Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Kisah: Hidup Ibarat Roda

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?" Sikap si suami berbeza dengan sikap isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab,"Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu" Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaan suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bangkrap. Dia terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Selain itu, disebabkan sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumahtangga mereka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai. Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula, bertemu jodoh den...

Courier ke Kura-kura?

Assalamualaikum, Mintak maaf sebab entry pagi Isnin ni agak suam-suam kuku, tak sampai tahap panas lagi... Ni pasal geran kereta yang saya buat full settlement awal bulan haritu. Saya minta pihak bank courier ke sini segala dokumen termasuk geran dan dikenakan bayaran rm30 (ni courier apa sampai 30 ringgit charge?) Tapi yang pelik bin ajaib dan heran dah 2 kali saya ke bank tersebut dan 2 kali call masih lagi geran belum sampai seperti yang dijanjikan paling lewat 2 minggu. Sekarang rasanya dah hampir sebulan! Geram juga dengan pihak bank tersebut yang mengambil lewa sahaja perkara penting seperti ini, dah la masa nak full settlement haritu sikit pun tak dapat kurang! Untung nak lebih, kerja ............ Notakaki: Penat jalan ke Pesta Buku semalam, walaupun penat tetap bangun awal nak update stock di blog dan shopping cart . Jemputlah datang yer :)

Ninja Star

Twinkle twinkle little star How I wonder what u are Up above the world so high Like a diamond in the sky Entry ini bukan untuk pertandingan nyanyian tapi kisah anak yang mahukan ibu buat star dengan paper, stail ninja star yang digunakan untuk melawan musuh tu... star 4 bucu. Balik dari sekolah, hakim terus amik a piece of paper dan melipat-lipat konon macam pro lar... sekali tak jadi pun. Isk macamana ni... dah lupa lah tu nak buat macamana... :) jadi hakim minta ibu buatkan star untuknya. Termenung juga sebentar ibu dibuatnya sebab ibu tak reti sangat paper craft ni yang ibu tahu cuma buat kapal, kapal dan kapal. Ibu panggil perahu tapi hakim panggil kapal. Star ni kira senang ler jugak, macamana kalau hakim mintak buatkan burung, katak, dan binatang lain yang seangkatan dengannya. Kalu ular boleh la ibu gulung-gulung aje jadi melingkar macam ular :D Nasib baik ada cik Google, ibu carik la "make a star with paper" mudahkan dengan teknologi yang ada semua benda yang a...

Sekali Sekala Rendam CD dengan Cuka

Lama tak ceritakan pasal CD, harini teringin nak berkongsi sedikit tentang cara penjagaan CD yang saya amalkan. Sebelum menggunakan cd mesti kena basuh dulu sama jugalah jika membeli pakaian. Jika pakaian perlu dibasuh sekali sebelum digunakan tapi cd mungkin perlukan basuhan tanpa sabun sehingga 3 kali. Jika tidak dibasuh dengan sempurna sebelum digunakan, cd mudah bocor. gambar sekadar hiasan ikhlas dari google Aplikasi di atas bagi cd tertentu sahaja, kerana ada cd yang hanya sekali basuhan sudah dapat digunakan dengan jayanya tanpa bocor. Mula-mula beli insert microfiber sangat-sangat lah gebu dan ringan, letak dipipi pun tidak terasa :), lain ceritanya bila sudah berbulan-bulan digunakan, insert menjadi semakin berat dan keras tambah-tambah lagi jika suka menggunakan sabun semasa cucian. Gunakan sabun tertentu sahaja seeloknya yang jenis HA, tiada enzim, tiada pelembut, tiada klorin dan kurang berbau. Rendam dengan cuka adalah salah satu cara untuk meneutralkan kesan tinggala...

Beautiful Blogger Award

Beautiful Blogger Award from KiNSyAkRn & Temp. Housewife . Thanks a lot for both or them and really appreciate sebab pilih saya to receive the award. Rewards tak de ker? This award just like surat berantai, if you read them then you have to do the same thing. But never-mine sebab we can exchange link together-gether. My link stated in your blog and your link in my blog. (psst...temp housewife... tambah link dekat nama Wan Anie tu) 7 Things About Myself 1. Really need rice for daily diet . Saya ni jenis yg suka makan dan mesti makan nasi, kalau tidak saya akan sakit kepala sebab tak cukup karbohidrat. Sumber karbohidrat saya yang utama adalah nasi, nasi dan nasi. 2. Very addict to coffee . Betul, saya memang suka minum kopi, tidak kira mengandung ke menyusu ke kopi tetap pilihan di hati, koko tu 2nd choice if takde kopi dan teh saya kurang sebab selalu angin bila minum teh kecuali teh herba. 3. Seorang yang penyayang terutama kepada anak kecil termasuk barang-barang plastik m...

Sticky: Buku Wang Saku & Pengurusan Belanjawan Keluarga

Bismillah, Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga telah diberikan percuma kepada 7 orang bertuah pada entry ini . Oleh kerana tidak mahu menghampakan beberapa orang yang juga mahukan buku ini dan memandangkan saya telah dapatkan dalam 20 set buku ni, jadi sesiapa yang nak sila tinggalkan komen di sini. RM5 dikenakan untuk 1 set buku ni termasuk kos penghantaran; 1. Buku Wang Saku Buku catatan keluar masuk aliran tunai setiap hari dipecahkan kepada setiap minggu, tambah menarik dengan kartun ilustrasi Lat. Jadikan Buku Wang Saku ini sebagai panduan merancang perbelanjaan setiap hari, dalam masa yang sama membantu anda mengesan jumlah lebihan perbelanjaan dan baki wang yang boleh anda simpan. Nazril Idrus mengadakan seminar khas mengenai Buku Wang Saku ini, boleh lihat dalam Utusan Malaysia . 2. Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga Buku Pengurusan Belanjawan yang sangat baik untuk anda dan keluarga, menentukan matlamat kewangan, mencatat pendapatan, hutang, simpanan, Takaful dan pel...

Teknik Memuji Berkesan

Manusia memang mudah nakpak keburukan dari kebaikan yang ditunjukkan seseorang. Ibubapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak berbanding memuji kebaikan yang mereka lakukan. Suami isteri boleh bermasam muka kerana sedikit kesilapan, hingga terlupa nak menghitung beribu kebaikan yang dicurahkan selama ini. Jika mahu lahirkan insan cemerlang, tidak kira anak, rakan mahupun pekerja maka perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara nak suburkan kebaikan adalah dengan memuji supaya mereka merasa sernok dan mengulangi kebaikan tersebut. Memarahi seseorang tidak perlukan kemahiran, tapi untuk memuji perlu kemahiran. Bagaimana cara memuji yang meninggalkan kesan kepada anak dan membuatkan mereka mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu! Segerakan Pujian - Segera memuji semasa kebaikan itu dilakukan. Kalu lihat anak bersusah memegang penyapu dan menguis nasi yang diteraburkan mereka sendiri "Ha... macam ni l...

W . A . U bunyinya KITE, Jom main layang-layang

Antara dilema ibu dan anak :) Kami ibu abah yang mengajar anak campur aduk, kebanyakan binatang di sebut dalam Bahasa Inggeris, tapi ada juga perkataan yang menggunakan bahasa ibunda aka bahasa dialek. Bila perkataan I untuk ITIK disebut I-FISH, ejaan W.A.U jadi KITE, A untuk APPLE atau E untuk EPAL, kalu ikut dialek kami panggil APPLE tu EPA, tadi hakim betulkan pronounce abahnya, bukan EPA..... APPLE lar! :) Entry ni bukannya nak cerita cara mengeja tapi waktu bermain bersama yang sangat menyeronokkan pada musim cuti sekolah untuk anak-anak yang belum bersekolah. Kami ke padang bermain layang-layang yang letaknya tidak jauh dari bulatan Batu Caves menuju ke Kepong. Kami sampai sekitar jam 6 petang, fuh bunyalah ramai orang, masing-masing dengan anak-anak dan kite masing-masing. Jika anak ada 3 orang, meaning mesti ada 3 kite yang parent kena beli, terkecuali untuk anak sebesar baby Umar :D Memang penuh padang, kami pun cari 'pot' yang sesuai, lepas abah belikan kite unt...

Memancing ke Termenung?

"Hari ni nak ke mana?" Soalan standard Abang bila tiba hari minggu sebab selalunya ibu lah yang buat plan nak ke sana, ke situ dan ke sinun. Tapi semalam ibu buntu keletihan Aiesyah baru jer baik demam, hari ni Umar pula yang demam dan merengek. Dalam hati ibu nak je cakap Abang bawalah ani pergi bercuti, relaks ke pulau tapi di mulut cakap "Abang decide, we follow". Tahu bawa kita satu family ke mana? Tasik yang jauhnya dalam 1km dari rumah. Ibu dah boleh agak sebab sejak 2 minggu sudah abah asyik duk cakap nak pergi memancing, tapi hasrat abah tak kesampaian sebab ibu sangat-sangat perlukan abah di rumah bila hujung minggu. Abah memang seorang yang sangat baik hati dan bertolak ansur ;) Betulker ada orang cakap memancing ni aktiviti untuk orang yang bersabar? Sebab tu ibu selalu biarkan abah pergi memancing sendirian dengan Hakim je. Tak sampai setengah jam rasanya ibu sudah resah gelisah, duduk situ tak kena, duduk sana tak kena. Abang, Ani balik dululah.......

Persekitaran Tempat Tinggal Mempengaruhi Gejala Seksual

Rumah adalah tempat berlindung, berehat dan melakukan aktiviti keluarga. Selain aktiviti keluarga, setiap individu di dalam rumah mempunyai hak bersendirian dan memerlukan ruang melakukan aktiviti sendiri tanpa gangguan orang lain. Keluasan rumah perlu bersesuaian dengan bilangan ahli. Sebuah rumah memerlukan sekurang-kurangnya 3 bilik untuk ibubapa, anak perempuan dan anak lelaki. Jika berkemampuan bina lagi 2 tambahan bilik untuk dijadikan bilik tetamu dan bilik solat. Faktor sosio-ekonomi dan kemiskinan membatasi keperluan ini kerana tidak semua keluarga mampu mendiami rumah yang besar dan selesa. Kos menyewa ataupun membeli juga meningkat, jarak dari tempat kerja dan kemudahan anak-anak menentukan pemilikan rumah. Berbalik kepada persekitan tempat tinggal bagi membendung gejala seksual, berikut langkah-langkah asas yang wajar dipraktikkan dalam kehidupan keluarga bagi membendung gejala tersebut; Mengasingkan Tempat Tidur Anak yang mencapai usia 5 tahun seharusnya dilatih t...

Melangkah ke Dunia WAHM, Apa yang Perlu Anda Lakukan?

Bercita-cita nak jadi WAHM dalam masa terdekat, 2 tahun lagi, 5 tahun lagi, 10 tahun lagi atau mungkin selepas pencen nanti? Perkara yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke arah menjadi WAHM; Kenalpasti Minat dan Kemahiran Sudah tentu setiap dari kita mempunyai kemahiran dalam sesuatu dan minta dengan sesuatu, inilah masa kita perlu meneroka dan meneroka potensi diri yang ada di dalam diri. Mungkin ada di kalangan kita yang suka membuat kraftangan, memasak, menjahit, menulis, bercakap dan sebagainya. Apa yang perlu dilakukan cuma mengembangkan kemahiran sediada. Jika tidak berapa pasti dengan kemahiran yang ada, kenalpasti minat yang ada dalam diri. Senaraikan minat dan tuliskan yang mana paling minat, minat sedikit hinggalah paling kurang minat. Mulakan langkah pertama contohnya jika minat menjahit, cari dan masuk kelas atau bengkel jahitan di hujung minggu. Jika minat bercakap dalami suatu bidang yang membolehkan anda berkongsi tentangnya kepada masyarakat dan anda mendapat sesu...

Buku Wang Saku 2010

Wang bukan segala-galanya, tetapi hampir segala-galanya memerlukan wang Sememangnya wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, jadi kita perlulah bijak menggunakannya. Jadikan Buku Wang Saku  sebagai panduan merancang perbelanjaan setiap hari. Tabiat ini perlu disemai di kalangan anak-anak sejak di bangku sekolah supaya menjadi kebiasaan apabila dewasa kelak. Amalan ini akan memberi kesejahteraan hidup kepada kita di masa hadapan. Buku Wang Saku ini dikeluarkan oleh Bank Negara terdapat dalam 2 bentuk, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Buku untuk Pelajar Sekolah Menengah masih sesuai digunapakai oleh pelajar IPT dan juga orang dewasa seperti saya dan suami. Jadikan amalan mencatat segala aliran wang masuk dan keluar supaya dapat dikenalpasti corak perbelanjaan kita setiap hari/bulan/tahun. Kalaupun tidak banyak, sedikit pun wang yang kita simpan setiap hari amat bermakna. Jika boleh agihkan sedikit dari wang belanja kita setiap hari untuk dimasukkan dalam satu tabun...

Bagaimana Menghasilkan Genetik Yang Baik

Anak yang baik, soleh dan taat menjadi idaman setiap ibubapa. Terdapat banyak faktor yang memperngaruhi genetik anak yang baik, saya kongsikan 3 yang penting; Sifat dan Moral Ibubapa Islam sangat menganjurkan kita mencari pasangan hidup yang tinggi akhlak dan iman di dada, ini bagi memastikan zuriat baik yang dihasilkan. Orang-orang tua dahulu sangat mengambil berat soal pemilihan jodoh anak mereka supaya keturunan mereka terjaga. Sesetengah pakar menganjurkan supaya tidak mengahwini anak yang lahir daripada penzinaan kecuali ibubapanya sudah bertaubat. Ini kerana, diragukan genetik yang diwarisi daripada ibu atau bapa mewujudkan kecenderungan seks yang diharamkan di dalam diri anak itu apabila dewasa kelak. Hubungan Seks Ibubapa Hubungan seks suami isteri sangat memainkan peranan untuk menghasilkan genetik yang baik. Oleh itu ajaran Islam misalnya, menggariskan tatacara dan tertib tertentu yang mulia dan penuh dengan kehormatan semasa menjalinkan hubungan seks antara suami ister...

Maklumat Penting bagi Mereka yang Berkenaan

Maklumat ini penting bagi mereka yang berkenaan: 1. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Tutup16 Mac2010) Jika berminat untuk mendalami bidang pendidikan dan minat untuk mendidik anak bangsa, boleh mohon secara online sahaja selepas mendapatkan no. pin di BSN. Permohonan Online di sini. 2. Jawatan Akademik di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Jawatan Pensyarah, Guru Bahasa, Tutor, Pegawai Latihan Vokasional juga bagi anda yang berminat mencurah ilmu dalam bidang pendidikan. Permohonan secara Online sahaja di sini. 3. Guru Bahasa & Pengajian Sarjana / PHD Ditawarkan oleh kebanyakan IPTA sekarang antaranya UTHM dan UPSI Saya pun teringin sangat nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, rasanya sekarang adalah masa yang terbaik. Umur dah semakin tua :D abang memang galakkan maklumlah ini antara cita-cita yang masih belum kesampaian. Dulu masa dapat tawaran sambung Sarjana di UTHM 2002, saya tolak sebab ayah mintak saya kerja dulu, yer lah waktu tu adik-adik masih...

Pernah tak naik Bot Penambang?

Kalu orang pure Terengganu, dorang panggil 'bot nnambang', ada sabdu atas huruf n tu :) atau juga dikenali sebagai bot penumpang dan dikenakan tambang jika kita menaikinya. Masa bersekolah asrama dulu dari Tingkatan 1 hingga Ting. 5, saya jarang pulang ke rumah kerana kami dibenarkan pulang sekali sebulan kadang tu sampai 2 bulan baru boleh balik. Rumah saya jarak agak jauh kira-kira 2.30 jam naik bas ekspress, tapi saya selalu naik bas berenti-berenti jadinya makan masa 3-4 jam jugaklah nak sampai. Untung kawan-kawan yang tinggal dekat dengan sekolah, setiap hari Sabtu kami dibenarkan outing jadi dorang boleh balik rumah. Saya selalulah dengan muka tak malunya ikut kawan-kawan balik ke rumah mereka. Pagi-pagi 8.30 sudah keluar, lepas lepak-lepak, makan tengahari dan buat ler apa-apa yang patut petang sebelum jam 6 petang kena masuk asrama balik, jika lewat nanti ada Pengawas Asrama yang ambil nama kang tak pasal-pasal....! Pernah ikut kawan saya si F balik ke rumah dia, yan...

Tawaran Baju Percuma

Comel Lote Collections ada menawarkan baju percuma di sini , tawaran terhad kepada pelanggan yang pernah shopping di CLC sahaja :D Ini adalah sebagai hadiah kepada anda yang sentiasa menyokong saya selama ini. Jika diikutkan hati nak bagi kepada semua pelanggan, tapi buat masa ini belum lagi. InsyaAllah doakan semoga dimurahkan rezeki kita semua dan akan ada sesuatu yang istimewa untuk anda. Nantikan kemunculan produk baru di CLC tidak lama lagi. ;)

Ibubapa Asyik Layari Internet, Bayi 3 Bulan Mati Kebuluran

Jika tidak salah pendengaran saya, inilah berita yang saya dengar menerusi Buletin Utama TV3 malam semalam 7/3. Duk asyik merulit-rulit Umar tidur teringat plak pasal berita ni. Memang menyedihkan bila melihat gambar bayi yang terlentang kaku tidak bernyawa. Adakah patut bayi seusia itu ditinggalkan di rumah sedangkan ibu dan bapa ke CC untuk berinternet bermain game membina keluarga dan membesarkan anak di Internet sedangkan anak sendiri di rumah mati kelaparan. Teringat pula saya pada peribahasa "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Permainan maya memang meralitkan, boleh dianggap membuang masa dan berdosa pula jika menyebabkan lupa tanggungjawab. Nasib baik kejadian berlaku di China bukan di negara kita. Teringat zaman bujang dulu semasa baru bekerja, maklum saja Internet di depan mata main game saje kerja jika ada kelapangan. Dulu bukannya ada kesedaran sivik nak menambah ilmu mencari pengetahuan di Internet, buat sekadar yang diperlukan sahaja. Jika...

Please....please....please...kamu jangan nakal!

"Please...please...please..... kamu jangan nakal" ini versi Hakim nyanyi tapi bila Aiesyah nyanyi bunyinyer ditukar begini "Please...please...please...jangan kamu nakal" :D 2 beradik ini memang berbeza jantina (of course laa...) dan sifat-sifat yang lain jugak. Ada ke 2 manusia yang diciptakan Allah punya sifat 100% sama? Eh! kalu ada lah macam tu senangnya ibu. Ini baru 3 orang anak punya 3 ragam, cuma Umar tu masih kecil belum ada ragam yang pelik-pelik. Sekarang saya teringat mak saya yang membesarkan kami 12 beradik.. fuhh memang penyabar mak saya melayan keletah kami semua plus ayah yang tegas dan bekeng garang. Garang-garang ayah tu lah kami jadi manusia berguna sekarang, tapi garang mak ayah kita dulu tidak lah sampai pukul anak sampai lembik atau mati macam yang berlaku sekarang. Jika niat kita menjentik anak atau mencubit mereka sekadar untuk memberi pengajaran, InsyaAllah anak akan faham, tapi jika kita lakukan kerana perasaan yang marah atau geram deng...

Krim Rambut boleh Merawat Chicken Pox dan Kudis Buta?

Umar terkena chicken pox baru-baru ni, Alhamdulillah sekarang keadaan bertambah baik, chicken pox pun sudah kering sekarang tunggu masa nak hilangkan parut-parut yang ada. Kan ke ada yang kata kalau kanak-kanak InsyaAllah akan hilang parutnya nanti bila mereka besar. Tee Tree Oil Cream keluaran HPA yang digunakan untuk sapu dirambut dan kulit kepala bagi yang bermasalah kelumumur rupanya sangat bagus untuk kudis buta, gatal-gatal kulit dan sebagainya. Krim rambut bauan lelaki ini sangat digemari oleh Hakim dan abahnya. Tee Tree atau Melaleuca alternifolia ini bersifat antibiotik yang dapat membunuh kuman dan mencegah pertumbuhan mikrob Juga dicampurkan dengan Virgin Coconut Oil yang baik untuk rambut dan kulit. Bersifat alami dan selamat melindungi kulit dengan lembut serta merawat dan merapikan rambut. Antara kelebihan lain; - Merawat luka-luka kecil - Jangkitan Funsi - Bisul/Kudis Buta - Herpes - Ruam - Ketuat/Kutil - Menghilangkan Jeragat - Kulat Air dan kaki berbau - Gi...

Sila cek email pada yang request Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga

Kepada semua yang request mahukan Buku PBK yang saya war-warkan, sila cek email dan reply as soon as possible. Kalu takde dalam inbox mungkin boleh cek dalam spam... manalah tahu kan? Saya sudah hantar email kepada semua yang request semalam, kalau boleh saya nak hantar semua buku itu esok. Lagi cepat saya hantar, lagi cepat anda boleh gunakan dan lagi cepat anda mendapat manfaatnya. Cepat-cepat sebelum saya ubah fikiran... hehe mana boleh kan nanti buruk siku, bukan buruk ciku yer.... sebab ciku sudah banyak berbuah, cuma tunggu masa untuk masak. Kalu ada yang mengidam ciku meh lah rumah haha (ini ajak-ajak ayam jer tau) ke nak saya pos? By the time sampai ciku pun sudah buruk.... ni baru buruk ciku :) Last call yer, please...please cek email dan reply, nanti saya offer pada yang lain :D

Ciku dah berbuah...

Secara rasminya saya menutup tawaran buku PBK percuma , InsyaAllah saya akan email kepada mereka yang bakal menerimanya, tungguuuu...... :D Suka makan ciku? Ke ada yang tak kenal ciku, pernah tengok pokok ciku? Kat rumah ni ada satu pokok ciku, jika sebelum ini berbuah sikit-sikit jer, tapi nampaknya tahun ni ada banyakkkk buah yang muncul. Buah yang cukup besar saya ambil peram dalam bekas beras. Lepas 2 hari boleh la makan. Buah yang masih kecil tu kami bungkus dengan plastik, nanti bila dah masak boleh diberi pada jiran sket. Anak-anak tak suka makan ciku, tak biasa diorang baru nak belajar makan buah ni, sebab kami tak pernah belikan buah ciku sebelum ni.     Pokok ciku ni ditanam oleh abang kepada pemilik asal rumah ni, sama juga dengan pohon mangga yang lebat berbuah tahun lepas, untungnya kami boleh makan hasil tangan orang yang baik hati kan... semoga murah rezeki dia. Saya ada tanam pokok betik, tapi tak berbuah sebab betik jantan kut :D at last dipotong jer. Saya...

Sebetulnya Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga....

Semalam saya ada tawarkan buku percuma kepada sesiapa yang berminat, niat saya supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya. Ilmu pengurusan kewangan sangat penting, ramai yang sudah lama bekerja tapi kurang menyimpan atau mungkin yang tidak tahu bagaimana cara untuk uruskan wang. Inilah pentingnya matlamat kewangan yang perlu diajar kepada anak-anak kita sedari kecil. Cthnya jika anak sudah pandai menulis, minta anak rekodkan setiap pembelian menggunakan wang saku yang diberikan, mungkin ada sebahagian yang disimpan di dalam tabung juga perlu dicatatkan. Sekarang anak selalu minta dibelikan buku, mana boleh setiap kali keluar ibu kena belikan buku? Jadi ibu minta Hakim simpan duit syiling yang ibu atau abah berikan untuk dibelikan buku. Nampaknya Hakim pun semakin faham bahawa kita perlu menyimpan untuk mendapatkan sesuatu, walaupun kadang-kadang baru jer ada RM0.40 dah sibuk minta dibelikan buku. Gambar Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga seperti di bawah;   Jika sebelum ini ...