Skip to main content

Main Masak-Masak : Roti Sosej

Hari ibu masak nasi air, tengahari anak-anak minta buatkan roti sosej. Jadi kami main masak-masak, kebanyakan proses penyediaan roti sosej ini dilakukan oleh anak-anak cilik ibu 3 dan 5 tahun yang tidak mahu ke sekolah, belajar di rumah dan ini antara pelajaran hari ini ;)


Keluarkan roti, rolling bagi nipis, ibu tekan guna tapak tangan jer (aci?) Letak sosej aka frankfurter dan digulung kemas (sosej ibu potong dua kerana bimbang tidak mencukupi) dibimbangi 2 pelajar ini akan menggeletek sesama sendiri.

Jadi begini, penggulung utama Cik Aiesyah :)


Kemudian sediakan telur yang dipukul, celupkan roti tadi ke dalamnya, pusing-pusing, kerja ini biar cikgu yang buat yer kerana dibimbangi telur akan melimpah ruah ke luar pinggan.


Sekarang masa untuk menggoreng, ini juga cikgu yang lakukan, anak murid lihat sipi-sipi sahaja :) tidak sempat mengambil sebarang gambar sewaktu menggoreng, tengok ni, ini pun sudah agak kegelapan sedikit


Mari kita memotongnya bersama-sama


Makan bersama sos dan mayonis, nampak banyak kan? Habis semuanya cikgu dan 2 anak murid ini santap, tak tinggal satu pun kat abang Amirul. Sabar je lah.

Sekian, itulah cerita masak-masak kami untuk hari ini. Senangkan? Ibu-ibu silakan mencuba bersama anak-anak masing-masing. Jumpa lagi.


Comments

  1. wah good idea ni...boleh main masak2 ngan gegirls..lama tak main sama2..last menu bergedil,3 bulan sudah..

    ReplyDelete
  2. huhu..anak murid yg nama aisyah tu memang berminat sgt la ni ye...

    ReplyDelete
  3. @MamaYatie
    Sesekali main masak-masak dengan anak-anak seronok juga kan, maklumlah anak-anak kan selalu suka bila tolong ibu-ibu di dapur

    bergedil tu pun best jugak :)

    ReplyDelete
  4. @amirah
    ya betul pelajar yang paling komited..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...