Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Trip Satu Hari Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang

Antara lokasi menarik yang boleh diterokai bersama anak-anak adalah di Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah. Terletak di daerah Lanchang, Pahang. Jika melalui LPT, exit Tol Lanchang. Selepas itu ikut sahaja signboard. Lebih mudah guna aplikasi Google Map, search Kuala Gandah. Aktiviti di sini bermula jam 1pm dan ke atas. Tayangan video berkenaan bagaimana gajah liar dijinakkan dan dipindahkan ke hutan simpan yang lebih selamat untuk habitat mereka. Melihat persembahan gajah menunjukkan beberapa skil mereka bersama 'mahout'. Ingatkan mereka panggil mahmud :), mahout adalah panggilan untuk pelatih gajah. Mahout bersama gajah dalam pertunjukan ringkas. Jam 2 petang. Kami sampai seawal jam 10 pagi. Terdapat papan tanda dan maklumat berkenaan di gajah. Ibu seronok membaca, anak sudah berlari masuk ke kolam hiasan yang belum siap. Masih dalam proses binaan. Ada tandas dan surau yang selesa. Selain itu, terdapat banyak kerusi rehat untuk pengunjung yang punya anak kecil macam