Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Bahasa Anak Kecil

"Ibu,  tengok ni" Seorang anak kecil berusia tiga tahun berlari mendapatkan ibunya yang sedang sibuk mencabut rumput di laman. "Ibu, Ammar pandai ambil ni. Ammar lompat macam ni" Beriya anak itu menceritakan kejayaan kecil yang baru dilakukan sambil menghulur tangan yang kemas memegang sebiji buah nona berwarna ungu. Sambil melompat sedikit beraksi seperti apa yang berlaku sebentar tadi. "Buah ni belum masak lagi" "Ibu, buka ni,  nak makan ni" "Belum masak keras lagi ni." Ini jika diperam pun tidak masak. Masih muda. Sangat muda. Anak tadi menggigit buah yang dipegangnya, dengan muka sedikit kelat, dia mengiyakannya.   "Keras lagi ni,  belum masak lagi. Kita simpan dulu." Pagi esoknya semasa ibu sibuk sediakan makanan di dapur. Si Ammar datang lagi membawa buah nona semalam. "Ibu, masak ni nak makan" Anak ini ingat buah ni belum masak di pohon boleh pula dimasak di atas dapur.   Tengahari itu

Jurnal Ramadan: Bagaimana Kami Bermula

Kisah kami bermula pada 2015. Tiga tahun lepas. Kami bermula dengan idea bagaimana menanam nilai kefahaman anak-anak berkenaan Ramadan. Kami menjadi rujukan ibu bapa dan guru apabila menceritakan tentang Ramadan kepada anak. Bukan itu sahaja, kami menjadi bahan penghibur dan pelengkap ketika waktu lapang terutama semasa menunggu berbuka. Tahun pertama kelahiran, kami tidak cantik mana. Sekadar cukup dengan isi dan kulitnya. Kami faham bahawa apabila kita mahu mulakan sesuatu, jangan tunggu sehingga sempurna. Mulakan dahulu dengan apa yang ada.   Wajah kami pada tahun kedua Tahun kedua, wajah dan isi kami semakin menarik. Orang kata kami menjual diri kami sendiri. Apabila ada yang melihat pasti tertarik mahu memiliki. Cetakan 4000 habis tidak sampai 3 minggu. Wajah kami pada tahun ini Namun kami tidaklah bermegah diri. Semuanya ciptaan Tuhan belaka. Idea yang datang kepada pereka desain dan konten semuanya anugerah. Tahun ketiga, semuanya semakin baik. Konten