Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ::KISAH HIDUP

Kisah Seorang Ibu: Mencari Tadika

Seorang ibu berhenti sebentar di tadika, bertanyakan tentang kemasukan untuk persekolahan anaknya yang akan memasuki usia 5 tahun hadapan. Jawapan yang diterima tetap hampa. Sudah 3 tadika beliau bertanya. Ibu yang gigih tidak pernah putus asa, beliau berhenti di sebuah tadika lagi. Ibu: Bolehkah saya daftarkan anak ke sekolah ini tahun hadapan? Guru: Boleh puan, berapa usia anak puan? Ibu: Lima tahun Guru: Boleh puan hanya perlu isikan borang ini, lampirkan bersama salinan surat beranak anak dan wang pendaftaran RM50. Ibu: Baik cuma anak saya lain sikit. Selepas diserang demam panas ketika bayi, anak saya mengalami gangguan saraf sebelah kiri badan. Anak saya tidak dapat mencuci air besar dan air kecil sendiri. Pergerakan tangan kirinya sangat terbatas. Guru: Emmm.... jika begitu kami tidak dapat terima puan. Kami mohon maaf. Ibu: Sudah banyak tadika saya pergi semua tidak mahu terima anak saya. Anak saya tidak ada masalah dengan perkembangannya. Men...

Cinta Yang Hilang... Bhg 1

Akhir-akhir ini ibu agak kurang fokus untuk update blog. Bila ada idea, tidak sempat untuk menjengah laptop, bila mengadap laptop, idea pula melayang entah ke mana. Seronok bila di rumah dengan anak-anak sehinggakan masa agak terhad untuk online. Cuti sekolah ini anak-anak leka bermain dan berseronok di rumah. Bila ibu beritahu ibu perlu bekerja, anak membalas "Ibu kerja di rumah ke kerja di luar?" Emm bagaimana mahu terangkan dengan anak-anak kerana mereka biasanya meneka ibu kerja di rumah kan? Lalu senyumlah mereka tidak mahu dihantar ke taska. 'Cabaran ibu bekerja di rumah' Petang ini ibu mahu kongsikan cerita ini tentang kasih sayang cinta pasangan suami isteri juga anak-anak tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam slot SoalCinta Solusi Isu 25. Ketika pasangan suami isteri itu berpindah ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh ceria. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan belum menjadi, mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. S...

Hari Ini Dalam Sejarah 27.11.10 @ 20 Zulhijjah 1431

Sejarah hanya berlaku sekali dalam seumur hidup dan akan dikenang sampai bila-bila. Hari ini bakal menjadi sejarah bagi anak teruna ibu yang sulong ini kerana bakal dikhitankan bersama-sama lebih 150 yang lain. Ibu fikir untuk masukkan nama Hakim dalam senarai peserta yang dikhitankan hari ini beramai-ramai supaya Hakim akan ingat ini sebagai sejarah dalam hidupnya. Biarlah hari ini menjadi antara hari yang istimewa baginya. Muhammad Amirul Hakim, anak ibu yang berani dan cekal, semasa entri ini ditulis, jam 6.00 pagi Hakim telahpun bangun dan sudah siap mandi. Sungguh teruja dia hari ini tidak pernah ada dalam sejarah Hakim mandi jam 6 pagi sebelum ini. Harapnya keterujaan sampai masa berkhatan nanti. Disebabkan perserta diminta untuk berpakaian baju melayu lengkap, maka kami semua sedondon hari ni seperti beraya lagaknya. Dan tempat ini bakal menyaksikan sejarah berlaku. Mungkin juga disiarkan di media, anak bujang ibu mungkin antara paling kecil sebab peserta dibuka da...

Cerita Dahulu Kala : Kisah Banjir di Kampung Saya Part I

Bila tiba musim tengkujuh, hati berbunga riang tidak sabar menunggu air pasang. Bila melihat air sungai mengalir ke arah bertentangan, itu bermakna paras air akan naik dan tidak lama lagi akan bah (banjir). Biasanya waktu ini air sungai akan bertukar menjadi sedikit keruh. Bila air sudah melepasi tebing sungai/alur, kami sudah siap sedia menerima kehadiran air bah, selipar dan kasut akan dikutip letak di atas beranda, ayam dimasukkan dalam reban yang tingginya hampir 2 meter (lebih tinggi dari tiang rumah kami). itik dan angsa dibiarkan sahaja kerana depa boleh berenang. Waktu ini ayah akan pastikan bekalan makanan mencukupi terutama makanan asas seperti beras, gula, gandum, garam minyak masak dan tidak dilupakan gas memasak, 2 tong akan berisi penuh. Makanan lain seperti roti, biskut juga penuh dalam balang. Bila paras air semakin naik, ayah dan warga kampung akan membawa keluar motokar dan kereta untuk diletakkan di tempat yang lebih tinggi dan selamat. Tidak dilupakan binatan...

Makan Gaji & Biar Susah

Perkara yang terlintas di fikiran bila sebut 'makan gaji' sudah tentu adalah mereka yang bekerja untuk mendapatkan upah dari kerja tersebut atau lebih tepat bekerja untuk mendapatkan gaji, boleh juga digunakan perkataan seperti bekerja untuk mencari pendapatan atau bekerja untuk mendapatkan wang. Makan gaji tidak semestinya untuk yang bekerja dengan pihak lain, atau syarikat tertentu, bekerja sendiri juga perlu ada makan gaji. Makcik peniaga kedai runcit di kampung pernah mengeluh "bulan ini gaji belum ada..." Kerja sendiri tapi masih nak dapatkan gaji? Bagi ibu yang bekerja sendiri juga ada 'makan gaji' nya. Ibu telah tetapkan berapa upah yang perlu dibayar untuk ibu dan pembantu setiap bulan. Duit syarikat adalah duit syarikat, ia untuk masa depan syarikat. Masa depan syarikat ibu adalah juga masa depan kami (ibu dan keluarga). Jika masa mula berniaga dulu, kadang-kadang wang untuk diri sendiri tiada langsung sebab utamakan kepentingan syarikat dan p...

Lebih 80,000 Anak Luar Nikah

Statistik yang mengejutkan tapi juga mungkin tidak bagi yang bekerja di hospital atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Satu angka yang besar menunjukkan peningkatan setiap tahun, ini jumlah yang didaftarkan, belum termasuk anak yang tidak didaftarkan, dibuang hidup-hidup, ditinggalkan di dalam tong sampah, di dalam tandas dimakan anjing dan sebagainya. Jika anak yang lahir hasil dari hubungan zina melebihi 80,000 maka pasangan yang melakukan zina lebih 160,000 orang! Anak yang dilahirkan tidak berdosa itu hasil dari hubungan tidak sah antara lelaki dan perempuan. Jika perempuan dengan perempuan maka tidak keluar anak luar nikah rasanya.... Ibu risau melihat keadaan anak remaja sekarang ini, bimbang dengan anak-anak ibu yang membesar di zaman mereka kelak bagaimana agaknya. Institusi keluarga memainkan peranan sangat penting, kerana anak yang dilahirkan adalah fitrah, ibubapanya lah yang mencorakkan anak mereka. Bagaimana dengan keadaan keluarga kita sekarang, keluarga ibu dan keluar...

Tiada Update Tentang Makanan hari ni

Boleh pulak buat tajuk camtu...? Sebenarnya ibu puasa hari ni sebab tu tak mahu lah cerita pasal makanan... ada jugak dalam draft tu nak bagi resepi asam pedas rasa sayang ibu... haha asam pedas paling simple di alam semesta Alhamdulillah dapat teruskan puasa yang masih berbaki, minta diberi kekuatan oleh Allah untuk menghabiskan sebelum datangnya Ramadhan. Bila ibu puasa sudah tentu abah pun kena puasa sama, puasa pun nak berteman baru meriah bila berbuka... anak-anak akan join berbuka skali lagi lah meriah. Pahala pun InsyaAllah sama-sama dapat di bulan Rejab penuh keberkatan ni. Sebelum tu nak bagitau kalau ikutkan bulan Hijrah, semalam dah genap usia perkahwinan ibu dan abah 7 tahun, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami dalam perjalanan menuju rahmat dan redha Allah S.W.T. Gembira betul bila semalam cikgu nursery tempat Umar dan Aiesyah belajar dan dijaga beritahu ibu bahawa anak-anak ibu sungguh baik dan sangat mudah dijaga, tiada masalah langsung. Bukan...

Ayoh Cik Accident masih di ICU

Bismillah Berhari-hari tiada entry baru di blog. Berkursus 3 hari 2 malam pada 27 - 29 April. Hari Sabtu mendapat perkhabaran yang agak mengejutkan pakcik accident pada Jumaat malam ketika hendak ke masjid (solat maghrib) berhampiran dengan rumah. Bapa saudara yang agak rapat dan mesra dengan panggilan Ayoh Cik seorang yang suka senyum dan bila dia ketawa membuatkan semua orang hendak ketawa bersama. Berita yang kami terima Ayoh Cik dilanggar dari belakang dan orang melanggar Ayoh Cik tu melarikan diri. Ayoh Cik terus pengsan kerana ada pendarahan di kepala dan di bawa oleh jemaah masjid ke Hospital Jerteh, selepas 2 jam terus di bawa ke HUSM Kubang Kerian dan malamnya pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan darah beku di kepala. Sehingga ke hari ini Ayoh Cik masih koma dan kecederaannya agak serius Selepas berbincang dengan suami kami bertekad untuk pulang ke kampung melawat beliau di ICU, HUSM Kubang Kerian. Kami bertolak sekitar jam 11.30 malam (Sabtu) dan sampai di kampung dal...

Kenangan Terindah: Sekolah Asrama

Catatan sahabat lama Carrie-Ma mengingatkan saya kenangan yang paling tak dapat dilupakan dalam hidup saya. Banyak yang saya belajar secara tidak langsung membentuk jiwa saya menjadi insan yang tabah dan kuat semangat pada hari ini. Belajar untuk hidup berdikari ketika berusia 13 tahun selepas ayah menghantar saya ke sekolah asrama berhampiran dengan Pantai Batu Burok Kuala Terengganu. Walaupun jaraknya sekitar 110km dari rumah tapi terasa amat jauh bagi saya yang tidak pernah berjauhan dari keluarga sebelum itu. Hampir sebulan juga saya bengkak mata kerana asyik menangis bila teringat pada mak dan keluarga, entah mengapa ketika itu terasa seperti mak dan ayah sudah tidak sayangkan saya lagi sehingga sanggup menghantar saya bersekolah asrama. Sekarang barulah tahu hakikat kehidupan sebenar yang penuh dengan rintangan menjadi alah bisa tegal biasa selepas apa yang diharungi ketika tinggal di asrama, susah payah jerit perih yang dihadapi mematangkan dan menjadikan saya insan yang kuat...

Doa Seorang Ibu

Buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif tulisan Dr. Tengku Ismadi memang selalu saya baca dan jadikan panduan. Bab yang sama saya baca berulangkali, dan setiap kali membaca pasti bergenang airmata saya. Saya teringin untuk kongsikan ini dengan anda semua. Semasa saya berusia 7 tahun, ayah kandung meninggalkan kami sekeluarga tanpa nafkah dan tanpa khabar berita. Saya masih teringat bagaimana ke sekolah hanya dengan berbekalkan duit 10 sen. Waktu itu baju compang-camping. Ibu membelikan kasut sekolah yang diperbuat daripada plastik dengan harga 50 sen sepasang. Kata ibu, kasut plastik lebih mudah dijaga, sekiranya kotor hanya perlu dicuci dan dilapkan dengan kain. hakikat sebenarnya, ibu tidak mampu membeli kasut kain yang waktu itu harganya belasan ringgit. Apabila berjalan kaki ke sekolah setiap hari, di bawah panas terik, kasut plastik itu membuatkan tapak kaki saya pecah-pecah. Setiap garisan di tapak kaki saya merekah dan berdarah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya...

Kisah: Hidup Ibarat Roda

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?" Sikap si suami berbeza dengan sikap isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab,"Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu" Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaan suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bangkrap. Dia terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Selain itu, disebabkan sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumahtangga mereka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai. Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula, bertemu jodoh den...