Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Giveaway di lanjutkan sehingga 10 Dis 2011

Giveaway ini akan dilanjutkan sehingga 10 Dis 2011 untuk memberi peluang kepada ramai peserta mendapat hadiah. Ibu sangat berbaik hati untuk memberi hadiah kalau boleh kepada semua peserta yang menyertai :) Mula-mula ibu ingat nak tarik balik Giveaway ini kerana tidak mendapat sambutan, mungkin silapnya ibu sendiri yang kurang promosi. Rupanya ramai yang menunggu di saat akhir untuk menyertainya. Tapi penyertaan belum seramai yang ibu jangka, jadi ibu berbesar hati untuk melanjutkan Giveaway ini untuk memberi peluang kepada ramai peserta mendapat hadiah. Kepada ibu-ibu yang belum sempat menyertai jangan khuatir kerana masih ada peluang... Selamat berjaya kepada semua  KLIK sini untuk sertai GiveAway

Cinta Yang Hilang... Bhg 1

Akhir-akhir ini ibu agak kurang fokus untuk update blog. Bila ada idea, tidak sempat untuk menjengah laptop, bila mengadap laptop, idea pula melayang entah ke mana. Seronok bila di rumah dengan anak-anak sehinggakan masa agak terhad untuk online. Cuti sekolah ini anak-anak leka bermain dan berseronok di rumah. Bila ibu beritahu ibu perlu bekerja, anak membalas "Ibu kerja di rumah ke kerja di luar?" Emm bagaimana mahu terangkan dengan anak-anak kerana mereka biasanya meneka ibu kerja di rumah kan? Lalu senyumlah mereka tidak mahu dihantar ke taska. 'Cabaran ibu bekerja di rumah' Petang ini ibu mahu kongsikan cerita ini tentang kasih sayang cinta pasangan suami isteri juga anak-anak tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam slot SoalCinta Solusi Isu 25. Ketika pasangan suami isteri itu berpindah ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh ceria. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan belum menjadi, mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. S

Guangzhou

Ibu akan berangkat ke Guangzhou hari ini sehingga 14/11. Mohon doa kalian agar perjalanan ini dipermudahkan, berjumpa dengan barang yang ibu mahu dan mendapat idea bisnes yang baru. Selesai sahaja urusan penghantaran barang ibu akan segera pulang, pasti merindui keluarga tercinta di sini. Sekarang musim sejuk, suhu sekitar 15 - 21 Darjah Celcius, suhu sekitar ini juga ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Guangzhou Januari lepas. Ini adalah trip ke 3 ibu ke sana. Ibu belum berkemas semasa menulis entry ini, baru selesai listing barang, print map dan boarding pass. Jacket, extra socks, universal adapter, tidak boleh lupa. Musim sejuk tidak perlu bawa baju yang banyak, sebab boleh dipakai berulang :) jimat ruang bag sebab pergi ibu biasanya tidak amik luggage, hanya hand carry bag. Kambing panggang antara menu paling best di sana terutama di musim sejuk :) Trip bulan Jun di link ini Tengok sini untuk lihat apa yang menarik di Guangzhou?

Tips Melatih Anak Toilet Train

Anak ini sudah lebih seminggu diaperless, Alhamdulillah proses mengajak anak ke tandas sangat senang dilakukan.  Ibu sudah bertekad untuk latih tubi gerak gempur melatih anak berusia 2 tahun 4 bulan ini meninggalkan terus diapers. Hari pertama ibu ajak Umar ke tandas setiap 2 jam, 2 kali terbabas sebab ibu lupa masanya dan kali kedua sejurus Umar bangun tidur. Hari kedua ibu sudah nampak yang anak ibu tidak mahu lagi memakai diapers kerana seawal bangun pagi terus sahaja ke tandas sambil memegang ...... Hari kedua juga semasa ibu solat Umar dengan sendirinya menanggalkan seluar dan poo di dalam tandas walaupun bukan di toilet bowl. Umar menolak untuk menggunakan potty dia nampaknya selesa dengan melepaskan begitu sahaja :) Hari ketiga dan hari ke-4 Alhamdulillah segalanya seperti yang dirancang, tiada lagi keciciran, dan ibu berani membawa keluar Umar menemani Abang Hakim exam untuk pemilihan tempat sekolah tahun depan tanpa diapers. Antara tips yang ibu boleh kongs