Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Perlukah Anak Bijak Membaca Sebelum Masuk Darjah 1?

Pernah dengar katanya anak nak masuk darjah satu kena pandai membaca. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak pelajar yang masih belum dapat mengusai kemahiran membaca sebelum usia 7 tahun. Apabila anak dapat menguasai kemahiran ini sebelum masuk sekolah, itu satu bonus. Namun jika tidak jangan murung ibu-ibu. Anak perlukan waktu untuk menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) Ibu pernah kongsikan dalam entri ini , bagaimana anak sulung belum pandai membaca lagi sebulan nak buka sekolah, masuk darjah satu. Kita boleh usaha, namun jangan paksa keterlaluan hingga menyebabkan anak hilang minat untuk belajar, lagi teruk apabila keyakinan diri mereka semakin menurun. Memang betul, ada yang kata anak yang menguasai kemahiran membaca lebih mudah menguasai ilmu. Itu dulu kerana kebanyakan ilmu disampaikan melalui medium buku. Namun sekarang, banyak medium lain yang telah meendahului, terutama teknologi di hujung jari. Tidak bermaksud ibu setuju anak dibiarkan menonton youtube s

Anak Susah Hendak Makan? Cuba Pasta Vege Ini

Anak-anak ibu semuanya jenis makan apa sahaja. Apabila berjumpa kawan-kawan yang mempunyai anak jenis sukar untuk makan, buat ibu kagum dengan usaha si ibu untuk memujuk anak makan. Dari anak kecil, setahun ke atas. Cuba berikan mereka pelbagai variasi jenis makanan untuk mereka rasa dan ekplore. Pelbagai jenis sumber protein ayam, ikan, telur. Pelbagai jenis karbo komplek seperti kentang, keledek dan pelbagai jenis ubi. Biasakan dengan pelbagai jenis sayur yang pelbagai warna. Baru-baru ini, ibu jumpa di internet tentang Eatalian Mixed Vege Pasta. Pasta pelbagai warna, mempunyai 4 jenis bentuk macaroni, shell, star dan fusilli. Menariknya Vege Pasta ini diperbuat daripada tepung semolina yang tinggi protein. Warnanya menggunakan puree sayur asli. Yang penting keluaran bumiputera dan dijamin halal. Anak ibu jumpa pasta, rebus macam tu pun satu mangkuk boleh habis. Nanti ibu kongsikan resepi masak pasta simpel untuk anak kecil, Insha-Allah. Nak

Siapkan Rumah Kucing

Akhirnya siap juga rumah ibu kucing anak lima yang mula dirancang hujung tahun lepas. Dari reka plan, beli bahan, pasang semua dilakukan oleh abah dan anak-anak. Ibu hanya lihat dan jadi pendorong supaya siap cepat. Maklumlahh ibu kurang selesa bau najis kucing dalam rumah. Ibu kucing (belum ada namanya) selalu datang singgah dan menumpang makan di rumah. Abah selalu belikan makanan kucing walaupun kami tiada kucing peliharaan bagi memberi makan kucing liar yang datang bertandang. Apabila kucing-kucing ini diberi makanan, kucing akan sentiasa datang. Ada yang tidak ke mana dah, bermain kawasan sini sahaja. Beberapa tahun lepas kami ada memelihara seekor kucing yang anak namakan Piko. Kucing jantan yang ditinggalkan seekor di tadika tempat anak belajar. Dia bersungguh mahu bawa balik. Umur kucing ini tidak panjang, tidak sampai dua tahun, akhirnya Piko mati. Selepas itu kami bawa seekor kucing oren dari kampung. Dua hari selepas sampai di rumah, si Oren mati. Jadi saya fikir, tidak