Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Ajar Anak Membaca Kaedah Sukukata: Buku Pandainya Adik Baca

Mengajar anak membaca perlu pelbagaikan teknik. Setiap anak mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Buku adalah sebagai alat bantu mengajar seperti juga kad imbas. Bagi anak yang sukar untuk menggabung bunyi menggunakan kaedah fonik, boleh cuba kaedah sukukata. Ia sama seperti mengajar anak mengaji menggunakan kaedah iqra'. Terus sebutkan bunyi tanpa perlu eja atau sebutkan huruf. ba ca da ha ga dan seterusnya. Mengajar anak membunyikan sukukata tidak perlu mengikut susunan huruf. Perhatikan anak yang baru pandai menyebut dan membunyikan suara. Antara bunyi yang mudah diikut adalah 'a' 'ma' 'ba' 'ta'. Ajar anak membunyikan perkataan walaupun anak masih belum boleh menyebut dengan betul. Bacakan anak buku cerita walaupun anak masih belum pandai membaca. Buku Pandainya Adik Baca ini menggunakan teknik sukukata. Fonik hanya diajarkan semasa kvk. Set PAB ini mengandungi 4 buku. Buku 1 dan 2 hanyalah kv sahaja. Buku 3 barulah diperkenalkan

Emosi Kanak-Kanak

Kajian mendapati tingkah laku berkait rapat dengan emosi yang dialami oleh kanak-kanak. Emosi kanak-kanak yang tidak diurus dengan baik mudah menunjukkan tingkah laku negatif. Kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah mula belajar mengawal dan melahirkan emosi. Kanak-kanak perlu kenal dan tahu perasaan yang mereka alami. Bagaimana cara untuk terangkan tentang perasaan kepada anak kecil? + Melalui permainan mimik muka + Lukisan emosi + Melalui cerita yang ditonton + Melalui pembacaan buku cerita + Melalui individu sekeliling Beritahu anak-anak tentang perasaan seperti; + Ibu gembira apabila ... + Ayah terharu .... + Ibu marah ... + Kakak sedih ... Perasaan yang dialami adalah normal. Apa yang perlu difahami adalah bagaimana tindakbalas kita terhadap perasaan tersebut. #NotaParenting