Anak ini sudah lebih seminggu diaperless, Alhamdulillah proses mengajak anak ke tandas sangat senang dilakukan. Ibu sudah bertekad untuk latih tubi gerak gempur melatih anak berusia 2 tahun 4 bulan ini meninggalkan terus diapers. Hari pertama ibu ajak Umar ke tandas setiap 2 jam, 2 kali terbabas sebab ibu lupa masanya dan kali kedua sejurus Umar bangun tidur. Hari kedua ibu sudah nampak yang anak ibu tidak mahu lagi memakai diapers kerana seawal bangun pagi terus sahaja ke tandas sambil memegang ...... Hari kedua juga semasa ibu solat Umar dengan sendirinya menanggalkan seluar dan poo di dalam tandas walaupun bukan di toilet bowl. Umar menolak untuk menggunakan potty dia nampaknya selesa dengan melepaskan begitu sahaja :) Hari ketiga dan hari ke-4 Alhamdulillah segalanya seperti yang dirancang, tiada lagi keciciran, dan ibu berani membawa keluar Umar menemani Abang Hakim exam untuk pemilihan tempat sekolah tahun depan tanpa diapers. Antara tips yang ibu boleh k...