Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

CD Rosak

Selamat bercuti kepada semua, pada yang kena kerja, dipaksa kerja atau on stand-by selamat menjalankan tugas. Biasanya kita duk dengar orang cerita pasal CD baru, CD cantik, pelbagai warna dan design, pelbagai jenama dengan harga yang berbeza-beza. Hari ni ibu nak kongsi pasal CD rosak pula. Bukan CD=Compact Disc rosak sehingga sakit telinga dengar tapi CD=Cloth Diaper rosak yang tidak boleh digunakan lagi. Ini antara cd yang ibu beli masa awal penggunaan cd ketika Aiesyah kecil dulu. Kebanyakan cd yang tidak tahan lasak ini diperbuat dari material cotton. Sebab itu sekarang ibu lebih suka cd yang bahagian luarnya diperbuat daripada polyester sahaja, mudah dijaga dan tahan lasak, yang penting tidak mudah koyak. Mari tengok koleksi cd rosak ibu; Cd-cd ini sudah tidak dikeluarkan lagi sekarang, jika adapun telah diubahsuai Ini pula yang jenis velcro, sebab itu sekarang ini ibu lebih gemar dengan snap button dan cd yang ibu jual semuanya jenis snap button jika anda perasan. S

Sambutan Merdeka

Selamat bercuti, InsyaAllah esok adalah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, bermakna mak ibu telah pun 63 dan ayah 73 tahun ini, mereka masing-masing berusia 10 dan 20 tahun ketika negara mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Suka dengan gambar ini, penuh dengan sejarah Nampaknya tahun ini kemerdekaan disambut di bulan Ramadhan, di sepuluh Ramadhan terakhir ini, apakah sambutan yang sama juga seperti tahun-tahun lepas di negara Islam yang sangat kita cintai ini? Ibu berharap sangat tiada konsert semasa sambutan merdeka tahun ini kerana menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, jika tiada konsert langsung untuk tahun-tahun berikutnya lebih bagus. Belum pernah sekalipun ibu pergi ke mana-mana sambutan malam kemerdekaan yang berlangsung di negara ini, sambutan hari kemerdekaan dengan perbarisan dan kawad tu pernahlah ibu sertai masa sekolah dulu, boleh dikatakan setiap tahun kami kena berbaris dan berkawad. Berjalan kaki dari sekolah ke Stadium Kuala Terengganu dan bila pulang d

Teringin Nak Pakai Abaya

Bismillah Abaya sudah semakin popular di Malaysia sekarang, jika dulu ibu hanya tahu abaya ini adalah jubah besar seperti baju kaftan yang berwarna hitam dan terbelah di depan, rupanya ini maksud abaya mengikut Wikipedia; The abaya is long overgarment essentially a robe-like dress , worn by some women in parts of the Islamic world. Traditional abaya are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet and hands. It can be worn with the niqab , a face covering except eyes. Some woman choose to wear long black gloves, so their hand are covered as well. Sekarang ini abaya tidak lagi hanya berwarna hitam, ada juga yang telah dimodenkan menggunakan material denim. Abaya bukan suatu yang luarbiasa bagi ibu kerana semasa cuti sekolah rendah, ibu dihantar ke sekolah pondok untuk belajar agama oleh ayah dan di sana ibu kenali umi yang sentiasa mengenakan abaya hitam, niqab dan sarung

Mencuba Resepi

Sekejap jer masa berlalu, tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, samada kita rebut peluang yang datang setahun sekali ini atau peluang ini berlalu begitu sahaja. Tadi ibu duk belek-belek resepi puding roti, jumpa lah resepi Puding Roti Caramel ini Source hanieliza's cooking Menarikkan, ibu dah beli segala bahan-bahan yang diperlukan, dan masa ibu taip entry ini, puding roti caramel ibu sudah pun siap, tunggu petang sikit, keluarkan dari peti ais dan hiaskan dengan buah-buahan cocktail. Menu asas untuk berbuka sudah tentulah nasi dan lauk-pauk, memandangkan kakak dan adik akan datang berbuka bersama keluarga kami petang ini, ibu teringin nak masak lauk yang lain daripada kebiasaan tetapi mudah dan simple. Hari ini nak masak ayam pula, sudah banyak hari dengan menu ikan, ibu memang gemar dengan ikan sebab ada banyak jenis ikan dan boleh dipelbagaikan masakan. Ayam ni ibu fail sket, biasanya ayam ibu masak gulai/kari, masak merah atau goreng biasa

Sementara Menunggu Subuh

Baru selesai bersahur, macam biasa lauk yang sama semasa berbuka, abah dengan kopi radix dan ibu dengan susu kambing. Semalam lepas berbuka, tahu siapa yang tolong ibu cuci pinggan? Hakim. Ibu dah QC pinggan yang dibasuh boleh tahan bersihnya manakan tidak satu pinggan ntah berapa minit dicucinya. Umar sudah besar, suka nak mengikut abah dan abang hakim, semalam masa 2 hero tu hendak ke masjid, seorang lagi hero meraung hendak ikut sama, tunggu besar sket lah Umar..... berjurai air mata dan air hidung bila menangis. Aiesyah macam biasa cool sahaja, dulu dia pun sama nak ikut tapi sekarang Aiesyah sudah faham. Anak-anak memang pandai, hakim memang akan ikut bila abah hendak ke masjid/surau tapi tidak bila abah cakap hendak kerja, tapi kalau ibu semua nak ikut..... Hakim belum lagi berpuasa, tapi solat bila dia teringat. Minggu ini hakim hanya ke sekolah dan tidak dihantar ke taska, hendak sekolah 1 jer katanya. Pagi lepas bangun tidur dan main-main sekejap, tiba-tiba hakim cakap

Rezeki Hari Ini

Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancangkan hari ini, mesti ramai yang ambil peluang cuti panjang untuk pulang berpuasa, bersahur dan berbuka bersama keluarga di kampung, mak dan ayah terutamanya. Ibu nampaknya tidak pulang, dengan rutin harian yang masih sama, lagipun mak dan ayah tiada di tanahair, tidak sabar menanti kepulangan mereka di bulan Syawal nanti. Nampaknya ada sedikit masalah dengan kotak komen dalam blog ibu tadi sehingga kejap tadi ibu baru betulkan, terima kasih Nia sebab membantu. Sebenarnya pagi tadi nak cuba gunakan IntenseDebates itu yang remove comment, tapi IntenseDebates Comments tidak juga kelihatan, tersalah setting agaknya. Bila nak tukar pada komen yang asal, dah tukar semua dalam setting tapi still undefined , rupanya kena adjust juga dalam Post Option , tidak perasan pula tadi, sekali lagi terima kasih Nia. Sampai sahaja di rumah selepas selesaikan beberapa urusan, ibu mulakan tugas mengepam. Tidak menyangka hari ini hasil sangatlah

Makan Gaji & Biar Susah

Perkara yang terlintas di fikiran bila sebut 'makan gaji' sudah tentu adalah mereka yang bekerja untuk mendapatkan upah dari kerja tersebut atau lebih tepat bekerja untuk mendapatkan gaji, boleh juga digunakan perkataan seperti bekerja untuk mencari pendapatan atau bekerja untuk mendapatkan wang. Makan gaji tidak semestinya untuk yang bekerja dengan pihak lain, atau syarikat tertentu, bekerja sendiri juga perlu ada makan gaji. Makcik peniaga kedai runcit di kampung pernah mengeluh "bulan ini gaji belum ada..." Kerja sendiri tapi masih nak dapatkan gaji? Bagi ibu yang bekerja sendiri juga ada 'makan gaji' nya. Ibu telah tetapkan berapa upah yang perlu dibayar untuk ibu dan pembantu setiap bulan. Duit syarikat adalah duit syarikat, ia untuk masa depan syarikat. Masa depan syarikat ibu adalah juga masa depan kami (ibu dan keluarga). Jika masa mula berniaga dulu, kadang-kadang wang untuk diri sendiri tiada langsung sebab utamakan kepentingan syarikat dan p

Bertudung walaupun di rumah

Ada satu kisah seorang remaja yang baru mengetahui tentang status dirinya sebagai anak angkat kepada 'mak' dan 'ayah' yang menjaganya dari kecil. Beruntung mak dan ayahnya kerana menghantarnya ke sekolah agama dan diajar tentang aurat perempuan dan lelaki. Maknya merupakan ibu saudaranya sendiri tetapi bukanlah ibu susuannya dan dia adalah bukan mahram kepada bapa saudara sabit yang dipanggilnya 'ayah'. Agak tertekan apabila mengetahui status 'anak angkat' apabila telah remaja dan merasa sangat janggal untuk bertudung di rumah di depan 'ayah' yang sudah biasa bergurau senda dan bergelak ketawa sedari kecil. Kerana tuntutan agama seperti yang dipelajarinya, dia gagahkan diri untuk bertudung apabila pulang ke rumah sendiri sehingga ayahnya menegur "Duk kat rumah pun pakai tudung jugak ker?" Ibu tidak tahu bagaimana ibu hendak menhadapi situasi yang sebegini jika berlaku kepada ibu, kuatnya semangat dan keazaman remaja ini semata-mat

Susu Kambing

Alhamdulillah, hari ni umar telah pun 1 tahun 2 bulan  dan 7 hari tapi anak ibu ni belum lagi mahu berjalan nampaknya, takper kita tunggu harinya.... Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak, tetapi susu apa yang terbaik untuk ibu? Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Bukan sahaja kerana kebaikan yang terkandung di dalam susu kambing, malah meminumnya juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah, senangnya mendapat pahala kan? Susu kambing dikatakan antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah S.A.W. Antara kebaikan susu kambing adalah menguatkan tulang dan gigi kerana kaya dengan kalsium. Susu kambing juga kaya dengan protein yang baik untuk otak, dapat mencantikkan dan mengatasi masalah kulit, menguatkan imunisasi badan, mengimbangi kandungan gula di dalam darah dan macam-macam lagi sebenarnya khasiat susu kambing ni. - Penyakit kuning - Lelah - Ulser perut - Gout - Buah Pinggang - Insomnia - Membantu mencegah kanser. Ibu percaya setiap apa

Khatam Quran dalam Sehari

Nak petua khatam Quran dalam sehari...? Senang jer tak ada petua, baca beramai-ramai, cari geng dalam 30 orang, seorang baca 1 juzuk jadi khatamlah Quran dalam satu malam sahaja. Biasanya di bulan puasa ni ada masjid/surau yang adakan majlis tadarrus Al-Quran. Seronok baca beramai-ramai ni, berjamaah kata orang. Sebelum mak dan ayah ibu ke Mekah tempohari, mereka bagitau anak-anak nak adakan majlis khatam Quran, jadi diwajibkan semua anak-anak dan menantu serta cucu yang dah baligh untuk sertai. Anak-anak ada 12 orang campur menantu dan cucu semua sekali adalah 27 orang, tolak 4 orang yang uzur syari'e jadi tinggal 23 orang. Buat cabutan bertuah juzuk yang perlu setiap orang baca. Selepas solat Isya' berjamaah kami beramai-ramai mulakan sessi khatam Quran, hampir sejam juga nak habiskan 1 juzuk dan siapa yang siap awal, kenalah habiskan baki lagi 7 juzuk tersebut. Ibu antara yang bertuah sebab dapat juzuk yang ke-29, kira mudah jugalah nak habiskan, jadi sebab cepat habi

Alkisah Giveaway KakYong.Com

Siapa yang tak kenal blog kakyong , ramai peminat kakyong ni.... Sebab ramai peminat lah kakyong adakan Giveaway Hari Raya , dapat hamper raya , chocolate dan kad raya . Em tahun ni belum dapat kad raya lagi, mesti suka bila dapat kad raya dari kakyong. Tapi kan kakyong, ibu mahu hamper raya tu..... atau chocolate boleh lah buat raya, bukan apa anak-anak suka sangat dengan chocolate. Giveaway ini hanya terbuka kepada mereka yang selalu singgah di blog kakyong dan suka tinggalkan komen. Em kan bertuah pada yang suka tinggalkan komen, ibu ni jika baca entry yang berkaitan, rajin juga nak tinggalkan jejak, sebab nak meriahkan blog kawan-kawan. Dalam masa yang sama, adalah orang yang tahu tentang blog kita, kakyong gunakan IntenseDebate untuk komen senang kawan-kawan nak datang melawat blog, klik saja. Tak perlu nak tengok profile dulu untuk masuk ke blog. Apapun terima kasih banyak pada kakyong sebab sudi nak bagi hadiah pada kami yang suka singgah dan beramah mesra dengan kota

Menu Berbuka

Apa aktiviti di petang hari sambil menunggu waktu berbuka? Ada yang masih sibuk di dapur siapkan juadah berbuka, ada yang duk baca blog sementara ada masa terluang ni, lebih elok jika diisikan masa yang ada ini dengan membaca buku atau membaca Quran. Juadah berbuka yang simple sahaja hari ni, ikan merah masak asam pedas (tempoyak letak sedikit sahaja), kacang goreng bersama fishball dan telur serta sambal tempoyak, guna durian fresh (sedap sebab tak masam). Asal plan nak masak ikan patin masak tempoyak tapi tadi tak ada pula ikan patin, jadi belilah ikan merah, sedap juga dibuat asam pedas. Inilah asam pedas paling simple di alam semesta; Bahan-bahan; - 1 kg ikan merah - 5 ulas bawang merah - 2 ulas bawang putih - 1 inci kunyit hidup - 1 biji lada merah - 4 biji cili api - 5 cili kering (atau 2 sudu cili boh) - 2 sudu tempoyak - 5 tangkai daun kesum kisar semua bahan di atas kecuali ikan - 5 tangkai daun kesum - 2 gelas air - 2 asam keping - 1 biji tomato Cara-

Sedar Tak Sedar

BismillahirRahmanirRahiim... Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke-12 berpuasa, selamat berhujung minggu semua, buat apa yer hari ni. Hari minggu mungkin ada yang plan hendak berbuka di luar, setakat berpuasa ni, ibu dan keluarga hanya berbuka di rumah dan juga di rumah kakak, sambil berkunjung dan berbuka puasa ramai-ramai meriahnya tidak terkata. Sedar tak sedar sudah masuk 10 hari pertengahan puasa iaitu pengampunan dari doa, 10 hari pertama adalah rahmat dan 10 terakhir adalah dijauhkan dari azab api neraka. Rugi jika tidak merebut peluang di bulan yang penuh rahmat dan barokah ini, entah semat atau tidak kita berjumpa dengan bulan ini di tahun hadapan. Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-5 blog ibu tidak berupdate, apa sudah jadi ni.....? Kan ibu dah cakap hari tu bulan puasa ni blog pun macam turut sama berpuasa. Banyak habuk dah ni.... fuuhhh... fuuhhh.. (tiup habuk sambil lap). Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-15 mak dan ayah ibu di tanah suci. Alhamdulillah

Bayi 14 Bulan Tertelan Biji Kurma

Ini kisah benar, bukan rekaan. Kisah seorang bayi 14 bulan yang masih belum berjalan tertelan biji kurma walaupun makan di atas ribaan ibunya. Jika orang dewasa tertelan biji kurma mungkin kerana gelojoh makan semasa berbuka puasa, bayi ini gelojoh dengan tangan kanan memegang kerepek dan tangan kiri mencapai sebiji kurma yang menjadi juadah berbuka puasa ibu dan abahnya. Sebiji kurma yang dicapai terus dimasukkan ke dalam mulut, bila ibunya memasukkan jari untuk mengambil biji kurma dari dalam mulut bayinya, biji kurma telah tiada di dalam mulut dan disyakki telah tertelan. Risau juga ibunya bimbang terlekat di kerongkong tapi nampaknya bayi dalam keadaan yang ok. Keesokkan hari selepas ibunya mengambil bayinya dari taska, bayi tersebut muntah dengan banyaknya, mula-mula ibunya menyangka bayinya tersalah makan, selepas tiga kali muntah kelihatan keluar biji kurma yang tertelan semalam bersama saki-baki makanan lain. Inilah dia rupa bayi tersebut; Tidak dapat ibunya memb

Kos Diapers Tinggi Jika Bayi Besar

Memanglah tidak dapat disangkal, jika bayi sihat dan chubby, diapers yang digunakan juga perlu besar dan chubby juga seiring dengan saiz bayi tersebut dan kos untuk diapers yang besar adalah lebih tinggi. Anak ibu yang pertama, Hakim lahir dengan berat 4.32kg, semasa lahir saja ibu telah gunakan diapers saiz S seminggu sahaja, kemudian bertukar ke saiz M sehingga usinya 2 bulan. Selepas itu hakim hanya dipakaikan Huggies saiz L. Diaper NB yang dihadiahkan pihak hospital ibu simpan untuk bayi kedua... huhu 5 tahun yang lepas, kos untuk satu pek Huggies size L (72 keping) RM39.90. Jika kena masa murah, ibu boleh dapat RM37.90 kadang-kadang masa terdesak RM42.90. Hakim perlukan 1.5 pek besar Huggies dalam masa sebulan penggunaannya. Apabila meningkat usianya 1 tahun 5 bulan, saiz L sudah muat-muat, waktu itu ibu telah beralih kepada diapers saiz XL, apabila usia hakim 2 tahun ibu gunakan saiz XXL yang lebih murah, jenama yang ntah apa-apa sebab waktu itu ibu perlu berjimat untuk men

En. Nuffnang Lebih Suka Blog Peribadi

Ini adalah berdasarkan pengalaman ibu sendiri, mungkin lain orang lain pula penilaiannya, terserah. Ibu mula kenali Nuffnang dengan BlogShop sebab memang itupun blog yang mula-mula. Hampir 7 bulan kemudian barulah ibu buat satu lagi blog yang berbentuk peribadi ini. Niat asalnya dulu hanya untuk menceritakan dengan lebih lanjut barangan yang dijual di BlogShop tetapi bertukar kepada lebih peribadi pula. Jika hendak dibandingkang dari segi traffic, jumlah unique visitor bagi blogshop adalah berganda-ganda daripada blog ini, tetapi untuk BE blogshop jarang sekali dapat CTR bonus. Berlainan dengan blog ini yang punya visitor yang malu untuk ibu beritahu kalian tapi selalu mendapat extra income melalui CTR Bonus. Ibu berpendapat bahawa En. Nuffnang memang lebih menyukai blog bersifat peribadi yang anda boleh ceritakan tentang apa sahaja daripada blog menjual barang yang terhad entrynya berkaitan barangan yang dijual sahaja. Takkan lah ibu nak cerita pasal puasa pula di blogshop k

Zaman Puasa Ber-2

Hari ni Ahad, tidak ke mana pun hujung minggu ini, hanya di rumah kemaskan apa yang patut. Bila terbaca kisah terawikh dan puasa kawan-kawan blogger, ibu teringat ketika berpuasa berdua bersama suami 6-7 tahun yang lalu. Sempat kami berpuasa ber-2 dua tahun, tahun pertama selepas kahwin sebab nikahnya bulan Rejab jadi tak lama lepas tu Ramadhan, tahun kedua ibu baru jer mengandungkan Hakim 2 bulan. Waktu tu ibu bekerja di Kuala Lumpur, walaupun abah kerja di luar KL boleh dikatakan setiap hari abah akan hantar dan jemput ibu dari office. Balik dari kerja kami terus ke Masjid Wilayah, berbuka dan bertarawih di sana kemudian baru balik ke rumah. Hampir setiap hari, gembira berbuka beramai-ramai walaupun kami terpaksa duduk berasingan, lelaki dan perempuan diasingkan cuma ada juga yang datang berkeluarga dengan anak-anak berbuka bersama-sama. Sambil berbuka mata menjeling ke arah orang tersayang... hehe Kadang-kadang ada makanan berbuka yang masih berbaki kami ambil untuk di makan

Comellote Giveaway : Result

Maafkan ibu sebab lambat beri result untuk GA kali ni, apapun keputusan sudah berada di dalam laptop ibu ni. Ibu gunakan Random.org untuk membantu mencari pemenang, no bias sebab ibu hanya buat tanpa melihat peserta GA. Hope semua terima keputusan ini dengan senang hati, inikan GA bukan contest yang susah pun. Ok mari kita tengok siapa yang kena..... Bukak Random.org Setkan 1 hingga 53 Peserta bertuah yang pertama Peserta bertuah yang kedua Peserta bertuah yang ke-3 Peserta bertuah yang ke-4 Peserta bertuah yang ke-5 Disebabkan peserta ke-31 tiada, jadi kita cabut sekali lagi Pun takde juga, ok lagi sekali Ok dah cukup 5 peserta bertuah.... Pertama: No. 7 7. tiefazatie Kedua: No. 4 4. Mamalyna Ketiga: No. 17 17. juniza  Keempat: No. 24 24. Nida Kelima: No. 48 48. gewecun Tahniah kepada pemenang bertuah, yang kurang bertuah jangan gusar sebab ini sekadar suka-suka jer namapun lucky draw. Ibu tidak sempat untuk tinggalkan jejak di semua blog peserta, terima kasih bany

Courier Services

Sekejap jer hari ni sudah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa, semoga semua urusan berjalan lancar hari ni. Emm, anak ibu Hakim pun dah mula puasa hari ni, bangun temankan abahnya sahur tapi tak makan nasi pun, makan roti cicah koko radix jer. Ikut abah ke surau untuk solat Subuh, berehat mandi dan pakai jubah putih siap dengan kopiah. Alahai anak ibu dah macam Tuan Haji Muda ibu tengok, mungkin kerana bosan, terus jer tertidur dari jam 9 lebih tadi bangun hampir pukul 12 tgh. Main dengan adik-adik kemudian mintak nak makan roti dengan air koko radix lagi jam 2 tadi. Cubaan pertama berpuasa sehingga jam 2 petang, ok lah tu hakim. Pasal Courier Services, ramai anda ni yang terlibat dengan perniagaan online kan, courier service mana yang anda gunakan? Paling murah dan bagus service nya. Ibu tengah duk survey ni sebab ingat lepas ni nak mintak collect di rumah senang sikit, dapat sampul plastik dan dah siap ditulis nama syarikat dan alamat. Jimat masa dan tenaga. Antara yang

Jalan-Jalan IKEA

Aduss, blog ibu ni pun turut sama berpuasa selama 3 hari ni... azam nak publish 2/3 entry sehari tapi satu pun susah nampaknya. Idea nak cerita banyak tapi nak buat macamana, ibu perlu masa yang agak lama untuk satu2 entry, kalu nak tulis pendek2 jer rasa cam tak puas jer. Banyak sangat stok baru masuk minggu ni, kejar yang tu dulu lar, yang masih mencari baju raya yang sesuai untuk anak-anak boleh lah jenguk ke kedai ibu (sempat lagi tuh) Beberapa hari lepas sempat ke IKEA, bukan sekadar jalan-jalan sebenarnya kerana ibu mencari idea dan konsep untuk rumah kami, supaya nanti tidaklah nanti jadi ikut jer apa yang nak jadi Tengok-tengok yang mana berkenan, cek-cek budget cukup ke tidak, jika tidak hold dulu, sehingga semuanya hold dulu... hihi Mari tengok apa yang menarik, bulan puasa ni layan entry bergambar yer....  Katil ni dah bersepah-sepah sebab ramai yg  duk landing...  Idea Small Office @ Home  Idea dekorasi bilik anak perempuan  Hijau menawan untuk anak lelaki  M