Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Main Masak-Masak : Roti Sosej

Hari ibu masak nasi air , tengahari anak-anak minta buatkan roti sosej. Jadi kami main masak-masak, kebanyakan proses penyediaan roti sosej ini dilakukan oleh anak-anak cilik ibu 3 dan 5 tahun yang tidak mahu ke sekolah, belajar di rumah dan ini antara pelajaran hari ini ;) Keluarkan roti, rolling bagi nipis, ibu tekan guna tapak tangan jer (aci?) Letak sosej aka frankfurter dan digulung kemas (sosej ibu potong dua kerana bimbang tidak mencukupi) dibimbangi 2 pelajar ini akan menggeletek sesama sendiri. Jadi begini, penggulung utama Cik Aiesyah :) Kemudian sediakan telur yang dipukul, celupkan roti tadi ke dalamnya, pusing-pusing, kerja ini biar cikgu yang buat yer kerana dibimbangi telur akan melimpah ruah ke luar pinggan. Sekarang masa untuk menggoreng, ini juga cikgu yang lakukan, anak murid lihat sipi-sipi sahaja :) tidak sempat mengambil sebarang gambar sewaktu menggoreng, tengok ni, ini pun sudah agak kegelapan sedikit Mari kita memotongnya bersama-

Anak Ini Sudah Bercerai Susu

Bismillah, salam pagi Jumaat yang nyaman... Muhammad Umar Harith atau panggilan manja Umar telah bercerai susu secara rasmi di usia 2 tahun 8 bulan, hampir sebulan yang lalu. Jika sebelum ini ibu anggap Umar sudah tidak mahu menyusu bila tidak minta susu lebih 24 jam, rupanya sangkaan ibu meleset, walaupun ibu tinggalkan Umar 3 atau 4 hari, bila berjumpa pasti diminta. Ibu bertanya pada Abah, bila agaknya Umar mahu bercerai susu? Ibu cakap dengan Umar, di usia begini Umar sudah besar walaupun yang paling kecil umur  dan tidak perlu menyusu lagi. Sekarang bila Umar betul-betul sudah bercerai susu, ibu merindui moment itu, dalam hati ibu Umar masih baby ibu selagi belum ada baby baru :) Ibu sendiri tidak sedar bilakah tarikh keramat tarikh terakhir Umar menyusu, bercerai susu adalah proses semulajadi sahaja (bagi ibu) kerana anak tidak minta susu atas kemahuan anak sendiri. Oh tidak susah proses bercerai susu ini rupanya, ia berlaku tanpa diduga, tanpa ibu merancangnya cum

Petang Yang Tenang

Alhamdulillah, baru selsai merasai buah jampu yang manis pemberian jiran belakang rumah, sungguh bertuah dikelilingi oleh jiran-jiran yang baik dan pemurah. Waktu petang begini, anak-anak menghabiskan masa bermain di laman rumah, bermain pasir buat kuih ke apa tu? Abang Amirul biasalah dengan basikal yang sudah agak kecil baginya.  Nasi baru je masak, tadi ibu beli ikan tongkol, orang kampung ibu panggil 'ike ayo' dan daerah lain di negeri ibu memanggilnya 'ikang aye'. Ikan sudah dikukus, mahu proses ikan gulai, buat nasi berlauk pagi esok :) Aiesyah dan Umar suka-suka hati tidak mahu ke sekolah, minggu ini hanya satu hari ke sekolah, bila ditanya Aiesyah cakap, esok gi sekolah, lusa tak pergi sekolah, gilir-gilir... pandai pulak ye ikut jadual sendiri, mentang-mentang ibu di rumah, sesuka hati je nak belajar di rumah, Aiesyah cakap ibu kan cikgu :) Minggu ni boleh lah sebab ibu tidak ke mana, minggu depan ibu akan keluar, no excuse kena pergi seko

Senang Masak: Resepi Nasi Air Ibu

Hari ini cuaca mendung tetapi tidak hujan seperti semalam, hujan mencurah-curah. Suasana sunyi dan tenang di sini cuma sesekali kedengaran bunyi ekzos kenderaan. Pagi semalam mee goreng, tengahari anakanda berdua minta buatkan roti sosej (cara buat roti sosej simple ibu masukkan entry selepas ini) dan petang ibu teringin nak buat nasi air yang macam dijual di kampung halaman ibu, terliur lepas tengok sahabat Masayu upload gambar nasi air dalam laman muka bukunya. Sumber: google Alkisah nasi putih yang tidak habis hari sebelumnya, jika tidak dijadikan resepi nasi air maka jatuh ke tong sampah pula, elakkan dari membazir, gunakan apa yang ada. Pulang dari ambil abang Amirul (dulu Hakim, sekarang dia minta panggil dengan nama ini) ibu singgah kedai runcit membeli beberapa keperluan untuk menyediakan nasi air ringkas, resepi ibu mestilah senang, mudah, ringkas dan sedap! Bahan utama nasi, letakkan air dan didihkan sampai nasi hancur (kalau guna beras siam susah

Bagaimana Menggalakkan Anak Lebih Fokus Belajar

Bismillah... dengan nama Allah Yang MAHA Pemberi Nikmat. Jam sudah menunjukkan jam 12.19am tapi mata ini masih belum mahu pejam, banyak perkara yang difikirkan dibenak. Ibu ingin mencoretkan sesuatu di sini moga ianya menjadi panduan kepada ibu-ibu yang lain. Andai ini satu kebaikan yang mampu ibu berikan kepada kalian, moga (doakan) Allah memberikan 10kali ganda kebaikan kepada ibu. Ya ALLAH perkenankanlah kerana tiada yang mustahil bagiMU Ya ALLAH. Cuti sekolah minggu lepas kami pulang ke kampung untuk ziarah orang tua kami yang tersayang, juga kerana majlis kesyukuran sempena perkahwinan adik perempuan ibu. Semasa minum-minum, TokMek (nenek Hakim sebelah abah) cakap pada Hakim, "Hakim belajar pandai-pandai biar jadi cikgu, ke Hakim nak jadi apa?(cita-cita) " Hakim tanpa berfikir panjang terus jawab, " Nak jadi businessman! ". Kerjaya seorang cikgu atau guru memang dipandang tinggi oleh orang kampung, sudah dianggap sangat berjaya. Ibu tidak merendah

Jom Sarapan: Nasi Kerabu Ringkas

Salam pagi Selasa buat semua, harapan ibu semoga pagi ini memberi kebaikan kepada kita semua, berjumpa dengan orang-orang yang baik dan kita dapat menyumbang sekurangnya satu kebaikan kepada orang lain, InsyaAllah. Alhamdulillah pagi ini matahari bersinar dengan terang, dapatlah ibu menyelesaikan urusan kain baju sebelum berangkat pulang ke kampung malam nanti, doakan perjalanan kami dilindungi Allah. Sudah sarapan? Kalau belum mari bersarapan dengan ibu hari ni nasi kerabu ringkas sahaja. Nasi kerabu biasanya dilengkapi dengan bahan berikut: 1. Nasi yang berwarna biru 2. Kelapa parut goreng dicampur ikan 3. Kuah pekat 4. Ulam-ulaman yang dipotong halus 5. Budu 6. Telur masin 7. Ikan goreng celup tepung 8. Solok lada 9. Daging/Ayam bakar 10. Cili kisar ala-ala sambal belacan 11. Kerepok Lebih kurang ini walaupun banyak bahan yang kurang, *sumber gambar en. google. Tapi apa yang kami ada hari ni: Kuah pekat, kelapa + ikan, telur masin dan

Bagaimana Melatih Anak Solat?

Bismillah... Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa singgah di sini, tanpa kehadiran anda tidak mungkin ibu mendapat cek Nuffnang yang ke-4 ini walaupun kekerapan mengemaskini blog tidak seperti dahulu. Ibu nekad untuk berubah, lebih rajin menulis dan berkongsi untuk kebaikan bersama (ibu dan anda) dan bukan sebarang penghargaan atau wang Nuffnang yang ibu pertaruhkan. Terima kasih sekali lagi, ibu suka anda! Jumlahnya RM94.20 nanti jadi RM942.00 pula :) Baru-baru ini ibu ke Temerloh sendirian atas urusan kerja dan menuntut ilmu, sampai di sana ibu berkenalan dengan sepasang suami isteri bersama anak mereka yang tinggal tidak jauh dari rumah ibu. Kakak ini mengajak ibu pulang bersama (konvoi) kerana kami melalui jalan yang sama, ibu setuju memandangkan kursus berakhir hampir jam 6.30 petang dan ibu pula memandu sendirian ke Batang Kali yang memakan masa hampir 2 jam. Kami berhenti di Genting Sempah untuk melepaskan hajat, dan solat Jama' Maghrib Isya'

Berkongsi Tentang Productive Muslim Seminar

Bismillah... Seminar ini sudah berakhir 2 minggu sudah, tapi kotak fikiran ini masih berlegar-legar memikirkan, kenapa tidak pergi seminar begini lebih awal? Cenderahati Sangat bemanfaat terutama bagi ibu yang masih belum dapat mengimbangi (balance) rutin harian sebagai isteri dan ibu, profession (kerja), rakan sosial (dengan masyarakat) dan yang paling penting sebagai hamba kepada Allah yang menciptakan. Tanggungjawab kita bukan sekadar kerja dan keluarga sahaja (ini aje yang ibu buat pun dulu) tetapi kita juga ada tanggungjawab untuk diri sendiri (InsyaAllah ibu akan gali potensi diri dan mencari lubang-lubang ilmu bagi tujuan ini), komuniti atau masyarakat sekeliling kita, untuk ummah (terutama generasi akan datang, yes! I will do something on it!) dan pembangunan Islam (bukan sekadar solat 5 kali sehari dan tunaikan rukun Islam yang 5). saudara Faris yang good looking :) Kenapa perlu productive? Atau dengan kata lain mengubah hidup menjadi lebih baik. I

Bagaimana Menjadi Manusia Yang Lebih Baik

Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Melindungi... Beberapa minggu (hujung minggu) jadual ibu terisi dengan pelbagai kursus dan aktiviti yang memberikan ibu ilmu baru.  Terima kasih Ya Allah atas sedikit ilmu yang Engkau berikan kepadaku semoga ilmu ini dapat ku amalkan untuk menjadi hambaMu yang lebih baik di dunia dan akhirat. 25 & 26 Feb 2012: Productive Muslim Seminar Productivity = Focus + Energy (towards maximising your reward in Akhirat) Kenapa kejar akhirat? Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat - Surah Asy Syuraa: 20 Bila kita kejar akhirat, dunia akan berlari mengejar kita, bila kita kejar dunia, akhirat berlari meninggalkan kita. Dalam modul Productivity Muslim, menggariskan Islamic Productivity terdiri daripada: 1. Intenti

Kita Yakin, Kita Berjaya

Kita yakin kita berjaya atau bila kita yakin kita pasti berjaya. Pasti bukan mungkin atau akan digunakan kerana lain maksudnya. Wah kenapa tiba-tiba hari ini berkobar-kobar cerita tentang kejayaan pula ya? Tidak rugi cerita tentang kejayaan kerana ini matlamat semua orang, jika ditanya tiada seorang pun daripada kita yang ingin gagal dalam hidup mereka. Kejayaan adalah matlamat kita tapi kejayaan yang bagaimana? Sebagai seorang muslim sudah tentu kita mahukan kejayaan di dunia juga akhirat, tidak dapat tidak! Ini adalah perkongsian seorang rakan ibu tentang ingin menjadi insan HEBAT, dia menulis di dalam facebook; Di dalam buku “The Magic of Thinking Big” karya David J.Schwartz ada mengariskan tiga panduan bagi memperolehi dan menguatkan kuasa keyakinan untuk menjadi HEBAT. 1. FIKIRKAN KEJAYAAN Jangan sekali – kali memikirkan kegagalan. Di mana jua anda berada, tukarkan pemikiran ‘saya gagal’ kepada ‘saya berjaya’. Apabila masalah melanda, fikirlah