Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Minggu Rehat & Balik Kampung

Minggu ini melepaskan lelah di rumah, dan juga di kampung halaman nanti, berehat sepuasnya. Minggu depan bermula cabaran baru menempuh tahun baru 2011. Beberapa perancangan telah diatur untuk 2011, mohon dipermudahkan Allah dalam setiap urusan. Kami sekeluarga dalam proses untuk berpindah ke rumah baru cuma masih banyak perkara yang belum diselesaikan. Antara yang sempat dibeli minggu ni adalah lampu dan kipas, ini memang perkara wajib yang ada dalam rumah. Tujuan asal hendak survey tapi bila tengok harga dan layanan yang baik terus kami beli lampu dan kipas di sana. Jom kita tengok apa yang menarik di Fancy.... Lampu yang sesuai dipasang untuk hall dan bilik, ada 3 mentol kecerahannya sama seperti 2 lampu kalimantan, seperti yang diberitahu oleh promoter tu lah, harga promosi rm78. Lampu untuk meja makan, pelbagai corak, pening kami memilih dengan kepala mendongak ke atas :). Kalau yang kat dalam gambar ni harga dari RM60. Lagi lampu untuk meja makan dan wall, macam-ma

Cerita Anak 5 Tahun Berkhitan: Anak Ibu Sudah Besar :-)

Bismillah, dengan nama Allah Yang MAHA Berkuasa atas sesuatu, segla puji-pujian hanya layak Untuk-MU Tarik nafas panjang-panjang sebab entry ini penuh dengan gambar, balas dendam sebab sudah beberapa hari tidak dapat blogging :) Kisah ini berlaku pada 27 November 2010 bersamaan 20 Zulhijjah 1431. Abang Mat sepupu Hakim yang datang meneman di hari bersejarah baginya. Apalah agaknya tips yang yang diberikan Abang Mat pada Hakim yer :D Anak bongsu yang masih belum puas tidur dipaksa bangun dan mandi oleh ibu.... tidak mengapa sebab nanti dapat upah. Ini apa hal pula di kakak di belakang yang tidak berhenti bercakap dan menyanyi semasa perjalanan kami Jam 8.01 pagi, kami baru bertolak dari rumah walaupun sepatutnya di waktu ini kami sudah sampai di tempat yang dituju. Aiesyah yang manis bertudung hairan dengan gelagat orang ramai di situ, apalah yang Aiesyah fikirkan yer? Peserta diminta berkumpul di depan pintu pagar utama untuk acara berarak dan berselawat beramai-ramai,

Perangai Pelik Anak

Tadi ibu terbaca entry Sue lunatots menceritakan tentang anaknya yang suka 'meraba'. Kisah Sue mengingatkan ibu kepada perangai pelik anak ibu si Hakim ketika usia 3-4 tahun. Sentiasa ingin berdamping, bukan sahaja perlu duduk di sebelah ketika menonton tv tapi dengan paksa rela kami (ibu atau abah) memberikan tangan kepadanya untuk dia pegang dan gosok. Ibu risau dengan perangai pelik Hakim ketika itu, jika pegang tangan sahaja mungkin tidak mengapa, tetapi ibu akan termarah apabila terkena bahagian lain yang tidak sepatutnya. Sebagai wanita sudah tentu kita merasa tidak selesa dan agak merimaskan apabila keadaan begitu berlaku berulangkali walaupun anak sendiri (lelaki pulak tu) dan juga risau jika anak berperangai pelik di luar tabii. Walau sering diberitahu berulang-ulang, Hakim tetap juga begitu bukan sahaja dengan ibu tetapi juga abah. Kini diusia 5 tahun lebih perangai tersebut sudah tiada lagi, ibu juga sudah lupa bila ia berakhir. Apakah itu salah satu perkemb

@ Medan MARA KL

Pada yang berada di sekitar KL dan Selangor jemput singgah ke booth kami di Medan MARA KL. Bermula 1 - 12 Dec 2010 dari 10 pagi - 6.30 petang. Teringin nak berjumpa anda, nanti tegur-tegur lah yer. CLC Booth @ Medan MARA KL Terdapat pelbagai barangan dan pakaian bayi, legging, tight, rompers, jumpers, cloth diapers, socks etc dan pakaian kanak-kanak dress, pant, t-shirt, bag etc. Antara hadiah yang paling bermakna dan berharga adalah dorongan dan semangat yang boleh diberikan secara percuma. Salam Mesra, Wan@ComelLote

Ibu yang penat

Untuk berubah keadaan, kita perlu berubah dahulu. Rutin berubah, segalanya berubah, utk mendapatkan perubahan yang besar nanti, InsyaAllah. Ibu yang penat dan lelah berulang-alik ke KL setiap hari, Alhamdulillah anak-anak mudah diuruskan mereka seolah faham ibu perlu lakukan sendirian bila abah tiada 2-3 hari ni. Bersyukur masih punya suami yang baik dan penyayang, macamana agaknya ibu tunggal uruskan anak-anak sendirian? Bila berniaga di luar, ibu boleh jumpa dan berkenalan dengan ramai kaum ibu yang sealiran. Ada di antara mereka adalah pencen awal kerja dan berniaga kerana ada modal yang cukup, ada yang berniaga di hujung minggu dan cuti sekolah. Rata-rata peniaga ini adalah dari kaum sejenis kaum ibu. Kebanyakan peniaga yang ibu jumpa menceburi bidang perniagaan kerana minat dan kepuasan. Ramai daripada mereka yang telah berniaga lebih dari 3 tahun. Satu perkara baru yang ibu tahu daripada buku Memulakan Perniagaan Sendiri yang ditulis oleh pn. Ainon Mohd adalah ramai pen

Apa Khabar Semua?

Bismillah, dengan nama TUHAN yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihi & Maha Menyayangi. Celah masa sekejap untuk update entrydi blog ini, sudah beberapa hari agak kesunyian. Booth CLC di Medan MARA KL di ruang legar depan Bank Islam. Jemputlah singgah jika ada kelapang, CLC berada di sana dari 1 - 12 Dec 2010. Alhamdulillah di musim cuti sekolah ada yang sudi datang membantu. Hari ini hari ke-5 maka klamp telah pun dibuka dengan selamatnya. Wah Hakim sudah jadi budak besar...... luka belum pulih sepenuhnya, Hakim masih 'pantang' makan telur dan makanan laut. Walaupun dr beritahu tidak ada pantang dalam perubatan kecuali jika anak ada elergi, ibu tetap menjaga makannya supaya luka cepat baik. Maafkan ibu kerana tidak sempat hendak update entry setiap hari walaupun banyak perkara yang hendak ibu kongsikan. Cerita majlis berkhatan Hakim tempohari, gambar-gambar tersimpan rapi dalam folder yang hendak dipublishkan. Masa betul-betul cemburu sekarang, setiap detik dirasakan sang