Alhamdulillah, sudah sampai hari ke-8 berpuasa, masih lagi bertahan untuk tidak ke bazar Ramadhan, dan minum ais. Antara azam puasa tahun ini... tahun lepas ada juga ke bazar walaupun hanya beberapa kali sahaja, tahun ini biar makan ringkas, air tangan sendiri. Bukan apa, sebenarnya pernah ada pengalaman mengalami keracunan makanan gara-gara beli makanan di bazar, pernah juga makan kuih tak ada rasa.... nampak menarik. Ye lah peniaga juga puasa, mereka tidak dapat merasa makanan yang mereka masak. Cirit-birit di bulan puasa memag menyeksakan, lembik... Jadi bermula tahun lepas, ibu mahu memasak sendiri juadah berbuka, biar ringkas, tapi cukup mengenyangkan. Alhamdulillah di Malasia belum lagi ada kes tidak dapat makan langsung semasa bersahur atau berbuka (jika ada pun kes terpencil yang tidak diketahui), jauh berbeza dengan warga Somalia yang menghadapi kebuluran serius akibat tiada apa hendak dimakan. Tadi ibu dengar tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Syed Norhisyam, kata us