Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mendidik Anak Mengenal Allah

Didik Anak Takut Hanya Kepada Allah

Jangan pergi sana. Gelap. Ada hantu! Pernah atau tidak kita menakutkan anak begitu? Jangan takutkan anak dengan perkara yang tiada apa lagi tahyul. Jangan keluar rumah nanti ada polis tangkap. Tipu. Perbuatan menakutkan anak kecil akan menjadikan anak lemah dalaman. Penakut. Kurang yakin diri. Apabila biasa dengan ayat ugutan dan menipu, lama-lama kelamaan anak sudah tidak lagi percaya. Sedangkan Islam menajar supaya kita hanya perlu takut kepada Allah. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, siapa yang menipu, maka dia bukan dari golonganku. Nabi tidak mengaku umat.  Takut kepada Allah. Bagaimana? Adakah takut kerana Allah garang? Perkara ini perlu dijelaskan dengan baik supaya anak faham konsep takutkan Allah Takut untuk melakukan perkara keburukan. Kisah seorang wanita penjual susu yang tinggal di hujung kampung. Untuk mendapat keuntungan lebih, wanita tersebut mencampurkan air ke dalam susu supaya lebih banyak. Maka lebih hasil jualan. Anak perempuan beliau, melihat lalu mengel...

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah?

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah? Saya tersentak semasa menikmati secawan kopi apabila anak saya datang dan bertanya soalan di atas. Sebagai ibu, belum pernah saya terangkan secara terperinci kepada anak-anak kenapa kita perlu mengucapkan Bismillah sebelum memulakan sesuatu. Saya menghela nafas panjang mencari jawapan yang tepat. Saya teringat kepada satu video tentang Bismillah yang saya lihat beberapa bulan yang lalu. Kupasan video itu sangat menarik minat saya sehingga saya mencatat sesuatu di dalam kertas. Ya kertas tersebut masih saya simpan. Bismillah. Kenapa kita kena baca Bismillah? 1. Allah adalah tempat bergantung manusia Manusia sifatnya lemah, kita seringkali mendengar kata-kata bahawa manusia sifatnya tidak sempurna. Jadi apabila kita hendak melakukan sesuatu, sudah tentu kita perlu meminta supaya Allah bantu sempurnakan yang kurang sempurna. 2. Allah melihat apa yang kita lakukan Apabila membaca Bismillah, kita ingat kepada Allah...

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah

Saya tersentak semasa menikmati secawan kopi apabila anak saya datang dan bertanya soalan di atas. Sebagai ibu, belum pernah saya terangkan secara terperinci kepada anak-anak kenapa kita perlu mengucapkan Bismillah sebelum memulakan sesuatu. Saya menghela nafas panjang mencari jawapan yang tepat. Saya teringat kepada satu video tentang Bismillah yang saya lihat beberapa bulan yang lalu. Kupasa video itu sangat menarik minat saya sehingga saya mencatat sesuatu di dalam kertas. Ya kertas tersebut masih saya simpan. Bismillah. Kenapa kita kena baca Bismillah? 1. Allah adalah tempat bergantung manusia Manusia sifatnya lemah, kita seringkali mendengar kata-kata bahawa manusia sifatnya tidak sempurna. Jadi apabila kita hendak melakukan sesuatu, sudah tentu kita perlu meminta supaya Allah bantu sempurnakan yang kurang sempurna. 2. Allah melihat apa yang kita lakukan Apabila membaca Bismillah, kita ingat kepada Allah. Apabila kita ingat Allah, Allah i...

Jurnal Aktiviti Ramadhan Anak-Anak

Teks dan Foto: Wan Rohani Wan Ismail Hampir 9 bulan saya terlibat dengan kerja-kerja mengubahsuai, membuat editing dan menulis konten untuk buku kanak-kanak. Ianya adalah sebahagian daripada skop kerja yang saya perlu lakukan. Bidang penerbitan buku kanak-kanak adalah satu bidang baru bagi saya. Namun menulis aktiviti untuk anak-anak dan penulisan santai bukanlah satu perkara baru. Bersama tim saya ada pembangun modul yang hebat. Kelab ARAF, Little Ibnu Sina dibangunkan oleh pembangun modul yang berbakat besar. Mereka mempunyai nyalarasa dalam bidang tersebut. 3 Modul yang menjadi USP di Rangkaian Tadika ABS; Kelab ARAF, Teknik Nabi dan Bahasa Budaya Melayu Tinggi (BBMT). Saya akan ceritakan di dalam entri yang lain tentang 3 USP tersebut. Entri ini untuk saya ceritakan tentang Jurnal Aktiviti Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yang istimewa berbanding bulan yang lain. Penganut agama Islam seluruh negara berpuasa wajib di bulan ini. Ramadhan cuma datang sekali setahun...

Apabila Anak Bertanya Tentang Kisah Ajaib

Bismillah Alhamdulillah Suatu petang Umar datang dan menyapa ibu. Umar: Ibu, Frozen tu tipu Ibu: Betul. Tipu. Mana Umar tahu? Umar: Abah cakap. Ultraman pun tipu. Boboiboy pun tipu. Manusia mana ada kuasa. Allah sahaja yang ada kuasa. Ibu: Betul, betul, betul. Umar: Ibu, Allah ada kuasa halilintar ke? Ibu: Ada! Kuasa petir halilintar. Allah yang buat tu. Semua orang takut, syaitan pun takut. Umar: Ooo.. Ibu: Kenapa agaknya manusia buat cerita begitu? Cerita yang menunjukkan manusia ada kuasa. Umar: Tak tahu Ibu: Cerita adalah dari khayalan manusia sendiri. Umar: Khayalan tu apa? Ibu: Khayalan itu adalah imaginasi daripada otak manusia. Hebatkan otak manusia yang Allah ciptakan, boleh imaginasi macam-macam. Imaginasi boleh tapi percaya tidak boleh. Umar: Habis, apa yang kita boleh percaya? Ibu: Kita hanya boleh percaya hanya Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kita juga percaya perkara pelik-pelik hanya yang dice...

Ibu, Kenapa Kita Kena Mandi?

Bismillah Baru semalam ibu ada ceritakan tentang menyuruh anak mandi. Lewat petang semalam, hampir jam 7 petang, anak-anak masih lagi belum mandi. Tuala sudah ada di bahu tapi macam biasa akan ambil sedikit masa untuk masuk ke dalam bilik air. Seusai ibu mandikan baby Ammar, Aiesyah datang dan bertanya, "Ibu, kenapa kita kena mandi?" Soalan yang baik memang kena pada tempatnya. Otak saya berlegar mencari jawapan yang paling sesuai sambil menyusukan Ammar. "Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Kata saya memulakan hujah. "Seseorang yang tidak mandi, cantik atau comot?" "Comot!" Jawab Aiesyah pantas. "Betul! Bila seseorang mandi, sabun wangi, gosok gigi, pakai baju yang cantik, sikat rambut, pakai tudung, cantik tak?" Tanya ibu lagi menguji. "Mestilah cantik" Jawab Aiesyah. "Sebab itu kita kena mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menjaga kebersihan dan memastikan...