Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Mendorong Anak Menggunakan Pujian

TIP 1: Mendorong Anak dengan Menggunakan Pujian Salah satu tip untuk mendorong anak mengekalkan kerja baik yang dilakukan adalah menggunakan pujian. Pujian yang diberikan kepada anak itu mempunyai dua peranan: a) Membetulkan konsep diri, iaitu apa yang dia percaya tentang dirinya b) Meningkatkan estim diri. Estim diri positif membentuk tingkah laku positif. Bagaimana teknik memuji yang betul? 1) Berikan pujian kepada usaha, hasil kerja, kerja baik atau prestasi yang ditunjukkan oleh anak-anak. 2) Sebut usaha, hasil kerja dan prestasi secara spesifik 3) Nyatakan ganjaran baik yang diterima apabila perkara itu dilakukan. 4) Pujian serta merta, jangan ditangguhkan pada hari dan masa lain. 5) Pujian diberi secara terbuka apabila ia dilakukan secara terbuka Contoh skrip memuji: Skrip 1 "Abang solat awal waktu hari ini (memuji hasil kerja). Allah dan Nabi menyukai orang-orang yang menjaga solat” (ganjaran baik) Skrip 2 “Tulisan kamu kemas. (memuji hasil kerja)

Menerangkan Peraturan Atau Menghukum?

Teks: Wan Rohani Wan Ismail Imej: Sumber Google Saya pernah kongsikan di facebook cerita ini. Perbualan antara saya dan anak perempuan berusia 8 tahun. ------------------------------------------------------ Anak perempuan saya bercerita tadi semasa kami di dalam kereta.  Beliau mulakan perbualan dengan pertanyaan. "Ibu, denda itu apa?  Dulu masa sekolah tahun lepas, Aiesyah kena denda sebab tidak pandai baca Bahasa Inggeris. Cikgu suruh Aiesyah berdiri atas kerusi". Saya menjawab spontan, "Denda itu adalah sejenis hukuman". Aiesyah tidak puas hati, beliau mengadu lagi, katanya; "Ada kawan Aiesyah datang lambat ke sekolah, cikgu suruh dia berdiri atas meja." Saya bertanya, "Adakah wajar cikgu denda atau marah pelajar yang datang lewat?" "Tidak patut kena marah atau denda" "Jadi apakah yang cikgu sepatutnya lakukan?" "Beritahu sahajalah!" "Kenapa?" &quo