Bismillah.. Semalam satu hari suntuk rumah kami tiada bekalan air terus, air tangki tu adalah dengan air untuk bekalan minum. Pernah ketiadaan air sebelum ini sekejap aje, tapi semalam memang menguji sungguh sampai saya sudah ke tahap tiada kecerdasan. Kejadian disedari (ceh macam berita pulak) seawal pagi selepas saya mandi dan solat subuh, apabila masuk ke dapur perkara pertama yang dibuat bersihkan apa yang patut di sinki. Bila buka jer.. isk takde air (frust macam kena tinggal dek suami seminggu...) ruginya sebab saya dah siapkan basuhan di awal pagi (membasuh tidaklah rugi tapi terasa rugi air yang digunakan untuk basuhan apabila ketiadaan sumber air utama). Bila tiada air maka banyaklah projek terbengkalai, saya cuma masak nasi sahaja dan minta abang belikan lauk siap. CD yang belum dicuci, periuk yang perlu dibasuh terasa sangat tidak bersih dengan keadaan begini. Air minum juga terpaksa berjimat cermat untuk susu anak-anak, bila teringat nak minum saya minum dengan kuantiti y