Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Rehatkan Badan Segarkan Minda

Apa khabar ibu-ibu hari ini? Cuti sekolah sentiasa dinantikan oleh anak-anak, belum lagi cuti mereka sudah merancang aktiviti mereka sendiri, paling popular adalah balik kampung. Apa aktiviti ibu-ibu cuti sekolah ini? Balik kampung bagaikan menjadi aktiviti wajib bila tiba cuti sekolah. Hati ibu ini sangat terikat dengan kampung halaman, nyaman, indah, tenang, paling utama orang tua ada di sini. Rindu dengan mereka, mahu bertemu adik-beradik. Anak-anak pula rindu dengan sepupu-sepupu mereka. Balik kampung kali ini berbeza sedikit, kami merancang untuk berehat dan bermalam di Peladang Setiu Agro Resort. Lokasinya di daerah Setiu, sekitar 10km dari Bandar Sri Permaisuri. Kelihatan terpencil dan tidak diketahui umum, namun bagi ibu ianya lokasi menarik meluahkan penat lelah, tempatnya nyaman, tenang, jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota.  Kali terakhir ibu ke sini semasa sekolah menengah dulu, berkhemah di sini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox

Bagaimana Mengajar Anak Membaca Menggunakan Buku Adik Mari Baca

Anak tidak perlu diperkenalkan dengan nama-nama huruf serta tidak mengeja suku kata, perkataan atau ayat kerana cara buku ini disusun berdasarkan kaedah fonetik. Sebutkan sahaja bunyi a seperti a pi atau a da Bunyi i seperti i tu atau i kan Bunyi u seperti u lat atau u bat Bunyi a disebut dengan membuka mulut, bunyi i dengan mulut kelihatan seperti senyum dan bunyi u perlu memuncungkan sedikit mulut. Sebutan fonik setiap huruf ada dinyatakan di muka surat terakhir buku ini. Kaedah fonetik amat berkesan dan merupakan kaedah terbaik dalam mempercepat dan menguatkan proses ingatan. Melalui kaedah ini, kanak-kanak tidak akan terlebih dahulu mengeja untuk menghasilkan bunyi sesuatu sukukata. Penggunaan 2 warna merupakan cara yang sangat sesuai dalam melancarkan penguasaan bacaan kanak-kanak. Sukukata akan dapat dibezakan dengan cepat dan mudah semasa membaca. Sukukata pendek dengan bacaan berirama juga dapat membantu mempercepatkan daya ingatan kanak-ka

Tidak Puas Hati = Tidak Redha

Sila jangan buat sebarang andaian ketika membaca apa yang ibu tuliskan ini, sekadar luahan dan cerita sembang pagi ini :)  Matangkah seorang yang bergelar ibu kepada anak yang sudah menjejakkan kaki ke menara gading berperangai seperti gadis belasan tahun? Itu yang terlintas di benak ibu tatkala melihat reaksi seorang kakak yang bermasam muka kerana sedikit masalah. Mana ada manusia yang tiada masalah kan? Allah bagi kita masalah untuk melihat bagaimana kita menghadapi dugaan itu?  Jika ada ketidakpuasan hati maka berbincang dan cakap baik-baik, bukan dengan menarik muka masam, ditegur tidak dijawab, sanggup tidak makan hanya kerana ingin menunjukkan keegoan sendiri? Hebat sangatkah kita ini? Matangkah perbuatan seperti itu? Apabila kita tidak berpuas hati dengan seseorang, sebenarnya kita tidak puashati dengan diri sendiri juga. Apabila kita tidak puas hati dengan sesuatu situasi atau keadaan yang telah pun berlaku, samalah seperti kita tidak puas hati dengan Al

Huggies Dry Pants: Change for Better Convenience

Huggies adalah jenama lampin yang pertama menjadi pilihan ibu sejak anak pertama yang dilahirkan pada 03 Mei 2005. Penyerapan yang baik dan terbukti berkesan membantu menghalang ruam lampin! Anak suka berlari semasa dipakaikan lampin? Anak pandai membuka lampin sendiri? Anak tidak mahu duduk diam semasa dipakaikan lampin Ibu-ibu ada mengalami situasi ini di rumah? Terutama anak yang sudah pandai meniarap, merangkak, apalagi bila sudah pandai berjalan. Anak yang aktif sentiasa ada pergerakan dan perkara yang hendak dilakukan. Apa yang menyebabkan penggunaan Huggies Dry Pants menjadi sangat mudah, senang dan cepat? Pemakaian lampin biasa, anak perlu dibaringkan, lampin perlu diletakkan betul-betul di bawah punggung bayi supaya tidak senget bila dipakai, kemaskan pelekat lampin supaya tidak berlaku kebocoran. Menggunakan lampin seluar dari Huggies segalanya mudah, malah ibu-ibu sempat memakaikan lampin anak ketika sedang berbual di telefon, sa

Menggunakan Kad Imbas Sebagai Alat Bantu Mengajar Anak Membaca Al-Quran

Kad imbas adalah alat bantu mengajar yang sering digunakan di sekolah pra, tadika mahupun sekolah biasa. Penggunaan kad imbas dapat meransang otak kanan dan otak kiri. Kad imbas boleh digunakan kepada anak-anak seawal bayi. Kad Imbas IQRA' Kad Imbas mestilah besar dan mudah dilihat. Warna yang baik digunakan untuk kad imbas adalah putih, hitam dan merah. Tulisan merah atau hitam dengan warna putih sebagai tanah, dapat menarik perhatian anak-anak. Perkataan flash card berasal dari 'flash' dan 'card' menunjukkan kad dengan cepat, 1 kad 1 saat atau kurang dari 1 saat. Pendekatan yang digunakan adalah seperti cara otak berfungsi, apabila menyebut rumah contohnya, otak terus menggambarkan rumah dengan cepat.Menggunakan kad imbas dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan dan IQ anak. Sememangnya pembelajaran menggunakan kad imbas ini adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang menerima maklumat secara menyeluruh (ho