Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Kisah Penggunting Rambut dan Seorang Lelaki

Assalamualaikum, faktor kesihatan menyebabkan beberapa kerja tertunggak. 2 hari hanya berbaring dan bergerak sekitar di dalam rumah sahaja. Demam menggigil, kepala berdenyut-denyut dan bila berdiri rasa seperti mahu pitam. Alhamdulillah hari ini keadaan semakin baik. Ibu ingin kongsikan cerita ini yang ibu ambil dari notes seorang sahabat di facebooknya. Jumaat lepas, sebuah masjid di Shah Alam menyentuh soal pentingnya aqidah di dalam khutbah Jumaatnya.  Khatib ada membawakan sebuah cerita yang menarik dan saya rasa ingin mengongsikan kisah tersebut di blog ini.  Berikut adalah kisah tersebut dengan sedikit ubahsuai versi saya: Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.  Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita.  Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa

Working at Home Mum without Maid

Perlu atau tidak punya maid di rumah? Jawapan mungkin berbeza mengikut situasi masing-masing. Mungkin perlu dan mungkin tidak. Pernah atau tidak terfikir untuk punya maid? Jawapan ibu pernah! Sejak bila ibu terfikir untuk punya bibik? Selepas ibu berhenti kerja dan menjadi fulltime housewife atau ibu yang bekerja di rumah. Selama hampir 8 tahun berkahwin dan punya 3 orang anak, semua kerja rumah dan anak-anak ibu selesaikan bersama suami. 2 tahun pertama selepas mendirikan rumahtangga, semuanya dianggap sempurna (di mata kami) kerana masih tinggal berdua. Selepas kelahiran anak pertama keadaan masih under control. Selepas anak ke-2 dah kelam kabut :) Hampir setiap hari bekerja terkocoh-kocoh setiap pagi menyiapkan kelengkapan anak-anak sebelum dihantar ke rumah pengasuh, dengan nak kejar traffic jam lagi, tapi sebab dah hari-hari lalui menda yang sama ia menjadi satu kebiasaan. Belum pun terfikir untuk punya maid. Selepas berhenti kerja dan menjaga 2 anak di rumah sendirian (bila

Hadiah Hari Lahir

Apakah hadiah yang paling bermakna? Bagi ibu apa sahaja yang diberi sangat menggembirakan, walaupun mungkin ada yang gembira sikit dan gembira banyak. Dapat kad ucapan pun sudah gembira, jika ditulis Happy Birthday! makanya gembira sedikit tapi jika si pemberi berpuisi dan puji sikit sudah tentu dah jadi gembira banyak :) Alangkah seronok jika suami seorang yang romantik, pandai berkata-kata, tapi lebih seronok jika suami romantik plus pandai ambil hati. Lebih beruntung dapat suami yang rajin membantu dan baik terhadap kita. Yang mana nak suami yang romantik, pandai berkata-kata atau suami yang tidak banyak cakap tapi rajin membantu dan memahami jiwa? :) Tidak kiralah suami dalam kategori yang mana pun, yang penting dialah sahaja yang bertakhta di hati sanubari ini, tiada yang lain selain dia. Sejak ibu kenali abah lebih 12 tahun lalu, hanya dia yang meruntun jiwa ibu dengan sifat lembut, penyayang, matang dan ringan tulang. Dialah pemberian terbaik buat ibu selama ham

Western Day

Semalam makan nasi berlaukkan udang masak lemak kuning, ala-ala macam masak cili api juga tapi tiada gambar diambil :) Hari ni sudah plan nak masak spaghetti dan mushroom soup, gigih ibu ke Tesco (ala dekat ngan kedai jer pun) membeli udang, dan bahan-bahan terlibat. Memang western dari pagi ke petang.  Pagi breakfasr dengan mushroom soup dan roti Tengahari pula makan spaghetti :) Sudah agak lama ibu tak masak spaghetti sebab setiap kali nak buat spaghetti mesti hasilnya adalah macaroni goreng..... kenapa pula jadi macam tu? Tanya abah.... Semalam pun bila ibu cakap nak buat spaghetti hari ini, abah pula cakap, buat macaroni lar... kalau asyik macaroni goreng jer, hilang skill ibu masak spaghetti nanti :D Habis licin lencun sup dan spaghetti dimakan kami sekeluarga, tak sempat nak bagi pada jiran sebelah. Umar bukan main makan seurat seurat spaghetti, ada skill menarik makanan macam hirup sup. Petang tadi kami ke Taman Millenium, Kuala Kubu, menarik juga pemandangan di sini

Selamat Hari Lahir!

Kesyukuran hanya layak dipanjatkan kepada Mu Ya ALLAH, atas kurniaan rezeki yang tidak pernah padam. Kesihatan yang baik sehingga ibu mampu untuk menjalankan ibadah dengan baik, menguruskan kerja rumah dan mencari rezeki yang halal Rumah yang luas dan selesa untuk kami sekeluarga berlindung dan memanfaatkan masa bersama Makanan yang melimpah ruah, tidak pernah sehari pun kami kesuntukan wang sehingga tiada apa yang boleh dimakan. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk sama membantu saudara yang tidak bernasib baik Suami yang menyayangi dan sentiasa memahami, menyokong dan menjadi tulang belakang yang kuat dalam setiap perkara yang ibu lakukan Anak-anak yang sempurna, sihat dan yang paling penting, anak-anak ibu semuanya baik-baik, pandai, bijak, anak yang soleh juga solehah Keluarga yang baik dan memahami, sangat membantu dikala kesusahan, gembira dikongsi bersama InsyaAllah. Terlalu banyak nikmat pemberian sehingga tidak dapat diungkap semuanya. nikmat Iman dan Isla

Anak-Anak Ibu

Pejam celik pejam celik pejam celik sudah hampir 8 tahun ibu berumahtangga, lagi 2 bulan ulangtahun perkahwinan yang ke-8. Anak yang sulung pun sudah besar panjang, kadang-kadang bila tenung muka Hakim, tengok gelagatnya, terfikir dalam hati "Isk betul ke aku dah ada anak besar ni..." Bila tengok anak-anak bermain bersama, macam tidak percaya sudah punya 3 anak, agaknya bila anak-anak sudah besar-besar nanti mesti ibu ni sudah tidak sekuat sekarang... Hakim sangat kelelakian, pengarah dan mempunyai kebanyakan sifat anak lelaki sulung. Selalu marah bila adik-adik tersalah, dan juga menjadi pelindung bila adik perlukan. Kadang Hakim berkelakuan seperti orang dewasa, cara bercakap dan pernah beberapa kali juga Hakim menegur bila ibu ada tersalah kata atau perbuatan. Kisah Hakim nak jadi ustaz di sini . Hakim sukakan kereta dan motosikal (dah nama anak lelaki), bila di dalam kereta, ada motosikal berkuasa tinggi yang melintas memotong kereta kami, dengan mulut sedikit muncu

Umar Ibu

Ibu hanyalah insan biasa yang kadang letih dan lelah. Bila bosan ibu ambil gambar semasa memandu, isk bahaya ni.... Jalan di waktu pagi sangat menenangkan. Bila bosan di kedai ibu ambil gambar juga :) Anak bongsu ibu yang sudah besar, pandai berkawan dan paling penting suka menyanyi Bila dengan orang lain Umar menjadi anak lelaki yang pemalu, dengan menundukkan muka dan jelingan manja, hihi Bila pakai selipar begini pula jadinya..... Telefon ibu menjadi alat permainannya, lurus tangan sampai bengkok (sedikit) menyusun puzzle ABC... dah terror dah... Bila tidur macam berkawat hehe

Bekerja Dari Rumah: Suka atau Sukar?

Bekerja dari rumah semakin popular sekarang. Jika bos ibu bagi ibu bekerja dari rumah dahulu mungkin ibu masih bekerja di sana sehingga sekarang (mungkin?) Faktor perjalanan serta traffic yang tidak menentu menyebabkan fikiran jadi bercelaru untuk menghadapi kenyataan itu setiap hari. Hehe.... padahal sekarang bila bekerja sendiri dari rumah, ibu kena juga keluar awal pagi dan bersesak dalam traffic cuma tidaklah setiap hari dan ada pilihan. Ibu sebenarnya kagum dengan wanita gigih ini yang mula memulakan kerjaya dari rumah sejak ibu masih belajar yang mana tidak pernah terlintas untuk ibu bekerja di rumah seperti beliau. Ibu pernah berjumpa sekali dengan Pn. Dayang Lily semasa meeting Cluster WENA di Shah Alam bulan Mei baru-baru ini. Ibu kongsikan di sini kerana ibu fikir mungkin ada di antara ibu-ibu di sini yang ingin memulakan kerjaya dari rumah dan juga telah mengharunginya. Senang ke berkerja dari rumah? Hanya yang melaluinya lebih mengetahui. Mari kita tanya pada yang paka

Ukuran Kejayaan, kacang lupakan kulit

Berjaya dari perspektif orang akademik ialah mereka yang memiliki pendidikan tertinggi Ph.D Berjaya dari perspektif orang teknikal apabila menguasai satu kemahiran di tahap yang dianggap profesional Berjaya dari perspektif orang berniaga apabila bergelar jutawan Anda ingin berjaya dalam perspektif yang mana? Kalau boleh ibu nak berjaya dalam semua bidang, akademik, kemahiran dan perniagaan. Ini adalah kejayaan yang boleh diukur dan nampak arasnya, dalam pada mengejar aras kejayaan ini jangan lupa pula kejayaan abadi yang akan kita bawa untuk bekalan hari esok. Itulah kejayaan yang hakiki. Itu pula yang terlintas di benak masa ini kerana ibu masih di sini (di kedai yang baru buka ini) belum ada pekerja tetap jadi semuanya kena urus sendiri. Ibu ada terbaca jika niat kita berniaga baik, ikhlas kerana Allah maka pekerja yang akan bantu kita juga akan menjurus ke arah kebaikan, InsyaAllah. Walaupun belum ada pekerja tetap, sudah ada 2 pekerja sukarela di sini, seorang shift pagi da