Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya. Realiti yang menyedihkan! Sebab itu umat ini tidak bangun! Komen seorang tokoh Yahudi terhadap kelembapan budaya membaca umat Islam, dia berkata: "Kita tidak takut dengan Orang Islam. Sebab Orang Islam kini adalah umat yang tidak membaca!" Membaca bukan satu hobi tapi satu tuntutan dan keperluan umpama nafas menuju kejayaan. Kerana itu, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah "Iqra'" atau Bacalah! Membacalah kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu, dan ilmu adalah imam kepada segala amalan. Amalan membawa kepada taqwa dan itulah sumber kekuatan kita di dunia dan akhirat. Dalam 5 ayat surah al-Alaq itu mengandungi 2 syarat, agar membaca mencapai matlamatnya: Pertama: