Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Siri Cepat Membaca

Apa Yang Best Tentang Siri Cepat Membaca Adik Bijak Baca?

Adik Bijak Baca adalah buku edisi kemaskini daripada Adik Mari Baca dan Pandainya Adik Baca. Asal usul buku Adik Bijak Baca ada ibu ceritakan di sini . Mari kita lihat 5 keistimewaan buku Adik Bijak Baca: 1. Hanya 4 Buku Bacaan Mudahkan proses membaca supaya anak tidak bosan. Adik Bijak Baca hanya mengandungi 4 buku sahaja. Buku 1 pelajar sudah boleh mengusai dua suku kata kv dari konsonan b sehingga z. 2. Hanya 1 Halaman Setiap Hari, 5 Minit Setiap Sesi Bagi menjadikan sesi bacaan efektif. Hanya peruntukkan 5 minit setiap sesi dengan 1 halaman sahaja setiap sesi. Dengan cara ini, guru dapat mengajar secara berpusat sebelum one-to-one dengan pelajar. 3. Mengandungi Perkataan Beritma, Pantun Dan Teka Teki Banyak pantun dimasukkan ke dalam buku Adik Bijak Baca. Selain menjadikan proses bacaan menyeronokkan, ini bagi meningkatkan akal budi anak kecil dengan pantun nasihat. Menggunakan perkataan berulang dan beritma memudahkan anak membaca. 4. Buku Panduan ...

Ajar Anak Membaca Kaedah Sukukata: Buku Pandainya Adik Baca

Mengajar anak membaca perlu pelbagaikan teknik. Setiap anak mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Buku adalah sebagai alat bantu mengajar seperti juga kad imbas. Bagi anak yang sukar untuk menggabung bunyi menggunakan kaedah fonik, boleh cuba kaedah sukukata. Ia sama seperti mengajar anak mengaji menggunakan kaedah iqra'. Terus sebutkan bunyi tanpa perlu eja atau sebutkan huruf. ba ca da ha ga dan seterusnya. Mengajar anak membunyikan sukukata tidak perlu mengikut susunan huruf. Perhatikan anak yang baru pandai menyebut dan membunyikan suara. Antara bunyi yang mudah diikut adalah 'a' 'ma' 'ba' 'ta'. Ajar anak membunyikan perkataan walaupun anak masih belum boleh menyebut dengan betul. Bacakan anak buku cerita walaupun anak masih belum pandai membaca. Buku Pandainya Adik Baca ini menggunakan teknik sukukata. Fonik hanya diajarkan semasa kvk. Set PAB ini mengandungi 4 buku. Buku 1 dan 2 hanyalah kv sahaja. Buku 3 barulah diperkenalkan ...

Memulakan Sesi Belajar Membaca Di Rumah Dengan Mudah

Salam Jumaat Anak pandai membaca seawal 5 tahun sudah tidak menjadi perkara luar biasa sekarang, malah ada kanak-kanak yang seawal 4 tahun sudah boleh membaca. Adik Nurani 3 tahun 8 bulan sudah dapat membaca Buku 8 dari siri set Membaca Bacalah Anakku. Artikel berkenaan kaedah fonik pernah disiarkan dalam Harian Metro, artikel ini menemubual penulis serta pengasas konsep fonetik pertama di Malaysia iaitu Puan Nik Eliani dan suaminya Tuan Othman.  Anak yang diajar menggunakan kaedah fonik secara berterusan dapat membaca dalam 3 bulan, malah mudah mengusai 2 bahasa. Kebanyakan pusat membaca mengambil masa paling lama 6 bulan sahaja untuk setiap anak belajar membaca. Untuk baca versi online, mohon klik di sin i . Apabila mengajar sendiri di rumah, ia bergantung kepada berapa kerap sesi pembelajaran itu berlaku. Bagaimana untuk mulakan sesi belajar membaca di rumah? Kajian menunjukkan anak yang diberi rangsangan sejak dalam kandungan seperti dibacakan buk...

Ajar Anak Cepat Membaca Dengan Kaedah Fonik

Hasrat untuk menulis entri yang lebih bermanfaat kepada umum sangat tinggi terutama bidang pendidikan awal kanak-kanak yang bermula dari rumah. Saya percaya ibu adalah guru terbaik kepada anak-anak kerana seorang ibu lebih memahami watak dan sikap anak berbanding guru luar. Alhamdulillah sejak ibu berkongsi tentang teknik cepat membaca di blog ini hampir 3 tahun lalu, hampir setiap hari ibu menerima sms atau email bertanyakan tentang buku tersebut. Pembelajaran bukan bergantung sepenuhnya kepada bahan (buku), cara atau kaedah yang betul juga memainkan peranan.  Teknik fonik semakin popular di negara ini, walaupun ianya telah lama digunakan di negara luar. Menggunakan kaedah fonik bukan sahaja memudahkan anak membaca dalam Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris, dan menulis tanpa mengeja. Cara mudah untuk mengenal kaedah fonik adalah membunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF. Contohnya seperti huruf 'a' disebut aaa seperti ayam, api, awan. Huruf 'b' di...

Bagaimana Mengajar Anak Membaca Menggunakan Buku Adik Mari Baca

Anak tidak perlu diperkenalkan dengan nama-nama huruf serta tidak mengeja suku kata, perkataan atau ayat kerana cara buku ini disusun berdasarkan kaedah fonetik. Sebutkan sahaja bunyi a seperti a pi atau a da Bunyi i seperti i tu atau i kan Bunyi u seperti u lat atau u bat Bunyi a disebut dengan membuka mulut, bunyi i dengan mulut kelihatan seperti senyum dan bunyi u perlu memuncungkan sedikit mulut. Sebutan fonik setiap huruf ada dinyatakan di muka surat terakhir buku ini. Kaedah fonetik amat berkesan dan merupakan kaedah terbaik dalam mempercepat dan menguatkan proses ingatan. Melalui kaedah ini, kanak-kanak tidak akan terlebih dahulu mengeja untuk menghasilkan bunyi sesuatu sukukata. Penggunaan 2 warna merupakan cara yang sangat sesuai dalam melancarkan penguasaan bacaan kanak-kanak. Sukukata akan dapat dibezakan dengan cepat dan mudah semasa membaca. Sukukata pendek dengan bacaan berirama juga dapat membantu mempercepatkan daya ingatan kanak-ka...