan seluar pendek, jika berseluar panjang punya lubang-lubang angin. Peniaga buah-buahan jalanan juga menarik perhatian ibu. Jika dulu ibu sempat beli strawberry, tapi kali ini sempat merasa buah-buah berry yang manis.




Sehingga berjumpa lagi, bersambung....

Comments

  1. Salam perkenalan :-) Singgah sini dari blog BabyIbu...Saje nak komen sebab terliur tengok buah2 kat pic yang last tu..hehehe..especially buah ceri tu..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal juga utk Coffe Mama,
    terliur ke? Kat Malaysia ni susah nak cari buah cherry dan berry macam ni.... apalagi peniaga jalanan yg jual...

    sana mangga dan manggis pun ada tau tapi harganya agak mahal... x sempat nak snap picture...

    jom ke Guangzhou...!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.