Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Projek Cuti Sekolah

Salam Jumaat penuh keberkatan hari ini hari terakhir bulan Mei 2013 bersamaan 21 Rejab 1434. Ok bila sebut cuti sekolah, ibubapa sudah pening kepala apa aktiviti yang akan dibuat masa cuti. Kecuali jika balik kampung... maka semuanya akan beres. Ibu mahu kongsikan sedikit aktiviti kami sepanjang cuti sekolah ini. Oh hati ibu ini tiba-tiba terasa mahu terbang pulang ke kampung *mood rindu* 1. Main Tanah Liat Ini aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak di sekolah bila tiba waktu bermain. Ibu hairan juga kenapa anak-anak suka sangat main tanah liat? Bukan boleh makan pun kan? Walaupun bila digubah cantik dengan warna-warninya, ada juga anak yang sanggup menjilatnya! Tanah liat ini tidak sesuai untuk anak 2 tahun dan ke bawah, biasanya anak-anak seusia ini suka merasa apa yang ada di tangan. Jika tanah liat itu dibuat sendiri dengan adunan tepung yang boleh di makan, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.  Biarkan anak-anak membina kreativiti mereka dengan

Tenang Dan Nyaman Pagi Ini

Tenang, nyaman, suasana pagi ini, Subuh tadi hujan rintik-rintik.... ibu keluar ke laman menghirup udara segar. Ambil aura.... pagi-pagi rezeki mahu datang :) Ibu mahu kongsikan artikel tentang syukur dipetik dari Majalah Solusi Isu 43 Siapa pun kita hari ini sama ada ahli perniagaan yang kaya, ahli ekonomi, ahli persatuan yang aktif, atau sesiapa sahaja ahli dalam bidang masing-masing, pernahkah kita berusaha untuk menjadi ahli syukur? Menjadi ahli syukur tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit. Membentuk diri menjadi ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah: 1. Tetap Bersukur Walaupun Nikmatnya Kecil Biarpun nikmat yang dieroleh tidak sehebat mana, atau tidak seperti yang kita inginkan, sematkan diri dengan sifat qanaah. sentiasa cukup dengan apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ianya berupa ujian, lapangkan hati untuk menerima dan bersukur kerana ujian yang ditimpa lebih ringan berbanding orang lain. 2. Memuji Allah Setia

Kisah 'BlackOut'

Ibu tersedar dari tidur apabila terdengar sayup-sayup jeritan Umar dan Aiesyah memanggil ibu....ibu! Ibu buka mata dan bangun. Hujan lebat! Gelap! 'BlackOut' rupanya. Ibu kejutkan abah.  Ibu mencari telefon di dalam gelap, jumpa. Semalam ibu bawa 2 telefon letakkan di atas meja di dalam bilik, biasanya ibu tinggalkan sahaja telefon di ruang depan. Guruh dan kilat beserta hujan lebat, dalam gelap menyebabkan anak-anak dalam ketakutan. Kami tuju ke bilik anak-anak, mereka hanya berdiri di situ. Melihat kelibat kami Umar dan Aiesyah menerkam ke arah ibu, tangisan mereka masih belum reda. Hakim terjaga, bingkas bangun apabila kami berjalan keluar ke suis utama.  Suis itu akan off dengan sendiri apabila kilat dan guruh kuat, ianya menghalang dari berlaku litar pintas dan kerosakan pada peralatan elektrik di rumah. Alhamdulillah selepas sahaja suis dihidupkan, lampu menyala, kipas berpusing.  Ibu dan abah temankan anak-anak tidur di bilik mereka kerana

Buku: Ajar Anak Kecil Membaca Awal

Anak-anak sekarang lebih 'advance'! Ramai yang berkata begitu. Lihat saja cara anak bercakap, cara mereka berkawan, berfikir tentang sesuatu, dan banyak lagi. Anak-anak sekarang terdedah dengan sumber lebih awal, seperti mula diperkenalkan dengan bacaan al-Quran dan diajar membaca seawal usia dalam kandungan lagi. Ini menunjukkan betapa 'advance' ibubapa muda sekarang menekankan aspek pendidikan kepada anak-anak mereka. Sesuatu yang boleh ibu banggakan! Sungguh ibu kagum dengan usaha dan keprihatinan ibubapa muda sekarang ini apabila menyentuh soal pendidikan awal anak-anak. Rata-rata anak yang diajarkan oleh ibubapa sendiri di rumah secara konsisten telah mula dapat membaca sebelum usia 4 tahun. Adik Nurani pada usia 3 tahun 8 bulan sudah membaca Buku 8 dari Buku Bacalah Anakku. Video adik Nurani membaca boleh lihat di sini Ibu mana yang tidak gembira bila anak sudah pandai membaca sebelum masuk tadika. Namun begitu, ramai juga ibubapa yang menyat

Sabtu 18/6/13: Nasi Dagang dan Kambing Bakar

5:48pm (20/5/13)  Alhamdulillah masih bertenaga walaupun hanya sahur dengan air kopi sauda dan kurma sahaja. Masih bertenaga untuk teruskan puasa sunat Rejab hari ini. Untuk rekod hari ini bersamaan 10 Rejab 1434H. Berbalik kepada cerita Hari Sabtu, pagi Sabtu selepas telefon adik sekitar jam 7.30pagi kami terus bersiap untuk ke rumahnya di Puchong, bertemu dengan kedua orang tua yang sampai petang Jumaat. Berbelah bagi mahu pergi Sabtu atau Ahad memandangkan Sabtu petang ada kuliah Feqah Ustaz Hazri Hashim dan malamnya selepas maghrib bakal diadakan mesyuarat dan jamuan di Pasti. Pasti kami jadi tuan rumah kali ini. Dalam perjalanan sempat lagi kami singgah ambil stok Tepung Magik dan Mashed Potato, tepung sudah habis dan sudah ada yang mahu beli lagi. Sudah penuh bonet kancil comel kami dengan 2 carton barang. Sampai sahaja di rumah adik, terus dijamu nasi dagang.... emm sempat 2 kali makan! Adik buat nasi dagang sempena hari lahir anak pertamanya Rashdan yang k

Cerita 17 Mei 2013: Sambutan Hari Guru

Cuaca mendung sahaja pagi Jumaat yang diberkati ini.... sambutan hari guru diadakan peringkat sekolah Pasti kami, jadi semua pelajar diminta hadir sesi pagi. Daripada 130 pelajar, hanya 90 yang hadir dengan pelbagai juadah dan hadiah. Guru ini kagum dengan anak-anak cilik yang sediakan hadiah dan ucapkan Selamat Hari Guru kepada kami, terharu... comel je tulisan anak-anak ini di kad. Kami cuma minta bawa sedikit juadah, tapi mereka bawa banyakkkk... seorang bawa untuk jamu 20 orang makan, kalau dah 90 orang? Macam-macam makanan ada kek 6 kotak, kek potong dalam bekas,, makanan berat seperti nasi himpit, mee goreng, mihun, kuih-muih (paling banyak), kerepek, keropok, kentang goreng, kentang putar, nugget, buah, agar-agar dan puding, aiskrim siap dengan kon, snek, sumi jangan dikira. Sekolah sediakan ayam goreng ala-ala FC lagi. Memang banyak! Kami hidangkan makanan yang anak-anak suka makan, yang mana kurang mendapat sambutan kami ketepikan (bawa ke masjid selepas hab

Lawatan Sambil Belajar ke KidZania

Ibu sekarang dalam bas bersama 5 guru yang lain membawa 44 orang pelajar/anak-anak cilik ke tempat meneroka alam dewasa, mana lagi KidZania! Daripada pembacaan dan survey ibu di blog-blog menerusi pengalaman ibu-ibu lain membawa anak-anak mereka ke sini, terdapat bank CIMB anak-anak boleh menyimpan dan mengeluarkan duit dari sana. Ada pekerjaan yang anak-anak dibayar gaji selepas habis kerja seperti Pilot, Bomba, Pencuci tingkap, Tukang Cat dan lain-lain. Upah untuk setiap kerja berbeza mengikut kepayahan kerja agaknya. Ada juga kerja yang anak-anak perlu bayar untuk bekerja di sana, seperti membuat burger, salon dan lain-lain) ibu belum banyak tahu lagi. Terdapat lebih 90 pekerjaan profesional yang anak-anak boleh terokai dan rasai sendiri, memang betul-betul bandar kanak--kanak di sini. Tidak sabar untuk merasai sendiri (eh macam ibu pula nak main kan? Terlebih teruja cikgu ni) Ibu bawa Aiesyah dan Hakim, Umar akan bersama dengan abahnya hari ini. Kesian Umar t

Hadiah Hari Lahir Paling Bernilai

Anak sulung ibu Hakim telah mula membaca Quran semasa usia 7 tahun (ibu panggil Quran besar) dan sekarang pada usia 8 tahun, Hakim sudah dapat membaca dengan baik dari segi panjang pendek dan makhraj huruf. Tajwid masih lagi dalam proses belajar. Satu perkara yang perlu dibaiki dari segi bacaan, di mana perlu berhenti dan sambung semula bacaan. Ibu perhatikan Hakim suka mengambil nafas semasa bacaan apabila membaca ayat yang panjang, tidak sempat untuk berhenti di tempat-tempat wakaf. Ini mengganggu bacaan Hakim, dan ibu yang mendengar dan meneliti bacaannya. Ibu teringat pada Quran Wakaf dan Ibtida terbitan Telaga Biru, Alhamdulillah berjaya dapatkannya di Pesta Buku baru-baru ini pada harga offer. Gembira bukan main Hakim apabila ibu katakan Quran tersebut untuk dia supaya bacaan Al-Qurannya lebih baik. Masuk sahaja dalam kereta selepas solat Zuhur, Hakim terus buka dan belek Quran tersebut, melihat panduan mengikut warna yang digunakan. Sebelum itu dalam komuter Hakim

Kisah Ibu Yang Pelupa

02 Mei 2013: 9.20malam Baru ada 3 anak ibu ini sudah lupa hari lahir anak sendiri! Semalam Hakim tanya ibu bila hari lahirnya? Ibu cakap, bulan 5 Hakim kata, sekarang bulan berapa? Bulan 5 Berapa haribulan 5! ooooo.... 3 haribulan! Ibu lupa esok hari jadi Hakim rupanya, Ya Allah! ======================================================== 03 Mei 2013 Jam menunjukkan jam 5.47pm, hujan lebat di luar Macamana Hakim nak balik sekolah hujan lebat ni? Sekejap lagi reda hujan, boleh Hakim balik 6.05pm: Hujan semakin reda Lega.... Hakim sudah boleh kayuh basikal dalam hujan begini, walaupun masih basah 6.15pm: Hati tidak keruan, Aiesyah , Umar cepat siap kita pergi tengok abang Hakim kat sekolah Ya Allah rupanya basikal Hakim ada di luar rumah, ibu betul-betul lupa kena ambil Hakim di sekolah KAFA  setiap Jumaat memang Hakim tidak naik basikal. Apa sudah jadi?

Vitamin C Jadi Ubat Kurus

Beberapa hari lepas ibu order vitamin C, beli online macam biasa.... teruja bila membaca testimoni pengguna. Perempuan mana tidak teruja dengan kecantikan kan? Hampir lupa yang barang akan sampai hari ini. Habis sahaja kelas, ibu terus balik... dalam perjalanan ibu terserempak dengan van Poslaju berhenti di tepi jalan, baru ibu teringatkan barang yang ibu beli..... ibu tanya abang Poslaju, ada tak barang ibu? Macam kenal... memang abang poslaju tu cam ibu, agaknya selalu terima barang. Terus dia keluarkan kertas dan barang untuk ibu sign. Nasib baik jumpa di sini.... hari ini banyak sangat barang yang hendak dihantar katanya. Biasalah online sudah menjadi medium membeli-belah popular zaman kini, Rabu cuti jadi bertambah lah barang yang hendak dihantar. Teruja barang sudah terima tapi hampa bila buka parcel, vitamin C sudah jadi ubat kurus! Oh walaupun ibu ini tidaklah langsing tapi belum berminat lagi dengan ubat kurus... hihi bukan perasan kurus, ibu ini pun dalam proses untu

Cerita Pesta Buku Kuala Lumpur PBAKL 2013

Alhamdulillah sempat ke PBAKL tahun ini, kami memang merancang untuk ke PWTC menaiki tren KTM, ianya lebih mudah, cepat dan jimat. Tambahan dengan anak-anak yang teruja naik tren (orang kampung ibu kata darat) Sampai sahaja di stesen KTM Rawang, terkejut kami dengan deretan orang ramai beratur membeli tiket, kebanyakannya adalah warga asing... nak kata pergi mengundi, 4 hari lagi. Kami ubah fikiran untuk terus ke sana dengan kereta, Hakim sudah muncung 14 belas, ok kita naik di Batu Caves sahaja kata abah. Sampai di sana, Alhamdulillah parkir masih lapang, tidak ramai orang. Dari tempat parkir, tiada lif, kena panjat tangga... ibu gayat naik tangga tinggi berlubang begini, ketar lutut ibu! Nasib baik pimpin Aiesyah, jadi kena bertabahlah duhai ibu. Tangga begini tidak mesra rakyat yang jenis gayat macam ibu, apalagi warga tua yang biasanya sakit dan lenguh lutut. Pertama kali melihat tangga begini di stesen KTM dengan tidak disediakan lif (mungkin belum siap, tidak ibu k