Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Demam Pilihanraya

5 hari lagi PRU-13 seluruh rakyat Malaysia akan mengundi mencari kepimpinan baru di dalam negara Malaysia tercinta ini. Undi pos dan undi tidak hadir telah pun berjalan, rakan-rakan yang tinggal di luar negara nampaknya sudah update status telah mengundi. Kita yang mengundi secara normal ini sudah tidak sabar rasanya untuk memangkah calon pilihan. Ini adalah kali ke-3 ibu mengundi, teruja untuk balik kampung dan mengundi sudah terasa..... jika ada ibu-ibu yang pertama kali mengundi itu agaknya lebih lagi keterujaannya! Apa yang seronoknya mengundi? 1. Perang Poster/Bendera Jalanraya, jejantas, tiang elektrik, bangunan, semuanya penuh dengan bendera pelbagai parti bertanding Uniknya ada pelbagai bentuk bendera dikibarkan, yang ibu pernah lihat di fb kapal terbang, kereta yang dihiasi bendera dan warna parti, pakaian ultraman (ini ibu lihat semasa hari penamaan calon), wau bulan (ada di kawasan berdekatan tempat tinggal ibu) dan macam-macam lagi. 2. Pelbagai

Selagi Ada Kesempatan

Sejak ibu terlibat dengan pendidikan di PASTI, pelbagai aktiviti yang dijalankan setiap hujung minggu bermula dari Hari Sukan Pasti 14 April yang lepas. Penat? Rasanya mahu satu hari suntuk berada di rumah, urusan rumahtangga yang tidak pernah selesai, sehinggakan baju sukan anak yang hendak dipakai esok, malam ini baru basuh dan jemur bawah kipas.. hihi. Setiap hari jadi supir aka pemandu berhemah anak-anak termasuk anak-anak Pasti yang dikasihi. Hari ini mahu keluar lagi, semalam ibu terfikir... tak payah lah pergi, baik berehat sahaja di rumah... kemudian datang lagi suara yang lain. Panjang lagi ke umur? Sempat lagi ke nak buat macam-macam? Selama ini amalan-amalan yang kita buat benar-benar ikhlas kah? Allah terima kah? Argh... macam-macam pula persoalan yang bermain di fikiran, tak boleh jadi begini..... ibu tetapkan pendirian, jika mahu lakukan perkara yang baik, usah fikir-fikir... buat sahaja. Ibu tidak tahu amalan ibu yang mana diterima Allah. Mungkin kebai

Senangnya Cakap Syukur Tapi Hakikatnya....

Saya bukanlah seorang sasterawan dan bukan seorang penyair, saya menulis hanya untuk mengingati diri sendiri dan berkongsi kebaikan dengan semua. Terima kasih yang selalu datang ke sini walaupun tidak meninggalkan jejak tapi saya tahu anda selalu singgah ke mari. Andainya kita boleh bersua dan bersembang alangkah bagusnya... Semalam saya mendengar bicara tentang topik kebahagiaan di radio IKIM, bahagia sangat subjektif dan pengertiannya berbeza mengikut individu. Bila difikirkan balik saya berpendapat bahawa konsep syukur sangat berkait rapat dengan kebahagian. Ini adalah pendapat peribadi saya kerana bila kita bersyukur hati kita akan tenang dan tiada stress, bila tiada stress memang kita akan gembira, bila gembira maka terpancarlah kebahagiaan. Ramai yang senang mengucapkan syukur tapi hakikatnya sukar menerima keadaan sebenarnya. Mana tidaknya setiap hari fikiran kita sering terbeban dengan macam-macam perkara yang menyesakkan nafas kita dan menyebabkan kita tidak lena tidur.

Belajar Asas Blog Dan Penulisan

Trend menjual di facebook semakin menjadi-jadi. Ada pula yang menganjurkan bengkel 'Bagaimana Mencapai Jualan 5 Angka Hanya Melalui Facebook' Facebook antara laman sosial yang diminati masa kini, selain twitter, instagram, dan banyak lagi... ibu sendiri mengakui tidak dapat mengikuti semua laman sosial yang diminati anak-anak muda sekarang (wah adakah ibu sudah matang sedikit?) Pelbagai jenis platform sosial terkini Jika 3/4 tahun lepas, blog menjadi pilihan, sebelum itu Friendster (masih ada lagi ke?) Ibu mula menggunakan blog sekitar 2007/2008 sehinggalah sekarang masih setia dengan blog. Paling aktif 2010. Ini berdasarkan jumlah posting entry yang dibuat. Jangan pandang enteng pada blog, blog adalah kekuatan apabila pelanggan/individu mencari sumber carian di Google dan sebagainya. Ejen carian paling popular sekarang ini apa ye? Jika ditanya pada ibu, Google adalah jawapannya! Katakan Cik Ayu mahir dalam membuat kek cawan yang sedap, Cik Ayu

Apakah Pilihan Anda? Simpan atau Sedekah

Sabtu lepas, ibu berkesempatan mendengar slot ulangan Celik Mata Reset Minda bersama Prof Dr Muhaya di IKIM. Ibu tertarik untuk kongsikan berkenaan soalan seorang pemanggil yang bertanyakan pentingkah simpanan atau perlu sedekah sahaja? Jawapan Prof lebih kurang begini (maaf jika kurang tepat, mohon betulkan); tidak perlu tertalu memikirkan tentang simpanan, Prof kurang bersetuju dengan konsep simpanan 10% daripada pendapatan. Prof ada memberikan contoh begini, seorang yang menyimpan wang 20,000 diduga oleh Allah perlu menjalani pembedahan yang memerlukan kos 40,000. Simpanan kita tidak dapat menjamin kekuatan kewangan kita, semuanya dengan izin Allah. Mungkin ada antara kita yang tiada wang simpanan, namun suka bersedekah... Allah berikan dia kesihatan yang baik sehingga hujung nyawa. Ibu pernah terlibat dengan dunia kewangan Islam beberapa tahun yang lalu, memang kami diajar supaya membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Jika diformulakan begini:

Wanita Hebat Super WAHM Super Mom

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghabiskan membaca ebook yang penuh perkongsian ilmu ini. Bermula daripada muka surat pertama hingga t erakhir saya rasa terbawa bersama dengan setiap kisah ibu-ibu yang berjaya menggalas kerjaya sebagai WAHM, SOHO dan sebagainya Biarpun nama berbeza tetapi hakikatnya tugas adalah sama. Sejujurnya saya sendiri berasa cemburu dengan kelebihan yang dikecapi ibu-ibu bekerja dari rumah. Bahkan hakikatnya saya sendiri telah lama menyimpan hasrat tersebut, cuma masih tiada kekuatan untuk menggapainya. Namun setelah mengetahui pengertian bekerja dari rumah, panduan, cabaran, halangan, dugaan, kemanisan dan kelebihan dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan namun ia bukan perkara yang mustahil asalkan kita tahu garis panduan yang betul seperti yang tercatat di dalam ebook ini. Siapa kata tugas sebagai suri rumah yang bukan sahaja menguruskan rumah tangga bahkan ada yang memiliki perniagaan

Cekalnya Hatimu Duhai Anak....

Cekalnya hatimu duhai anak..... Sudah sebulan Hakim berulang-alik dari rumah ke sekolah kebangsaan, balik sekolah ke pasti (tempat ibu mengajar) dari pasti ke sekolah KAFA, dari KAFA pulang ke rumah menaiki basikal. Jarak dari rumah ke sekolah dalam 3 kilometer, tidak jauh, ianya menggunakan jalan utama dan juga terdapat sekolah menengah sebelum sampai ke sekolah kebangsaan. 3 hari pertama abah teman Hakim berbasikal ke sekolah dengan menunjukkan jalan melalui taman perumahan. Petang ini hujan lebat, bagaimana Hakim mahu pulang ke rumah dalam hujan? Ibu pergi meninjau keadaan di sekolah Kafa, belum sampai di sekolah, selisih dengan Hakim yang bersungguh-sungguh mengayuh dalam hujan. Bag yang digalas di belakang, habis lencun dengan kesan kotoran dari tayar basikal belakang yang tiada  mudguard  . Ya Allah kasihan anakku berbasikal dalam hujan, selamatkan perjalanannya. Alhamdulillah selamat sampai di rumah dengan senyuman. Cekalnya hatimu duhai anak.....

Memulakan Bisnes Di Rumah

Trend bekerja di rumah semakin popular sekarang ini, bukan sahaja kaum ibu tetapi juga kaum bapa. Jika dahulu, bila ibu berada di rumah ramai yang beranggapan ibu seorang suri rumah sepenuh masa. Biar sahaja apa yang orang kata, ianya tidak menjejaskan apa yang kita lakukan di rumah.  Ibu memulakan kerjaya di rumah sejak 2008 lagi, membuka bisnes online sejak April 2009. Tahun ini berbeza sedikit kerana ibu memulakan tugas baru sebagai pendidik di sebuah Tadika Islam berdekatan. Perancangan asal mahu meluaskan jaringan sosial di samping mencari pengalaman mengendalikan kanak-kanak pra sekolah. Ianya berlaku secara kebetulan apabila seorang guru menawarkan tugas tersebut kepada ibu selepas seorang guru di tadika tersebut berpindah mengajar. Cerita ini ibu simpan di dalam entri yang lain. Apakah idea bisnes yang boleh dijalankan di rumah? - Bisnes online (menjual produk secara fizikal atau dropship) - Perkhidmatan seperti menjahit baju, langsir, cadar, sarung b