Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Anak Kencing Malam

Anak ibu yang bongsu Umar dalam latihan buang air di tandas, hampir 6 bulan sudah Umar tidak menggunakan sebarang diaper tidak kira siang atau malam. Ibu tidak mahu Umar keliru dan mengambil ringan untuk buang air di mana-mana sahaja yang disukainya.  Setiap perkara perlukan latihan, macam itulah juga dengan latihan ke tandas ni, sebab itu berlaku keciciran dalam proses latihan ini. Aiesyah dulu hampir 4 tahun pun masih lagi keciciran terutama waktu pagi. Proses latihan memerlukan sedikit tenaga dikeluarkan seperti membasuh toto hampir setiap hari, jika tidak maka tiada alas toto untuk tidur pada malamnya atau tenaga mengangkat anak yang tiba-tiba, memegang .... nya dan kelihatan seluarnya sudah kebasahan. Respon ibu? Marah? Tidak perlu kerana inilah proses kehidupan seorang anak yang normal. Ibu juga begitu agaknya semasa kecil dahulu malah mungkin lebih teruk lagi. Menguruskan anak tidak lar memenatkan seperti menguruskan toto yang hendak dicuci. Toto yang berat

Peserta Comel Lote GiveAway

Alhamdulillah, hari ini sempat ibu update entry tentang GiveAway yang sudah lama tertangguh. Terima kasih kepada semua peserta, ibu listkan di sini peserta yang isi form GiveAway, kerana di sana terdapat semua maklumat yang ibu kehendaki, tetapi ada juga yang isi form tetapi tidak masukkan maklumat email dan sebagainya. 1. Along Nida http://alongnidar.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-comel-lote-collections.html 2. KakYong Habibah http://www.kakyong.com/2011/11/jom-intai-intai-butik-si-kecil-comel.html 3. Latifahbee Kay http://puanbee.com/comel-lote-collections-butik-online-untuk-kanak-kanak/ 4. MamaYatie http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2011/11/ada-apa-dengan-butik-si-kecil-comel.html 5. Firahamzah http://gossip-fir.blogspot.com/2011/11/giveaway-comel-lote-collections.html 6. Roziah Khalid http://sayangkuzie.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-comel-lote-collections.html 7. Ummi Affaf http://affaf-contest.blogspot.com/2011/11/giveaway-

Ibu Yang Menyepi

Ya Allah berilah daku kekuatan untuk terus menulis, semoga sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembaca yang budiman. Ibu masih riuh cuma tersepi di rumah dan sunyi di blog ini, mohon maaf kepada peserta Comel Lote GiveAway yang masih setia menanti. Ibu rasa sangat bersalah, tetapi tiada daya dan kekuatan untuk meluangkan sedikit masa untuk mencari pemenang buat masa ini. Ibu baru punya 3 anak, 1 di sekolah rendah dan 1 di tadika, 1 lagi sentiasa menjadi handbag di rumah. Ibu patut bersyukur berbanding ibu tunggal yang menguruskan anak-anak sendirian, ya tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan kerana semuanya yang berlaku adalah yang terbaik diberikan kepada kita. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan anak-anak yang sihat dan bijak, semakin hari semakin bijak. Bijak atau tidak anak 5 tahun bila berkata begini; Ibu: Ibu sayang anak-anak ibu, Hakim, Aiesyah, Umar. Aiesyah: Siapa cinta Aiesyah? Ibu: Ibu cinta Aiesyah Aiesyah: ALLAH cinta Aiesyah. Terkedu ibu,

Hari Pertama Anak ke Sekolah

Ibu tidak ingat hari pertama ibu ke sekolah dahulu, rasanya tidak ditemani oleh mak atau ayah sebab sudah biasa ke Tadika sebelum itu. Anak-anak zaman sekarang sudah matang, anak-anak ibu Hakim dan Aiesyah akan memulakan pengajian hari pertama di sekolah dan tadika masing-masing hari ini. Ibu kejutkan Hakim jam 6.15, walaupun Hakim tidak mahu membuka mata, ibu mengangkatnya ke bilik air dan menjirus, Hakim hanya menurut. Bila ibu ajak makan, Hakim tidak mahu hendak beli meehun goreng di kantin katanya. Excited hendak membeli makanan sendiri, Hakim pasti tiada masalah untuk membeli sebab ibu sudah biasa ajarkan Hakim ke kedai belikan roti, gula, dan lain-lain. Walaupun begitu Hakim belum cekap mengira wang terutama duit syiling. Semalam, kami ke sekolah Hakim mendengar taklimat, manakala Hakim diminta ke kelas dan menjalani ujian diagnostik. Habis sahaja taklimat kami melawat kelas anak dan kantin. Berapa ye wang yang ibu-ibu bekalkan untuk anak-anak ke sekolah. Kebanyakan m