Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cerita Ibu

Makanan Tambahan aka Supplement

Dulu-dulu masa bujang sehingga berkahwin, ibu mengambil dua makanan tambahan, Spirulina dan EPO (Evening Primrose Oil). Semasa mengandungkan anak sulung (Hakim) ibu masih teruskan pengambilan Spirulina. Selepas melahirkan anak pertama, pengambilan makanan tambahan menjadi tidak konsisten, sekejap ambil... sekejap tidak. Faktor kewangan juga menjadi punca, katakan 1 botol harganya dalam RM60, jika 2 jenis sudah RM120. Biasanya tahan satu bulan sahaja. Ibu akui memang tidak boleh konsisten ambil supplement apalagi bila sudah beranak pinak, komitmen lain lebih penting... sehinggakan ibu lupa menjaga kesihatan sendiri. Apakah vitamin dan makanan tambahan benar-benar diperlukan oleh tubuh kita? Berapa kadar yang sepatutnya kita ambil? Kena juga ambil tahu sebelum mula 'consume' sebarang 'supplement'. Paling ditakuti apabila makanan tambahan yang masuk itu tidak dapat dihadam sepenuhnya (ada ke kes begini) dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang? Kasih...

Ibu Yang Rindu....

8 Jun 2013 Rindu Malam ini kami kekurangan seorang ahli keluarga, abang Hakim tidur di hutan. Dia mengikut jiran kami 'camping'. Sebenarnya sudah beberapa kali Hakim minta untuk ikut sama pergi ke hutan, cuma kami yang tidak benarkan. Memandangkan sekarang cuti sekolah, kami benarkan Hakim ikut dengan beberapa syarat. Kami doakan Hakim belajar sesuatu dari pengalaman ini. Rindu..... Ibu juga belajar sesuatu, rupanya begini perasaan bila rindu pada anak, ianya tidak sama seperti anak ke sekolah apabila kita tahu anak tidak bermalam bersama kita. Ianya seperti rindu pada anak ketika mula-mula bekerja selepas habis pantang...  Perasaan rindu seorang ibu lebih perit daripada rindu seorang anak pada ibunya (ini yang ibu dapat rasakan tika ini). Tiba-tiba ibu teringat pada mak ibu di kampung, bersalah pula rasa bila tidak balik kampung cuti sekolah ni. Ikutkan hati memang mahu terbang terus sampai ke kampung... rindunya Allah sahaja yang tahu.  Sal...

Kisah Ibu Yang Pelupa

02 Mei 2013: 9.20malam Baru ada 3 anak ibu ini sudah lupa hari lahir anak sendiri! Semalam Hakim tanya ibu bila hari lahirnya? Ibu cakap, bulan 5 Hakim kata, sekarang bulan berapa? Bulan 5 Berapa haribulan 5! ooooo.... 3 haribulan! Ibu lupa esok hari jadi Hakim rupanya, Ya Allah! ======================================================== 03 Mei 2013 Jam menunjukkan jam 5.47pm, hujan lebat di luar Macamana Hakim nak balik sekolah hujan lebat ni? Sekejap lagi reda hujan, boleh Hakim balik 6.05pm: Hujan semakin reda Lega.... Hakim sudah boleh kayuh basikal dalam hujan begini, walaupun masih basah 6.15pm: Hati tidak keruan, Aiesyah , Umar cepat siap kita pergi tengok abang Hakim kat sekolah Ya Allah rupanya basikal Hakim ada di luar rumah, ibu betul-betul lupa kena ambil Hakim di sekolah KAFA  setiap Jumaat memang Hakim tidak naik basikal. Apa sudah jadi?

Vitamin C Jadi Ubat Kurus

Beberapa hari lepas ibu order vitamin C, beli online macam biasa.... teruja bila membaca testimoni pengguna. Perempuan mana tidak teruja dengan kecantikan kan? Hampir lupa yang barang akan sampai hari ini. Habis sahaja kelas, ibu terus balik... dalam perjalanan ibu terserempak dengan van Poslaju berhenti di tepi jalan, baru ibu teringatkan barang yang ibu beli..... ibu tanya abang Poslaju, ada tak barang ibu? Macam kenal... memang abang poslaju tu cam ibu, agaknya selalu terima barang. Terus dia keluarkan kertas dan barang untuk ibu sign. Nasib baik jumpa di sini.... hari ini banyak sangat barang yang hendak dihantar katanya. Biasalah online sudah menjadi medium membeli-belah popular zaman kini, Rabu cuti jadi bertambah lah barang yang hendak dihantar. Teruja barang sudah terima tapi hampa bila buka parcel, vitamin C sudah jadi ubat kurus! Oh walaupun ibu ini tidaklah langsing tapi belum berminat lagi dengan ubat kurus... hihi bukan perasan kurus, ibu ini pun dalam proses untu...

Cekalnya Hatimu Duhai Anak....

Cekalnya hatimu duhai anak..... Sudah sebulan Hakim berulang-alik dari rumah ke sekolah kebangsaan, balik sekolah ke pasti (tempat ibu mengajar) dari pasti ke sekolah KAFA, dari KAFA pulang ke rumah menaiki basikal. Jarak dari rumah ke sekolah dalam 3 kilometer, tidak jauh, ianya menggunakan jalan utama dan juga terdapat sekolah menengah sebelum sampai ke sekolah kebangsaan. 3 hari pertama abah teman Hakim berbasikal ke sekolah dengan menunjukkan jalan melalui taman perumahan. Petang ini hujan lebat, bagaimana Hakim mahu pulang ke rumah dalam hujan? Ibu pergi meninjau keadaan di sekolah Kafa, belum sampai di sekolah, selisih dengan Hakim yang bersungguh-sungguh mengayuh dalam hujan. Bag yang digalas di belakang, habis lencun dengan kesan kotoran dari tayar basikal belakang yang tiada  mudguard  . Ya Allah kasihan anakku berbasikal dalam hujan, selamatkan perjalanannya. Alhamdulillah selamat sampai di rumah dengan senyuman. Cekalnya hatimu duhai anak......

Rehatkan Badan Segarkan Minda

Apa khabar ibu-ibu hari ini? Cuti sekolah sentiasa dinantikan oleh anak-anak, belum lagi cuti mereka sudah merancang aktiviti mereka sendiri, paling popular adalah balik kampung. Apa aktiviti ibu-ibu cuti sekolah ini? Balik kampung bagaikan menjadi aktiviti wajib bila tiba cuti sekolah. Hati ibu ini sangat terikat dengan kampung halaman, nyaman, indah, tenang, paling utama orang tua ada di sini. Rindu dengan mereka, mahu bertemu adik-beradik. Anak-anak pula rindu dengan sepupu-sepupu mereka. Balik kampung kali ini berbeza sedikit, kami merancang untuk berehat dan bermalam di Peladang Setiu Agro Resort. Lokasinya di daerah Setiu, sekitar 10km dari Bandar Sri Permaisuri. Kelihatan terpencil dan tidak diketahui umum, namun bagi ibu ianya lokasi menarik meluahkan penat lelah, tempatnya nyaman, tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota.  Kali terakhir ibu ke sini semasa sekolah menengah dulu, berkhemah di sini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti flying...

Tidak Puas Hati = Tidak Redha

Sila jangan buat sebarang andaian ketika membaca apa yang ibu tuliskan ini, sekadar luahan dan cerita sembang pagi ini :)  Matangkah seorang yang bergelar ibu kepada anak yang sudah menjejakkan kaki ke menara gading berperangai seperti gadis belasan tahun? Itu yang terlintas di benak ibu tatkala melihat reaksi seorang kakak yang bermasam muka kerana sedikit masalah. Mana ada manusia yang tiada masalah kan? Allah bagi kita masalah untuk melihat bagaimana kita menghadapi dugaan itu?  Jika ada ketidakpuasan hati maka berbincang dan cakap baik-baik, bukan dengan menarik muka masam, ditegur tidak dijawab, sanggup tidak makan hanya kerana ingin menunjukkan keegoan sendiri? Hebat sangatkah kita ini? Matangkah perbuatan seperti itu? Apabila kita tidak berpuas hati dengan seseorang, sebenarnya kita tidak puashati dengan diri sendiri juga. Apabila kita tidak puas hati dengan sesuatu situasi atau keadaan yang telah pun berlaku, samalah seperti kita tidak puas hati ...

Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk

Alhamdulillah kesyukuran hanya layak dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. 1. Menerima berita kehadiran anak saudara baru dalam keluarga kami, cucu ke 43 dalam keluarga besar Haji Wan Ismail dan Hajah Meriyam@Esah. Ini adalah kelahiran pertama anak bongsu perempuan Cik dan Ayah. Perempuan 3.15kg. Comel kan? Bayi yang lahir dalam keadaan fitrah, suci bersih. 2. Menang contest teka jumlah di Blog Elissmie.com  Main teka je masa contest tu, tak sangka pula dapat jawab paling hampir, dapat hadiah fridge magnet. Bila buka bungkusan rupanya bukan fridge magnet sahaja, ada juga aksesori lain... terima kasih banyak Elissmie! Ini lah dia hadiah yang ibu dapat. 3. Hadiah Buku Ustaz Azhar Idrus dari DS E-Galeria Book terima kasih banyak kepada pemilik kedai buku DS E-Galeria Book ini. Semoga murah rezeki :) 4. 10 Buffered Earning sedang berjalan di blog-blog milik ibu, Alhamdulillah... baru sahaja dapat cek Nuffnang awal bulan haritu, rezeki. 5. Sudah ...

Cek Nuffnang Datang Lagi :)

Alhamdulillah cek Nuffnang yang kelima sudah sampai di tangan (sudah bank in pun) walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak orang lain, tapi ini adalah cek paling banyak yang ibu dapat dari Nuffnang. Boleh buat bayar bil broadband Celcom dan beli baju sekolah anak :) Sebut baju sekolah, rupanya kami belum sediakan apa-apa kelengkapan sekolah Hakim. Memandangkan Hakim akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan tahun depan, maka dari A-Z semua kena beli baru kecuali seluar sekolah (warna biru yang sama). Tahun depan akan bermula cabaran baru dalam hidup ibu, doakan ibu tenang dan bahagia dengan apa yang akan ibu lakukan nanti. Ibu sendiri yang ingin terjun ke bidang ini, cari pengalaman baru InsyaAllah. Anak-anak juga sudah besar, Umar sudah 4 tahun (sudah boleh dapat baby baru) Dunia online memberi peluang ibu menjana pendapatan, terima kasih Allah! Banyak sebenarnya yang boleh dilakukan di dalam dunia online, bisnes produk, bisnes dropship, bisnes servis (jual kupon FB Ads, E-book,...

Kenapa Ibu Tidak Solat?

Soalan yang sukar dijawab.... Anak ibu Hakim 7 tahun seusai solat Maghrib bertanya kepada ibu soalan di atas. Ibu mencari-cari jawapan yang sesuai, spontan ibu menjawab;  "Ibu tidak boleh solat" "Tapi kenapa?" Hakim tidak puas hati "Perempuan ni istimewa, Tuhan sayang lebih..." ibu cuba berseloroh menggunakan kata-kata Kak Ros di dalam satu episod Upin Ipin. "Tipu... " "Orang perempuan Allah bai keistimewaan, boleh rehat dari solat dalam jangka masa tertentu sahaja" ibu mula mencari idea yang sesuai diserap oleh anak 7 tahun ini "Ye lah tu.... Mana aci?" Hakim masih tidak puas hati. Perbualan berhenti setakat itu, ibu sudah lupa apa yang berlaku waktu itu... Di hari yang lain, persoalan, "Kenapa ibu tidak solat?" masih lagi bermain di bibir Hakim. Ibu perlu menjawab dengan cara yang berbeza dari jawapan sebelum ini. "Allah ciptakan kaum lelaki kuat daripada kaum wanita, wan...

Semakin Panjang Usiaku, Semakin Pendek Umurku

Sudah lama meninggalkan blog kesayangan ini, hari ini ibu ingin mencoret sesuatu di sini Gara-gara ledakan facebook, blog sedikit terpinggir :) Pertamanya ibu mahu ucapkan terima kasih kepada semua teman, rakan dan sahabat yang mengucapkan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan ibu dan keluarga. Terima kasih banyak kalian memang baik hati. Hanya Allah sahaja, ibu berdoa agar sahabat mendapat rahmat Allah yang berpanjangan.... Genap 33 tahun hari ini mengikut kalendar Masihi, sudah lebih usia ibu mengikut kalendar Hijrah. Semakin panjang usia, semakin pendek sebenarnya umur ibu ini. semakin dekat dengan kematian, semakin hampir menemui Pencipta Yang Abadi. Hari demi hari, tahun demi tahun semakin kerdil dan kecil diri ini, semakin kurang ilmu di dada, semakin gentar hati ini jika dijemput Ilahi tatkala belum bersedia.  Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (ujian). Dan hanya k...

Indahnya Berbudi Kepada Tanah

Pagi Sabtu pagi yang cukup cerah, damai dan menenangkan. Apa khabar anda pagi ni? Ibu doakan anda dalam kesihatan yang baik. Apa perkara pertama yang anda lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur? Berdoa dan bersyukur, syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan melaksanakan tugas hari ini, syukur masih ada ibu bapa yang kita masih punya ruang dan waktu untuk berbakti kepada mereka, syukur masih punya suami yang sihat dan baik, bertanggungjawab, syukur ada anak-anak yang boleh kita curahkan kasih sayang. Semuanya syukur, syukur, syukur. Fokus pada kesyukuran (yang banyak) dan bukan kekurangan (yang sedikit) Ibu memandang ke luar, pokok pisang hidup subur di depan sana, tidak lama lagi dengan izin Allah akan mengeluarkan hasil. Pohon buluh madu yang sudah meninggi dan menjadi tempat berteduh ibu waktu petang. Sungguh indah dan tenang pohon ini, pohon yang tiada dosa, sentiasa berzikir kepada Allah. Cerita mula-mula menanam pohon buluh dan pokok pisang di sini . P...

Aura Positif Anak-Anak

Sudah hampir jam 12 malam. Anak-anak lena dibuai mimpi seusai menyiapkan kerja sekolah. Ibu sayu melihatkan Hakim yang lembik kurang bermaya. Mata anak ibu ini kelihatan merah semasa ibu mengambilnya di sekolah petang tadi. Pelbagai andaian di dalam benak ini, bergaduhkah? Kena marah dengan guru kah? Jatuh kah? Sebaik masuk sahaja dalam kereta, air mata jatuh dari kelopak mata sambil berkata "Hakim demam". Tangan ibu tangkas merasa kepala Hakim dan ternyata kepala dan badan Hakim panas melebihi suhu badan normal. Ibu pegang bahu Hakim seraya berkata dengan nada memujuk "Hakim demam? Sikit sahaja ni, esok baik lah ni" Niatnya supaya Hakim berhenti menangis rupanya semakin tersedu. "Mu'alimmah kata esok tak payah datang sekolah" kata Hakim sambil menangis. Oh anak ibu kan kuat, Hakim memang jarang sakit,  ibu sendiri sudah lupa bila kali terakhir Hakim demam panas begini. Antara ke-3 anak ibu Hakim anak yang paling kuat antibodi (jika ibu boleh ...

Petang Yang Tenang

Alhamdulillah, baru selsai merasai buah jampu yang manis pemberian jiran belakang rumah, sungguh bertuah dikelilingi oleh jiran-jiran yang baik dan pemurah. Waktu petang begini, anak-anak menghabiskan masa bermain di laman rumah, bermain pasir buat kuih ke apa tu? Abang Amirul biasalah dengan basikal yang sudah agak kecil baginya.  Nasi baru je masak, tadi ibu beli ikan tongkol, orang kampung ibu panggil 'ike ayo' dan daerah lain di negeri ibu memanggilnya 'ikang aye'. Ikan sudah dikukus, mahu proses ikan gulai, buat nasi berlauk pagi esok :) Aiesyah dan Umar suka-suka hati tidak mahu ke sekolah, minggu ini hanya satu hari ke sekolah, bila ditanya Aiesyah cakap, esok gi sekolah, lusa tak pergi sekolah, gilir-gilir... pandai pulak ye ikut jadual sendiri, mentang-mentang ibu di rumah, sesuka hati je nak belajar di rumah, Aiesyah cakap ibu kan cikgu :) Minggu ni boleh lah sebab ibu tidak ke mana, minggu depan ibu akan keluar, no excuse kena pergi seko...

Ibu Yang Menyepi

Ya Allah berilah daku kekuatan untuk terus menulis, semoga sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembaca yang budiman. Ibu masih riuh cuma tersepi di rumah dan sunyi di blog ini, mohon maaf kepada peserta Comel Lote GiveAway yang masih setia menanti. Ibu rasa sangat bersalah, tetapi tiada daya dan kekuatan untuk meluangkan sedikit masa untuk mencari pemenang buat masa ini. Ibu baru punya 3 anak, 1 di sekolah rendah dan 1 di tadika, 1 lagi sentiasa menjadi handbag di rumah. Ibu patut bersyukur berbanding ibu tunggal yang menguruskan anak-anak sendirian, ya tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan kerana semuanya yang berlaku adalah yang terbaik diberikan kepada kita. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan anak-anak yang sihat dan bijak, semakin hari semakin bijak. Bijak atau tidak anak 5 tahun bila berkata begini; Ibu: Ibu sayang anak-anak ibu, Hakim, Aiesyah, Umar. Aiesyah: Siapa cinta Aiesyah? Ibu: Ibu cinta Aiesyah Aiesyah: ALLAH cinta Aiesyah. Terkedu ibu,...

Guangzhou

Ibu akan berangkat ke Guangzhou hari ini sehingga 14/11. Mohon doa kalian agar perjalanan ini dipermudahkan, berjumpa dengan barang yang ibu mahu dan mendapat idea bisnes yang baru. Selesai sahaja urusan penghantaran barang ibu akan segera pulang, pasti merindui keluarga tercinta di sini. Sekarang musim sejuk, suhu sekitar 15 - 21 Darjah Celcius, suhu sekitar ini juga ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Guangzhou Januari lepas. Ini adalah trip ke 3 ibu ke sana. Ibu belum berkemas semasa menulis entry ini, baru selesai listing barang, print map dan boarding pass. Jacket, extra socks, universal adapter, tidak boleh lupa. Musim sejuk tidak perlu bawa baju yang banyak, sebab boleh dipakai berulang :) jimat ruang bag sebab pergi ibu biasanya tidak amik luggage, hanya hand carry bag. Kambing panggang antara menu paling best di sana terutama di musim sejuk :) Trip bulan Jun di link ini Tengok sini untuk lihat apa yang menarik di Guangzhou?

Raya Kerja Anniversary

Rasanya masih belum terlambat untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenalan di sini, semoga keberkatan hari raya sama-sama kita rasai selepas berakhirnya Ramadhan yang mulia. Seronok melihat status fb rakan-rakan yang pulang beraya awal, kami malam raya baru gerak dari rumah balik ke kampung halaman, hampir jam 5.30 pagi baru sampai, orang lain seronok beraya kami pun seronok juga cuma mata merah dan badan penat, dinasihatkan tidak terlalu lama di rumah saudara-mara dan elakkan duduk di sofa yang empuk dibimbangi terlentuk :) Tema purple kami tahun ini, sekali dengan tema majlis sambut menantu keluarga kami pada 3 Sept 2011. Emm nampaknya anak dara ibu tersasar dari color tema puncanya 'suka hati nak pakai baju yang mana' Fikir 2 kali anak-anak nak senyum kerana panas terik pada hari raya pertama, gambar di Masjid Seberang Jerteh yang baru diupgrade untuk solat Zohor.  Pembinaan yang belum siap sepenuhnya, lanskap siap, pemandangan sisi, tangga ke ruangan so...

Selamat Hari Lahir!

Kesyukuran hanya layak dipanjatkan kepada Mu Ya ALLAH, atas kurniaan rezeki yang tidak pernah padam. Kesihatan yang baik sehingga ibu mampu untuk menjalankan ibadah dengan baik, menguruskan kerja rumah dan mencari rezeki yang halal Rumah yang luas dan selesa untuk kami sekeluarga berlindung dan memanfaatkan masa bersama Makanan yang melimpah ruah, tidak pernah sehari pun kami kesuntukan wang sehingga tiada apa yang boleh dimakan. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk sama membantu saudara yang tidak bernasib baik Suami yang menyayangi dan sentiasa memahami, menyokong dan menjadi tulang belakang yang kuat dalam setiap perkara yang ibu lakukan Anak-anak yang sempurna, sihat dan yang paling penting, anak-anak ibu semuanya baik-baik, pandai, bijak, anak yang soleh juga solehah Keluarga yang baik dan memahami, sangat membantu dikala kesusahan, gembira dikongsi bersama InsyaAllah. Terlalu banyak nikmat pemberian sehingga tidak dapat diungkap semuanya. nikmat Iman dan Isla...

Anak-Anak Ibu

Pejam celik pejam celik pejam celik sudah hampir 8 tahun ibu berumahtangga, lagi 2 bulan ulangtahun perkahwinan yang ke-8. Anak yang sulung pun sudah besar panjang, kadang-kadang bila tenung muka Hakim, tengok gelagatnya, terfikir dalam hati "Isk betul ke aku dah ada anak besar ni..." Bila tengok anak-anak bermain bersama, macam tidak percaya sudah punya 3 anak, agaknya bila anak-anak sudah besar-besar nanti mesti ibu ni sudah tidak sekuat sekarang... Hakim sangat kelelakian, pengarah dan mempunyai kebanyakan sifat anak lelaki sulung. Selalu marah bila adik-adik tersalah, dan juga menjadi pelindung bila adik perlukan. Kadang Hakim berkelakuan seperti orang dewasa, cara bercakap dan pernah beberapa kali juga Hakim menegur bila ibu ada tersalah kata atau perbuatan. Kisah Hakim nak jadi ustaz di sini . Hakim sukakan kereta dan motosikal (dah nama anak lelaki), bila di dalam kereta, ada motosikal berkuasa tinggi yang melintas memotong kereta kami, dengan mulut sedikit muncu...

Ukuran Kejayaan, kacang lupakan kulit

Berjaya dari perspektif orang akademik ialah mereka yang memiliki pendidikan tertinggi Ph.D Berjaya dari perspektif orang teknikal apabila menguasai satu kemahiran di tahap yang dianggap profesional Berjaya dari perspektif orang berniaga apabila bergelar jutawan Anda ingin berjaya dalam perspektif yang mana? Kalau boleh ibu nak berjaya dalam semua bidang, akademik, kemahiran dan perniagaan. Ini adalah kejayaan yang boleh diukur dan nampak arasnya, dalam pada mengejar aras kejayaan ini jangan lupa pula kejayaan abadi yang akan kita bawa untuk bekalan hari esok. Itulah kejayaan yang hakiki. Itu pula yang terlintas di benak masa ini kerana ibu masih di sini (di kedai yang baru buka ini) belum ada pekerja tetap jadi semuanya kena urus sendiri. Ibu ada terbaca jika niat kita berniaga baik, ikhlas kerana Allah maka pekerja yang akan bantu kita juga akan menjurus ke arah kebaikan, InsyaAllah. Walaupun belum ada pekerja tetap, sudah ada 2 pekerja sukarela di sini, seorang shift pagi da...