Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Daftar Akaun Tabung Haji di ATM Maybank

Sebelum ini apabila hendak masukkan duit ke Tabung Haji kena pergi ke mana-mana pejabat Tabung Haji, isi borang deposit, ambil nombor, tunggu giliran dan ke kaunter apabila nombor dipanggil. Ada masa kena cuti separuh hari hanya untuk ke Tabung Haji. Jadi ini adalah berita baik kepada saya yang jarang ada masa untuk ke bank apa lagi Tabung Haji pada hari bekerja. Servis ini sudah lama, cuma saya yang baru tahu. Jadi untuk rekod dan makluman kepada anda yang belum tahu bagaimana caa untuk masukkan duit ke Tabung Haji dengan hanya transfer sahaja menggunakan Maybank2U. 1. Daftar Tabung Haji di ATM Maybank Ini langkah pertama yang kena buat, baru nombor Tabung Haji kita ada dalam M2U. Caranya, pergi ke mana-mana ATM Maybank. Masukkan kad ATM kemudian masukkan no pin kita sendiri. Kemudian pilih Tabung Haji. Pilih Pendaftaran Akaun Dewasa, masukkan nombor akaun Tabung Haji kita. Selepas itu kena masukkan no siri Buku Tabung Haji pula. Masa mula-mula nak daftar tak bawa buku