Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Cloth Diapering Bayi Baru Lahir

Ramai yang menanti saat untuk melahirkan bayi dan ramai juga yang menunggu bayi membesar dengan sihat dan riang di dalam rahim masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua ibu, bakal ibu semua kerana telah menjadi orang yang diangkat darjatnya sehingga syurga diletakkan di bawah kaki ibu. Ada beberapa ibu yang menunggu saat melahirkan bayi pertama tidak lama lagi bertanya kepada saya, bagaimana hendak menggunakan cd kepada bayi mereka dan kalau boleh mereka tidak mahu membeli dispo diapers. Wah... tahniah dan saya sangat gembira sebenarnya dengan ibu-ibu muda ini yang membuat perancangan teliti untuk memberikan yang terbaik kepada bayi yang bakal dilahirkan nanti. Begitu juga dengan kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu semulajadi susu yang hanya dikeluarkan oleh wanita yang bergelar ibu. Bayi yang baru lahir perlu ditukar lampin setiap 2-3 jam sekali kerana badan mereka mengeluarkan banyak bahan kumuhan di awal kelahiran. Untuk memastikan anda mempunyai stok lampin yang men

Makan Malam Kami

Sekarang ni masih lagi petang tapi nak cerita pasal makan malam kami beberapa hari yang lepas. Ni kes malas masak sebab lauk pauk dah habis, bila kelaparan mulalah ajak semua makan kat luar. Hakim dan Aiesyah bila sebut jer nak keluar, memang suka sangat mereka. Nak recommend satu lagi tempat makan yang bersih dan sedap di area Rawang ni, rasanya berbaloi jika makan di sini sebab makanan dihidang menggunakan pinggan yang besar daripada biasa, besar macam pinggan di Big Plate. Restoran Six Stone Riverside ni sudah menjadi tempat makan pilihan keluarga kami sejak setahun yang lalu. Terletak tidak jauh dari Perodua Sg. Choh, jika dari Bandar Rawang anda kenalah menuju ke Sg Choh/Ipoh, belok kiri bila jumpa Traffic Light Sg. Choh lepas jumpa gerai buah-buahan dan MD Putu Bambu World . Bila masuk jalan tu terus jer sampai lagi ke satu traffic light simpang 3, belah kanan tu ke Perodua tapi anda kena pergi terus, sekejap jer lepas tu masuk simpang kiri ada signboard ke Sg. Buaya. Dari s

Saya Pernah Niaga Mee Goreng Tepi Koridor

Ini kisah benar, bukan rekaan dan dugaan semata. Saya dulu pakar menggoreng mee dan menjualnya di tepi koridor dengan harga sebungkus 50 sen. Ni mee goreng jual pasar malam, saya goreng mee kuali kecik jer Saya belajar menjadi usahawan daripada menjual mee semasa sekolah menengah dulu. Sekolah kami menjadi tuan rumah dalam acara sukan sekolah-sekolah seluruh negeri Terengganu. Waktu itu semua sekolah yang terlibat akan berkampung di sekolah kami, macam pelajar sukan sekolah dari Kemaman dan Dungun akan ditempatkan di bilik asrama dan mereka bermalam di sekolah kami sehingga habis sukan. Bermacam acara di adakan sempena minggu sukan tersebut antaranya jualan oleh pelajar-pelajar yang mewakili persatuan dan kelab masing-masing termasuk Persatuan Sains dan Matematik. Bila minggu sukan bermula ramai pelajar dari sekolah berhampiran akan datang untuk menyaksikan acara sukan dan membeli-belah di gerai jualan kami :D Bab menggoreng mee saya lah tapi yang sediakan bahan-bahan orang lain, c

Putu Bamboo Sedap

Suka tak makan putu bamboo ? Saya kalau dapat putu bamboo 5 ketul saya sorang jer makan. Dulu masa sekolah asrama setiap kali hari Sabtu time outing ke bandor (bahasa org ganu bagi bandar kt) saya memang akan beli putu bamboo paling kurang seringgit. Dulu seringgit boleh dapat 5 ketul siap dengan kelapa yang banyak menimbun kat atas. Ada yang tak pernah makan putu bamboo ke? Putu Bamboo diperbuat daripada tepung beras dan tepung pulut (kalo tak silap lah sebab saya pun tak arif) dicampul dengan kelapa, di dalamnya ada gula melaka. Dimasukkan ke dalam bamboo dan di masak dengan wap, sebab tu dipanggil putu bamboo (saya tak cakap buluh yer sebab orang tak pernah panggil putu buluh ... ha..ha :D ) Picture from google Sekarang bila duk sini rasanya susah sket nak cari putu bamboo , kalau ada pun orang jual kat pasar malam jer. Ada yang dah commercial kan putu bamboo ni, macam MD Putu Bamboo . Pada yang biasa lalu kawasan Rawang dan tahu lokasi orang jual banyak buah-buahan dekat deng

Cerita Ibu Beranak 3.............

Selamat pagi Khamis, hari yang berkat banyak perkara sunat yang boleh dilakukan hari Khamis ni antaranya puasa sunat dan potong kuku. Ibu ni kena puasa wajib sebab qada' puasa belum habis lagi. Dugaan ibu beranak 3 yang menjaga sendiri anak-anaknya, ada waktu ibu rasa cukup bahagia bila anak-anak buat hal sendiri, main sesama diorang dan berkemas cara diorang, sedar dah berkemas satu sudut yang tak payah lah ibu nak cerita panjang lebar, sesiapa yang punya anak dalam lingkungan umur 1-3 tahun pasti tahu maksud ibu. Bila anak berkemas 30 minit, ibu kena kemas balik hampir 1 jam. Dah nama anak-anak itu lah dia. Bila tiba waktu solat, ada waktu anak-anak sangat faham bila ibu cakap nak solat dan tak kacau, tapi ada juga waktu yang diorang duk tersengih kat depan sejadah..... kadang tu si Umar panjat belakang bila ibu sujud. Umar dah pandai menyakat kakaknya sekarang, buat muka dan menjerit bila kakak Aiesyah ambil barang dari tangannya. Aiesyah cukup penyabar, walau dipukul Umar d

Petang-petang ni Bestnya Kalau Ada....

Cekodok pisang :D Cucur Udang :D Cempedak goreng :D Jangan marah nanti kena jual....

Menanti Kelahiran Bayi Pertama

Tiba-tiba hari ni nak cerita pasal kelahiran anak pertama, bukan apa sebab ramai adik-adik yang sedang berdebar-debar sekarang menunggu kelahiran bayi pertama mereka. Excitednya hendak menerima kehadiran anak pertama dirasakan sedari awal mengandung lagi. Ini adalah hadiah anniversary pertama yang paling tidak dilupakan apabila saya disahkan hamil 3 minggu! . Entry tentang pengalaman melahirkan bayi pertama saya di sini . Segala kelengkapan dan keperluan bayi disediakan sedikit demi sedikit mengikut budget dan menentukan hospital untuk melahirkan nanti. Kelengkapan Bayi - Barut - 10 helai - Bedung/Selimut - 5 helai - Cloth Diapers - 20 keping - Nappy Liner - 1 kotak - Wet Tissue - 1 besar, 1 kecil - Toileteries - Tuala - 3 helai Pakaian Bayi - Romper (ramai yang suka pakaikan ni sebab cuaca panas) - Booties & Tooties - Baby Cap - Baby pyjamas - Baju cantik tuk jalan-jalan :D Lain-lain keperluan - Set tilam dan katil bayi (ikut keperluan masing-masing) - Kelam

Tak Sabar Nak Cash Out Nuffnang

Saya budak baru belajar, excited nak cash out Nuffnang, orang lain dah beberapa kali dah cash out :D Sejak dapat buffered earning hidup saya berbunga-bunga sebab earning saya cepat sungguh meningkat. Dulu waktu mula-mula letak Nuffnang kat blog saya macam menunggu buah yang tak gugur sebab earning asyik RM0.00 saja, masa tu menanti dan terus menanti bilalah orang nak klik iklan kat blog saya :) Mendaftar dengan Nuffnang pada September 2009 dan masa tu tak tahu pun fungsi Nuffnang sebenarnya, seronok tengok ada keluar iklan macam-macam dan setiap iklan tu sangat menarik pada saya sebab tu saya letak dalam blog. Buffered Earning pertama kali pada January 2010 dan sejak dapat buffered earning yang pertama, lepas satu satu buffered earning pendek kata sentiasa ada Alhamdulillah. Walaupun buffered earning tidak lah sampai 8 sekaligus macam yang diberitahu oleh seorang kawan blog, paling tinggi saya dapat pun 4 jer, sekarang yang masih berjalan 3 yang lain-lain dah jadi metered earning

Jom Tengok Warna Warni Dunia Kami

Selamat bekerja pada semua terutama yang bekerja di pejabat dan juga tidak dilupakan pada yang bekerja di rumah dan di mana sahaja :D Bagaimana dengan hujung minggu anda? Sebenarnya kami bercadang nak ke 3 tempat seperti entry sebelum ni, tapi kami sempat ke 2 tempat saja. Jakel tak sempat pergi sebab keluar dah lewat lagipun ramai sangat manusia, kami ke Tasik Shah Alam dan I-City. Jom tengok gambar warna warni dunia kami pada hujung minggu lepas. Layannnn.... Puas tak tengok gambar-gambar ni, kalu tak puas kenalah pergi sendiri ke I-City Shah Alam, kami pertama kali sampai ke sini tak tahu juga jalan nak ke sana pada mulanya. Pada anda yang nak ke sini lebih senang menggunakan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), tuju saja Padang Jawa ada signboard ke I-City juga. Ikut jer jalan tu sampai jumpa simpang masuk ke I-City sebelah kiri, ada dua jalan utama ke sini, simpang pertama I-City masih dalam construction jadi anda kena ikut jalan kedua, jalan yang sama nak ke Jakel Shah

Nak Ke Mana Hari Ni?

Jakel Shah Alam Tasik Shah Alam I-City Shah Alam

Semakin Tua Semakin Romantik

Apakah yang di dalam fikiran jika disebutkan romantik? Setiap wanita inginkan pasangan yang romantik kan? Adakah romantik itu apabila si dia membuat kejutan candle light dinner di hari anniversary dan dihadiahkan sejambak bunga beserta kotak barang kemas bertatahkan berlian? Adakah romantik itu apabila si dia sentiasa menelefon setiap 3 jam hanya untuk menyatakan yang si dia rindu dan cinta  kepada kita? Adakah romantik itu apabila si dia tidak mahu melepaskan tangan kita apabila berjalan dan bersiar-siar sehingga sukar untuk mengambil sesuatu dari poket dan handbag? Adakah romantik itu apabila pada masa-masa tertentu si dia bercakap dengan lemah lembut dengan pujuk rayu dan menyentuh mesra tubuh kita? Saya lihat adegan romantik ibubapa saya dari perspektif yang berbeza sekarang kerana saya tidak pernah melihat apa yang tergambar sebagai romantik di fikiran saya pada kedua mereka walaupun sudah bersama hampir 46 tahun. Ikatan kasih sayang dan keakraban teman hidup sangat menawan

Apa Nak Buat Lepas Baru Dapat CD

Masih baru dalam penggunaan dan pengendalian CD, atau masih ragu-ragu untuk menggunakannya kerana banyak perkara yang masih samar-samar? Teringat suatu dahulu keika kali pertama saya membeli cd tidak sabar untuk melihat, menyentuh dan merasa kegebuan cd yang dibeli. 2 hari terasa begitu lama....... bila cd dah dapat excitednya kemain tapi tak tahu nak buat apa dulu, nak basuh macam sayangnya, bila terkena air lembutnya fabrik insert dan cd membuatkan tidak sabar untuk diletakkan di badan anak. Periksa CD Bila dah dapat kenalah check dulu, QC sama ke dengan yang kita order nanti order 2 insert tapi dapatnya 1, order jenis AIO tapi dapatnya pocket cd. Basuh CD Baru - Jenis pocket cd biasanya dijual bersama insert (diperbuat daripada microfiber untuk menyerap basahan) ada yang 1 insert dan ada yang dijual dengan 2 inserts. - Tidak kira jenis pocket cd atau All In One semuanya perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan - Insert perlu dibasuh untuk menghilangkan kesan-kesan

Kaedah Mendidik Anak 7P

Kaedah 7P dalam mendidik anak-anak. 1- PERHATIAN Berilah perhatian yang maksimum sehingga hatinya puas, jgn hanya menonton tv selepas pulang kerja, berita mengenai anak2 orang lain terbunuh, kemalangan dll, sedangkan anak sendiri di rumah tidak diberi perhatian. Apabila anak memanggil kita sering mengabai dan memarahi, anak akan melakukan ini kepada kita di kemudian hari, mereka belajar dari kita, what you give is what you get . Perhatikan bakat, minat, fesyen yg disukai anak dll.Anak2 sangat2 perlukan perhatian ibu bapa ketika kecil, ketika remaja lebih2 lagi mereka perlukan perhatian ibu bapa. Tips jika anak membuat aksi2 nakal ketika tetamu dtg ke rumah, anak2 ini hakikatnya mahu perhatian ibu ayahnya, utk mengatasinya, beri sedikit sahaja perhatian kepadanya dengan memuji dan memeluknya. InsyaAllah dia akan kembali tenang. 2- PUJI DAN PELUK . Pujian akan membuat kantung jiwa anak penuh. Ayah perlu memuji anak perempuan spy anak perempuan tidak tercari2 pujian dan pengharg