Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah

Saya tersentak semasa menikmati secawan kopi apabila anak saya datang dan bertanya soalan di atas. Sebagai ibu, belum pernah saya terangkan secara terperinci kepada anak-anak kenapa kita perlu mengucapkan Bismillah sebelum memulakan sesuatu. Saya menghela nafas panjang mencari jawapan yang tepat. Saya teringat kepada satu video tentang Bismillah yang saya lihat beberapa bulan yang lalu. Kupasa video itu sangat menarik minat saya sehingga saya mencatat sesuatu di dalam kertas. Ya kertas tersebut masih saya simpan. Bismillah. Kenapa kita kena baca Bismillah? 1. Allah adalah tempat bergantung manusia Manusia sifatnya lemah, kita seringkali mendengar kata-kata bahawa manusia sifatnya tidak sempurna. Jadi apabila kita hendak melakukan sesuatu, sudah tentu kita perlu meminta supaya Allah bantu sempurnakan yang kurang sempurna. 2. Allah melihat apa yang kita lakukan Apabila membaca Bismillah, kita ingat kepada Allah. Apabila kita ingat Allah, Allah i

Lepas Makan Tosei, Anak Ucapkan Kata-Kata Yang Menyebabkan Air Mata Saya Menitik

Teks dan foto: Wan Rohani Wan Ismail Tidak pernah terlintas di fikiran saya, hanya kerana sekeping tosei dan sebuah buku, anak-anak begitu menghargainya. Ikuti pengalaman yang berharga ini... Khamis lepas, saya membawa pulang sebuah buku aktiviti berkaitan negara Malaysia. Sejurus selepas saya memberikan buku tersebut, anak-anak tidak sabar untuk membuat aktiviti di dalamnya. Sampai di mukasurat berkenaan makanan tradisi kaum di Malaysia, anak perempuan 8 tahun bertanya kepada saya sambil menunjukkan jari telunjuk ke tempat tersebut,  "Ibu, tosei ni macamana?"  Saya yang sudah lama tidak menikmati tosei menjawab spontan, "Tosei adalah makanan India"  Anak bertanya lagi,"Boleh ke kita  makan?"  "Boleh, ibu sudah lama tidak makan tosei, apakata hari minggu ini kita makan tosei?" Anak-anak bersorak keriangan. Hari Ahad ada ujian kemasukan ke sekolah rendah untuk anak lelaki 6 tahun. Kami ke Gombak hari tu. Selepas ujian s