Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ::MOTIVASI

Tenang Dan Nyaman Pagi Ini

Tenang, nyaman, suasana pagi ini, Subuh tadi hujan rintik-rintik.... ibu keluar ke laman menghirup udara segar. Ambil aura.... pagi-pagi rezeki mahu datang :) Ibu mahu kongsikan artikel tentang syukur dipetik dari Majalah Solusi Isu 43 Siapa pun kita hari ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi, ahli persatuan yang aktif, atau sesiapa sahaja ahli dalam bidang masing-masing, pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur? Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit. Membentuk diri menjadi ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah: 1. Tetap Bersukur Walaupun Nikmatnya Kecil Biarpun nikmat yang dieroleh tidak sehebat mana, atau tidak seperti yang kita inginkan, sematkan diri dengan sifat qanaah. sentiasa cukup dengan apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ianya berupa ujian, lapangkan hati untuk menerima dan bersukur kerana ujian yang ditimpa lebih ringan berbanding orang lain. 2. Memuji Allah Setia...

Senangnya Cakap Syukur Tapi Hakikatnya....

Saya bukanlah seorang sasterawan dan bukan seorang penyair, saya menulis hanya untuk mengingati diri sendiri dan berkongsi kebaikan dengan semua. Terima kasih yang selalu datang ke sini walaupun tidak meninggalkan jejak tapi saya tahu anda selalu singgah ke mari. Andainya kita boleh bersua dan bersembang alangkah bagusnya... Semalam saya mendengar bicara tentang topik kebahagiaan di radio IKIM, bahagia sangat subjektif dan pengertiannya berbeza mengikut individu. Bila difikirkan balik saya berpendapat bahawa konsep syukur sangat berkait rapat dengan kebahagian. Ini adalah pendapat peribadi saya kerana bila kita bersyukur hati kita akan tenang dan tiada stress, bila tiada stress memang kita akan gembira, bila gembira maka terpancarlah kebahagiaan. Ramai yang senang mengucapkan syukur tapi hakikatnya sukar menerima keadaan sebenarnya. Mana tidaknya setiap hari fikiran kita sering terbeban dengan macam-macam perkara yang menyesakkan nafas kita dan menyebabkan kita tidak lena tidur....

Jangan Tunggu Berharta Untuk Berjasa

Alhamdulillah, segala pujian hanya layak untuk Tuhan Sekelian Alam. Ibu tertarik dengan cerita yang ibu dengar di IKIM tengahari tadi, tentang seorang raja dan seorang ilmuwan. Raja memanggil ilmuwan tersebut dan berkata, "Tunjukkan padaku apakah Tuhan benar-benar wujud?" "Jika begitu yang tuanku pinta, mohon patik berada seorang diri di sini" Lalu raja keluar dari bilik itu. Ilmuwan mencoretkan puisi indah di atas satu kertas. Sebentar kemudian, ilmuwan meminta raja masuk ke dalam bilik dan menunjukkan puisi yang dikarang tadi. Raja bertanya, "Indahnya puisi ini, siapakah yang menulisnya?" "Pen ini bergerak dengan sendiri dan mencoretkan puisi di kertas ini, tuanku" "Mustahil! Mustahil pen ini bergerak dengan sendiri. Puisi yang indah ini pasti ditulis oleh seorang penyair yang bijak pandai" "Benar kata tuanku, puisi yang indah ini sudah tentu ditulis oleh seorang yang hebat, bagaimana dengan alam ini yang sungguh...

Kisah Raja Terputus Jari: Hikmah Di Setiap Ujian

Hari ini cuaca cukup cerah, nyaman dan segar. Selamat pagi Isnin buat semua, ibu doakan hari ini adalah lebih baik daripada semalam, InsyaAllah. Ibu ingin sekali kongsikan cerita ini yang ibu baca dari buku hasil tulisan saudara Zuhairi Nopiah dan Amin Idris . Pada suatu hari, raja itu cuba menyelami suka duka rakyatnya dengan melakukan kerja tukang kayu menggunakan gergaji, paku, pahat, dan penukul. Oleh kerana tidak biasa dengan kerja begitu, kemalangan telah berlaku dan sebatang jari raja terputus dan tidak dapat disambung kembali. Penasihat raja datang melawat dan menasihati raja supaya bersabar. Penasihat raja menyatakan kejadian itu ada hikmahnya. Akibat terlalu marah, sang raja memecat penasihatnya serta-merta. Beberapa bulan kemudian, sang raja pergi mengembara di hutan untuk menghiburkan hatinya yang masih sedih kerana kecacatan yang dialami. Dalam pengembaraan raja dan pengikutnya sesat dan ditangkap oleh puak kanibal.

Bacalah Quran Walaupun Belum Faham Maknanya...

Ada satu kisah yang ibu ingin kongsikan di sini, kisah ini diceritakan daripada seorang Ustaz semasa Kuliah Dhuha minggu lepas. Seorang anak bertanya kepada ayahnya, "Perlukan kita membaca Al-Quran jika tidak faham maknanya?" Ayah kemudian meminta anaknya mengambil guni di dalam stor, guni tersebut berdebu dan kotor kesan tersimpan lama dan tidak digunakan dalam jangka masa lama. Anak bertanya, "Apa kita nak buat buat dengan guni ini ayah?" Ayah meminta anak membawa guni ke sungai dan mengambil air, masukkan air di dalam guni dan membawa pulang. Walaupun anak pelik, kerana pasti air di dalam guni akan keluar, anak tetap melakukan suruhan ayahnya. Seperti dijangka sampai sahaja di rumah, guni sudah kosong, tiada air berbaki di dalamnya. Ayah meminta lagi anak ke sungai dan mengisikan air dalam guni dan bawa air itu pulang. Anak mengikut sahaja dan ianya berlaku beberapa kali, sehingga anak sudah kepenatan. Anak, " Ayah saya suda...

Marah Pada Siapa?

Malam ini 1 Rejab, bermakna kurang 1 hari 2 bulan, kita akan menempuh Ramadhan yang mulia. Bulan yang dinanti setiap tahun.  Ibu berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini sekali lagi. Sedikit perkongsian untuk santapan dari cerita yang ibu dengar di slot Mukmin Profesional di IKIM bersama Yang Berbahagia Ustaz Pahrol Juoi. Mengisahkan tentang seorang suami yang pulang ke rumah lalu diberikan tembikai yang dibeli di pasar kepada isterinya. Isteri marah-marah selepas memotong tembikai kerana rasanya yang tawar.... Si suami menasihati isterinya dengan penuh hikmah; Tembikai ini ditanam oleh petani yang mahukan hasil buah tembikai yang manis-manis. Pemborong datang ke kebun petani memborong buah tembikai yang manis-manis sahaja buahnya. Peniaga membeli buah tembikai yang manis-manis sahaja daripada pemborong Lalu saya membeli sebiji buah tembikai yang manis untuk dibawa pulang daripada peniaga tersebut Sekarang selepas memotongnya ...

Kuasa Doa | Kata-kata Adalah Doa

Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan, kebahagian, ketenangan dan kenikmatan, ibu doakan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya yang kalian tempuhi. Pernah diceritakan oleh seorang Ustaz (ibu lupa di mana mendengar kisah ini, radio IKIM atau di masjid), kisah seorang 'abid iaitu hamba Allah yang mahu mengabdikan dirinya hanya kepada Allah, mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya hanya dengan beribadah kepada Allah. Hamba ini sering berdoa kepada Allah supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah, cukup sekadar dua keping roti setiap hari sebagai makanannya. Dipendekkan cerita, hamba ini mendapat fitnah lalu dimasukkan ke dalam penjara, di sana beliau tidak melakukan perkara lain selain beribadah kepada Allah dan diberikan 2 keing roti setiap hari. Lihat betapa besarnya kuasa doa, lihat apa yang kita doa setiap hari. Berdoa bukan hanya di tikar sembahyang seusai solat, tetapi setiap waktu, seperti apa yang bermain di fikiran, dan kita memang berkehendakkann...

Bagaimana Menjadi Manusia Yang Lebih Baik

Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Melindungi... Beberapa minggu (hujung minggu) jadual ibu terisi dengan pelbagai kursus dan aktiviti yang memberikan ibu ilmu baru.  Terima kasih Ya Allah atas sedikit ilmu yang Engkau berikan kepadaku semoga ilmu ini dapat ku amalkan untuk menjadi hambaMu yang lebih baik di dunia dan akhirat. 25 & 26 Feb 2012: Productive Muslim Seminar Productivity = Focus + Energy (towards maximising your reward in Akhirat) Kenapa kejar akhirat? Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat - Surah Asy Syuraa: 20 Bila kita kejar akhirat, dunia akan berlari mengejar kita, bila kita kejar dunia, akhirat berlari meninggalkan kita. Dalam modul Productivity Muslim, menggariskan Islamic Productivity terdiri daripada: 1. Int...

Kita Yakin, Kita Berjaya

Kita yakin kita berjaya atau bila kita yakin kita pasti berjaya. Pasti bukan mungkin atau akan digunakan kerana lain maksudnya. Wah kenapa tiba-tiba hari ini berkobar-kobar cerita tentang kejayaan pula ya? Tidak rugi cerita tentang kejayaan kerana ini matlamat semua orang, jika ditanya tiada seorang pun daripada kita yang ingin gagal dalam hidup mereka. Kejayaan adalah matlamat kita tapi kejayaan yang bagaimana? Sebagai seorang muslim sudah tentu kita mahukan kejayaan di dunia juga akhirat, tidak dapat tidak! Ini adalah perkongsian seorang rakan ibu tentang ingin menjadi insan HEBAT, dia menulis di dalam facebook; Di dalam buku “The Magic of Thinking Big” karya David J.Schwartz ada mengariskan tiga panduan bagi memperolehi dan menguatkan kuasa keyakinan untuk menjadi HEBAT. 1. FIKIRKAN KEJAYAAN Jangan sekali – kali memikirkan kegagalan. Di mana jua anda berada, tukarkan pemikiran ‘saya gagal’ kepada ‘saya berjaya’. Apabila masalah melanda, fikirlah...

Perkara Positif Yang Ibu Boleh Lakukan Ketika Mandikan Anak

"Hakim pergi mandi" suruhan ibu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hakim tetap diam tidak bergerak, selesa dengan berpeluk tubuh sahaja di sofa. "Hakim pergi lah mandi, nanti lewat ke sekolah!" Nada suara ibu semakin meninggi, tapi Hakim langsung tidak mengendahkan. Melihatkan itu, ibu merendahkan sedikit suara seraya bertanya "Hakim nak pergi sekolah tak? Nanti lewat abah tinggal" "Hakim nak ibu mandikan" kata Hakim dengan nada sedikit manja (ada sedikit mengada di situ ;) ) Pernah tak situasi begini berlaku? Walau sudah 6 tahun, masih mahu ibu jirus dan mandikan. Daripada kita membazir tenaga dan suara bila marah (nanti datang pulak stress) baik kita ajak jer anak mandi dengan cara baik, dan gunakan masa mandikan anak itu dengan perkara positif seperti berikut; 1. Semasa membuka pakaian anak, tundukkan sedikit badan (sebaiknya melutut) biar mata ibu dan anak searas, dan sebutkan perkara-perkara yang baik tentang anak. Contohnya...

Ibu yang masih....

Salam pagi Jumaat, semoga hari ini diberi kebahagian dan ketenangan kepada kita semua, ibu mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya, harap anda pun begitu juga. Semoga semangat ini tidak akan padam dan berterusan. Hari ni ibu masih lagi di booth Hospital Sungai Buloh, ibu lah pengurus dan ibulah kuli, cuma ibu sedikit terkilan dengan EBM, seharian di luar bukan alasan untuk tidak menyediakan makanan anak, kerana menjaga booth seorang diri, semalam ibu terlupa untuk buat stock ebm Umar. hari ni ibu pasrah Umar ke taska tanpa susu ibu. Letih, memang letih bila pagi keluar malam baru sampai rumah, anak-anak akan datang jemput ibu di hospital petang, lepas maghrib kami pulang. Tengokkan anak-anak hilang penat ibu, hilang lelah ibu. Mereka adalah penghibur dan apa yang ibu buat ini pun demi mereka, sekarang bukan lagi masa bersenang dan goyang kaki, setiap kejayaan bermula dari kesusahan, kepayahan, jerit-perih. Bacalah profile kejayaan usahawan terbilang...

Cara Ibu Boost Motivasi Diri

Hidup ini perlu kepada motivasi, yer sangat-sangat perlu. Jika ada saat-saat getir atau merasa 'down' biarlah cuma 5-10 minit sahaja, lupakan sebab dunia ini masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Ibu gemar membaca untuk 'up' motivasi dalam diri, tidak mahu perkara yang biasa menjadi tabiat yang semakin sukar untuk dihindari. Antara buku motivasi diri yang ibu ada Dare To Fail , Formula Individu Cemerlang , Minda Super , La Tahzan atau Jangan Bersedih dan banyak lagi. Jika dulu ibu suka baca buku tulisan Dr. HM Tuah banyak juga yang ada dalam simpanan semua tersimpan dalam kotak, ibu nak susun koleksi buku-buku ini elok-elok di rak rumah baru nanti. Semalam ibu sempat beli 3 lagi buku motivasi diri ini;   Dengan membaca ibu boleh dapat maklumat dan kembali positif, ibu pegang kepada kata-kata; 'Kita boleh lakukan sesuatu jika minda berkata boleh walaupun ianya mustahil' Sebenarnya tiada yang mustahil jika kita betul-betul berkehendak kepada...

Happy Anniversary

Sekejap saja rasanya hari ni (semalam sebenarnya) adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7. Seolah baru aje majlis akad nikahnya, sekarang kami sudah punya 3 anak :D Mengekalkan kebahagian dan keharmonian rumahtangga lebih susah dari membinanya, sebuah perkahwinan bukan sekadar cinta dan kasih sayang tapi tanggungjawab, kesabaran, tolak ansur dan saling memahami. Ibu ingin kongsikan wasiat Umamah bt Harith kepada anak perempuanya yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan seorang raja Yaman. Umamah berkata "Wahai puteriku aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai panduan dan pedoman dalam melayari alam berumahtangga nanti" "10 perkara itu anakku adalah" 1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk. 2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. 3....

Misi Berjaya

Misi apa yang berjaya ni? Misi mendapatkan kereta BMW 7 series inikah? Oh... oh belum lagi, sebelum misi kereta kita mulakan dengan misi umrah dan misi menjana pendapatan dahulu. Ada misi yang kecil2 telah berjaya tidak usah dicerita disini kerana lebih bersifat peribadi :D Siapa tidak kenal dengan Prof Dr. Hassan Yacob ini, pengasas Gamat Healin , dan kereta BMW 7 series yang ibu nampak semalam adalah kereta beliau. Secara kebetulan ibu singgah di House of Healin untuk dapatkan barang dan Prof ada di dalam kedai, buat lawatan outlet katanya. Prof sungguh peramah, kelihatan jauh lebih muda dari gambar di sebelah Sangat teruja bila berjumpa dengan orang yang berjaya seperti beliau, memberi inspirasi dan motivasi. Jika ibu hendak hasilkan produk sendiri, apakah produk itu? Prof. minta ibu cuba Multisphere Sunscreen ini, sangatlah cantik bila dipakai dan yang penting tidak perlu pakai bedak lagi, harganya RM150 for 35gm. Sambung balik bab misi tadi, jadi apa misi anda untuk ...

Bulan Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu anugerah yang tidak ternilai kepada makhluk Allah yang berspesis mamalia terutamanya. Lagikan haiwan punya naluri untuk menyusukan anak mereka tanpa disuruh sesiapa kerana ini adalah naluri dan fitrah semulajadi apalagi manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Picture credit from here Walaupun ini adalah fitrah tidak semua ibu-ibu dapat menyusukan anak mereka dengan sempurna kerana perkara semulajadi kadang tidak datang dengan senang, sama seperti mendidik anak, ibubapa perlu belajar dan mencari ilmu untuk menyempurnakan tanggungjawab ini. Ibu juga hanya insan biasa yang tidak pernah melengkapkan penyusuan susu ibu untuk 2 anak terdahulu, tapi kali ini ibu nekad berubah untuk berikan yang terbaik. Untuk berubah kita perlu ada 4 perkara; 1. Ilmu Bagaimana unuk mendapatkan sesuatu jika tiada ilmu, ini paling penting dalam apa jua yang hendak dilakukan. 2. Mindset Teruskan dengan fikiran yang positif, untuk mencapai sesuatu yang dihajati 3. Usaha Yang...

Seronoknya Bekerja Di Rumah

Ibu tahu mungkin ramai lagi di luar sana yang bercita-cita untuk bekerja sendiri di rumah, jika tidak bekerja langsung tapi duit masuk lagi bagus kan? hehe tapi mana mungkin duit datang bergolek, kenalah berusaha... Walau sudah bergelar surirumah, ilmu tetap perlu dicari dan disemai kepada anak-anak pula. Ibu tidak boleh hanya duduk di rumah sahaja kerana beraktiviti seakan sudah sebati dengan jiwa. Mana mungkin duduk terperap di rumah sahaja tanpa bergaul dan bersosial. Kenapa ibu seronok bekerja di rumah? 1. Jadual sendiri Tidak perlu mengikut jadual orang lain, kejar duedate ntah ke apa sebelum ini, sebab semuanya sendiri. Walaupun di rumah jadual kerja tetap ada, duedate kena juga dikejar tapi semua itu untuk diri sendiri, kepuasan diri sendiri, kerja untuk diri sendiri dan keluarga, bukan kah lebih bahagia daripada bersusah untuk orang lain? Bersusah payah kerana kerja sendiri jauh lebih seronok! 2. Masa Fleksibel Bila ibu mula aturkan jadual sendiri maka masa kita lebi...

Rezeki Itu Nikmat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Penyayang "Ampunilah dosaku Ya Allah, dosa suamiku Ya Allah, dosa kedua orang tua kami Ya Allah, Rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil dahulu Ya Allah" Segala pujian hanya layak untukMu Ya Allah Tuhan Sekelian Alam. Rezeki, jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan, tapi kita perlu mencari rezeki dan jodoh, ajal itu akan datang sendiri tiada lewat dan tiada awal cuma kita boleh berdoa supaya Tuhan memanjangkan umur kita. Kita perlu yakin dan percaya bahawa rezeki memang datang dari Tuhan, bukan dari manusia atau haiwan peliharaan kita. Ada orang yang sanggup buat macam-macam kerana menganggap individu tertentu itu memberinya gaji, jika dia tidak suka kita tak naik pangkat lah kita jawabnya. Ada yang sayangkan lembu-kambingnya daripada anak sendiri kerana itu adalah punca rezekinya. Tidak salah menyayangi manusia, tidak salah berbaik dengan binatang kerana memang itu pun yang dituntut dalam agama, tet...

Sinar Dhuha

Bismillah Semalam seharian suntuk ibu di luar daerah (KL tu luar daerah Selangor kan? ) untuk selesaikan beberapa urusan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ada sedikit lagi yang belum selesai, InsyaAllah cuba diselesaikan dalam minggu ni. Dulu ibu dan suami mendaftar syarikat perkongsian atas nama " Sinar Dhuha Resources " kerana keberkatan yang ada pada solat Dhuha itu sendiri. Syarikat kecil nampak tak nampak tu menawarkan perkhidmatan rundingan dan khidmat nasihat kewangan Islam. Semalam satu lagi syarikat milikan tunggal didaftarkan atas nama " Comel Lote Collections ". Sudah lebih setahun berniaga baru nak ada syarikat hehe Ini antara target yang ibu nak capai tahun ini, ada lagi beberapa target yang lain yang tidak perlu ibu ceritakan di sini. InsyaAllah bila sudah ada sinar dan cahayanya ibu kongsi yer. Hari ni ibu nak kongsi sikit pasal kelebihan solat Dhuha, sedikit sahaja yer sebab banyak sangat manfaat solat Dhuha ni jika nak diuraikan. Ra...

Anak Mengajar Sabar

Assalamualaiku dan selamat pagi Isnin semua, selamat bekerja semoga minggu ini lebih baik daripada minggu sebelumnya. Hari ni nak sentuh sikit tentang anak-anak yang banyak menguji kesabaran ibubapa. Mak ibu pernah beritahu ibu dulu, jika nak tahu sabar ke tidak seorang tu tunggu dan tengok bila dia ada anak nanti. Memang betul pun, jaga anak orang lain tidak sama dengan anak sendiri. Jaga anak sendiri memang sedikit sebanyak menguji kesabaran kita. Anak-anak ni bila dengan orang lain elok jer dengar segala arahan tapi bila dengan ibubapa depa adalah lenggok-lenggoknya nakkan perhatian dan kasih sayang yang tidak akan sama jika depa bersama orang lain. Teringat semalam sewaktu ibu beli sedikit lauk untuk keluarga, kakak yang jual lauk tu tak habis-habis duk membebel pada anak perempuannya berusia 8 tahun sebab tak dengar cakap, asyik main saja. Apalah yang anak 8 tahun akan buat bila ada masa lapang di cuti sekolah kecuali bermain. Saya agak terkilan juga bila kakak tu berkata be...

Kenapa Mengalah Sebelum Berjuang

Entry ini ditujukan buat si tukang tulis..... Adakala diri berasa lemah, malas, down, tiada semangat... Kenapa diikut perkara negatif seperti itu Kita ini manusia yang hebat Lahir dengan sempurna, kita mampu merubah yang biasa-biasa kepada luar biasa Genggam bara api biar sampai jadi bara Bara api pun masih belum dapat digenggam, bagaimana untuk menjadi bara Adakala berasa diri mengejar suatu yang tidak pasti Walaupun tidak pasti tapi ianya tidak mustahil... tidak mustahil! Ada orang lain yang telah melakukannya Kenapa kita tidak? Biarlah semangat ini sentiasa membara, Ku mohon kekuatan hanya dari Mu Ya Allah Jangan kisah dengan cakap-cakap orang Memang jika nak melakukan kebaikan dipandang enteng Saya hanya ingin membantu dan menolong Bantuan dan pertolongan sebenar hanya dari Allah Buat jer.... asalkan niat kerana Nya InsyaAllah yang lain-lain akan menjelma Nukilan Wan Anie