Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

10 Sebab Perlu Miliki EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM

Alhamdulillah di cuti sekolah ini, banyak masa ibu boleh aturkan untuk siapkan tugasan tertangguh. Mahu menjadi seorang yang menghargai masa, berdisiplin dan segera selesaikan urusan, InsyaaAllah semoga dipermudahkan Allah. Semangat baru selepas memiliki Jurnal Inspirasi :) Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah . Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat. Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom . 1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam

Cerita 5 Ogos: Biskut Conflakes Madu

Bismillah. Sudah beberapa minggu tidak ada update di blog ini. Hari ini 27 Ramadhan 1434H hujan turun renyai-renyai sesudah Subuh, cuaca redup sehingga tengahari. Malam tadi abang telefon, katanya mahu tidur awal, malam ini mungkin LailatulQadar. InsyaaAllah pasti berjumpa orang berusaha mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menilai berdasarkan usaha.  Apapun semuanya adalah dengan keizinan dariNya. Pagi tadi sempat ibu bersama dengan warga Hulu Selangor di Econsave Batang Kali. Rakyat yang kurang berkemampuan dibantu dengan pemberian kupon membeli-belah percuma bernilai RM100 setiap seorang sumbangan Kerajaan Negeri Selangor. Untuk sesi tadi sahaja lebih 100 orang yang terlibat. Bagi orang yang senang apalah sangat RM100 kan? Tapi besar nilainya bagi yang kurang mampu terutama di musim perayaan ini. Ibu tinggalkan anak sekejap di rumah melayan Upin-Ipin di laptop. Abang Hakim dipertanggungjawabkan menjaga adik-adik sepanjang ketiadaan ibu. Dalam h