Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bekerja Di Rumah

Bermula Dengan Blog Picisan

Bismillah Alhamdulillah Terima kasih Allah atas nikmat kesihatan hari ini. Jauh lebih baik dari semalam. Rasa sihat dan segar. Tiada lagi pening kepala, sakit perut, sakit badan. Alhamdulillah. Banyak perkara yang berlaku pada 3 hari cuti sempena hari kemerdekaan yang lepas. Kakak datang ke rumah dari kampung. Seronok anak-anak bukan main lagi bila bersama sepupu mereka. Hari Ahad kami berjalan ke Bukit Fraser, menikmati udara segar, nyaman dan dingin di atas bukit. Menghantar anak ke sekolah pada Isnin dan tidak sihat pada Selasa. Memandangkan hari ini adalah hari saya meneruskan cabaran 44 hari selepas 4 hari berehat (lama tu), saya mulakan dengan perkongsian penulisan blog. Saya suka menulis sejak berada di universiti. Apa yang ada dalam kepala saya luahkan di dalam diari. Sekarang diari itu masih tersimpan dalam kotak yang sudah keluar kutu buku. Tersimpan rapi dan tidak pernah dibelek lagi. Pada 2009 saya mula berjinak dengan bisnes online dan membina sa...

Bisnes Online

Bismillah Apakah idea bisnes yang boleh dijalankan di rumah? - Bisnes online (menjual produk secara fizikal atau dropship) - Perkhidmatan seperti menjahit baju, langsir, cadar, sarung bantal, selimat dan sebagainya - Membuat dan menjual kek, cupcakes, tempahan untuk majlis dan keraian - Catering, masakan berat dan minuman petang, kuih-muih dan sebagainya Ini antara bisnes yang boleh dijalankan di rumah, sekiranya tiada kemahiran maka bisnes online (jual produk) menjadi kelaziman ramai ibu-ibu yang memulakan perniagaan di rumah. Dapatkan ebook 101 Idea Bisnes Dari Rumah untuk panduan dan rujukan. Apakah yang diperlukan untuk memulakan perniagaan online di rumah? - Laptop dan kemudahan internet - Akaun bank yang boleh menggunakan Internet Banking - Email akaun dan no tel bimbit Untuk permulaan hanya itu sahaja yang diperlukan, bagaimana untuk mulakan? Buka akaun fb, cari kenalan baru, sertai group yang berkaitan Cari peluang memulakan perniagaan sec...

Merancang Jadual Bekerja Di Rumah

Teks: Wan Rohani Bekerja dari rumah kedengaran seperti mudah tapi tidak sebagaimana anggapan segelintir ibu-ibu yang mahu mendapatkan 'title' WAHM. WAHM adalah singkatan bagi  Working At Home Mom . Bekerja di rumah jauh beza dengan bekerja di pejabat. Perkara pertama yang saya notis adalah susahnya mahu fokus apabila bekerja di rumah. Suasana berbeza dengan dikelilingi anak-anak dan keselesaan di rumah sendiri. Mahukah ibu-ibu saya berikan sedikit tips dan panduan untuk merancang jadual kerja di rumah. 1. Mulakan hari di awal pagi. Waktu pagi adalah waktu yang paling saya suka. Tenang, nyaman, sunyi. Tiada gangguan anak-anak. Bersihkan diri, bersendirian dengan Allah. Solat sunat, mengaji al-Quran atau berzikir. 2. Tuliskan perkara yang perlu diselesaikan dari yang paling penting sehingga kurang penting. 3. Selesaikan urusan anak-anak terlebih dahulu terutama melibatkan anak kecil. Susukan dahulu, salin lampin, sediakan makanan dan lain-lain....

10 Sebab Perlu Miliki EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM

Alhamdulillah di cuti sekolah ini, banyak masa ibu boleh aturkan untuk siapkan tugasan tertangguh. Mahu menjadi seorang yang menghargai masa, berdisiplin dan segera selesaikan urusan, InsyaaAllah semoga dipermudahkan Allah. Semangat baru selepas memiliki Jurnal Inspirasi :) Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah . Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat. Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom . 1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam ...

Belajar Asas Blog Dan Penulisan

Trend menjual di facebook semakin menjadi-jadi. Ada pula yang menganjurkan bengkel 'Bagaimana Mencapai Jualan 5 Angka Hanya Melalui Facebook' Facebook antara laman sosial yang diminati masa kini, selain twitter, instagram, dan banyak lagi... ibu sendiri mengakui tidak dapat mengikuti semua laman sosial yang diminati anak-anak muda sekarang (wah adakah ibu sudah matang sedikit?) Pelbagai jenis platform sosial terkini Jika 3/4 tahun lepas, blog menjadi pilihan, sebelum itu Friendster (masih ada lagi ke?) Ibu mula menggunakan blog sekitar 2007/2008 sehinggalah sekarang masih setia dengan blog. Paling aktif 2010. Ini berdasarkan jumlah posting entry yang dibuat. Jangan pandang enteng pada blog, blog adalah kekuatan apabila pelanggan/individu mencari sumber carian di Google dan sebagainya. Ejen carian paling popular sekarang ini apa ye? Jika ditanya pada ibu, Google adalah jawapannya! Katakan Cik Ayu mahir dalam membuat kek cawan yang sedap, Cik Ayu ...

Wanita Hebat Super WAHM Super Mom

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan membaca ebook yang penuh perkongsian ilmu ini. Bermula daripada muka surat pertama hingga t erakhir saya rasa terbawa bersama dengan setiap kisah ibu-ibu yang berjaya menggalas kerjaya sebagai WAHM, SOHO dan sebagainya Biarpun nama berbeza tetapi hakikatnya tugas adalah sama. Sejujurnya saya sendiri berasa cemburu dengan kelebihan yang dikecapi ibu-ibu bekerja dari rumah. Bahkan hakikatnya saya sendiri telah lama menyimpan hasrat tersebut, cuma masih tiada kekuatan untuk menggapainya. Namun setelah mengetahui pengertian bekerja dari rumah, panduan, cabaran, halangan, dugaan, kemanisan dan kelebihan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan namun ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita tahu garis panduan yang betul seperti yang tercatat di dalam ebook ini. Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan...