Skip to main content

Jumbo Sport Day: Hakim's School

Bismillah, segala pujian dan kesyukuran hanya layak untuk Allah tuhan sekalian alam.


Bukit Beruntung, Sabtu 14 April 2012: Hari sukan sekolah Hakim untuk tahun 2012 atau dikenali sebagai Jumbo Sports Day. Acara bola jaring, bola sepak, lontar peluru dan pelbagai acara padang telah diadakan sebelumnya (pada minggu yang sama). Hari ini lebih kepada acara sukaneka dan sedikit acara balapan.

Sabtu kedua bermakna Abah kerja, ibu menjadi pengurus membawa 3 anak ini ke padang sekolah Hakim. Seawal jam 7 pagi kami bergerak dari rumah. Membawa bekalan roti sosej dan nugget goreng serta air kosong. Sampai sahaja di sekolah, Hakim terus menyertai rakan-rakan yang di lain mengikut rumah masing-masing, kuning, hijau, merah juga biru.


Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, kemudian acara kawat dan persembahan tabik hormat dan slogan setiap rumah.

Seronok anak berdua ni melihat abang/kakak berkawat, bukan apa ni, sibuk mencari abang Hakim, itu yang sampai ke depan.

Kemudian persembahan Taekwando oleh pelajar tahap 1, Hakim di depan sekali, memang bertenaga persembahan anak-anak ini. Untuk makluman, kelas Taekwando asas adalah wajib bagi pelajar tahap 1 di sekolah ini. Kelas lanjutan setiap hari Selasa petang, seragam dan boleh menjalani exam untuk naik pangkat, tukar warna tali pinggang.


Ini pula persembahan pelajar tadika

Kemudian berlangsung acara sukaneka, Hakim sertai 2 sukaneka secara berkumpulan, Alhamdulillah 2-2 acara tu kumpulan Hakim menjadi juara. Waktu ni anak-anak sudah sedikit bosan, ibu belikan tiup bubble untuk Aiesyah dan Angry Bird Ballon untuk Umar atas permintaan mereka. Aii... dah takde bosan lagi, seronok tengok diorang bermain bersama, seorang tiup seorang pecahkan dengan tongkat sakti

Sepanjang hari cuaca redup, cukup memberangsangkan untuk anak-anak bersukaneka, berlari. Acara untuk ibubapa pun ada, tapi ibu beri sokongan sahaja lah sebab ibu tiada pasangan hari ni

Pembelian makanan menggunakan kupon, pun tak ambil gambar kupon. Membeli sambil menderma, disebabkan kami sudah ada bawa bekalan dari rumah, jadi boleh jimat sedikit. Sedikit.. ya sedikit!

Acara kemuncak, tarik tali, nampaknya ibu bapa lebih bersemangat daripada anak-anak.


Jumbo Sports Day berakhir jam 12 tengahari seusai acara penyampaian hadiah. Juara keseluruhan Rumah Hijau aka rumah Hakim

Memang seronok pesta sukan begini diadakan, dapat merapatkan hubungan antara pelajar, pelajar dengan guru, guru dan ibubapa.

*Blog ini kepunyaan Wan Anie yang memiliki Syarikat Comel Lote Collections (001962543-T)
Fokus pada barangan keperluan serta aksesori bayi dan kanak-kanak.
 ~Baby & Kids Like~

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...