Skip to main content

Bagaimana Mengajar Anak Membaca Menggunakan Buku Adik Mari Baca


Anak tidak perlu diperkenalkan dengan nama-nama huruf serta tidak mengeja suku kata, perkataan atau ayat kerana cara buku ini disusun berdasarkan kaedah fonetik.

Sebutkan sahaja bunyi a seperti api atau ada
Bunyi i seperti itu atau ikan
Bunyi u seperti ulat atau ubat

Bunyi a disebut dengan membuka mulut, bunyi i dengan mulut kelihatan seperti senyum dan bunyi u perlu memuncungkan sedikit mulut.

Sebutan fonik setiap huruf ada dinyatakan di muka surat terakhir buku ini.

Kaedah fonetik amat berkesan dan merupakan kaedah terbaik dalam mempercepat dan menguatkan proses ingatan. Melalui kaedah ini, kanak-kanak tidak akan terlebih dahulu mengeja untuk menghasilkan bunyi sesuatu sukukata.

Penggunaan 2 warna merupakan cara yang sangat sesuai dalam melancarkan penguasaan bacaan kanak-kanak. Sukukata akan dapat dibezakan dengan cepat dan mudah semasa membaca. Sukukata pendek dengan bacaan berirama juga dapat membantu mempercepatkan daya ingatan kanak-kanak serta menanam keyakinan kanak-kanak terhadap penguasaan bacaannya tanpa membebankannya.


Pastikan suasana sewaktu membaca riang dan gembira serta tiada gangguan TV dan sebagainya. Latih kanak-kanak membaca dari sebelah kiri. Gabungkan bunyi sukukata dan gunakan jari anda untuk menunjukkan apa yang dibaca.

Buku 1 hingga 3 tidak menggunakan huruf besar, penggunaan huruf besar akan diperkenalkan secara tidak langsung dalam Buku 4.

Bacalah untuk anak dengan sebutan baku dan intonasi yang baik dan sentiasa memuji, dan sebagainya apabila anak-anak berjaya membaca sesuatu suku kata, perkataan dan seterusnya. Beri peluang jika anak-anak tersebut lambat menguasai kemahiran. Elakkan dari memarahi, menghina, membandingkan dengan anak-anak lain. Pastikan mereka sentiasa tenang dan periang.

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain juga penting dalam proses kemahiran membaca. Aktiviti yang boleh dilakukan diantaranya mengaitkan bunyi-bunyi huruf dengan bunyi-bunyi di sekeliling kita, mewarnakan huruf, bermain permainan perkataan seperti Sahibba, permainan memori, memancing huruf dan sebagainya.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...