Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

OldTown White Coffee

Sudah 2 hari blog tak berupdate, tiba-tiba hari ni keluar cerita OldTown White Coffee OldTown White Coffee dikatakan kopitiam terbesar dengan 171 outlet as at October 2010. Ibu tidak pernah ke OldTown White Coffee cuma pernah minum coffee plus Hazelnut, sungguh ibu menggemari aroma dan rasa kopinya. Siapa yang minat dengan kopitiam boleh buat franchise dengan OldTown White Coffee, sekarang telah dibuka kepada bumiputera kerana telah mendapat pengiktirafan halal JAKIM dan mereka ada panel halal sendiri. Berniaga mobile sangatlah meletihkan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan berniaga online. Jualan online duduk relaks dan terima order, buat packaging dan hantar, jualan direct kena berdiri sepanjang hari, muka sentiasa senyum, kena kemas stok yang bersepah dan kena cepat kira duit Hari pertama Jualan Mega di Hospital Sungai Buloh tak menang tangan ibu seorang menjaga booth, jika berkesempatan datang lah sini yer ada lebih kurang 20 booth jualan jer tidak lah seperti Karn

Cerita Booth

Seronok berada di booth, pelbagai ragam manusia dapat dilihat daripada kanak-kanak sehingga warga emas. Bila lihat kanak-kanak, agaknya kita macam ni dulu-dulu kan? Bila lihat warga emas, bagaimana lah nasib bila kita di usia mereka nanti...... Menjaga booth rupanya jauh berbeza dari mendapat order melalui online, terlalu banyak beza. Bila berniaga direct, ada pelanggan yang minta harga yang tidak logik, sebagai peniaga sudah tentu untung rugi menjadi asas, jika tidak mahu untung baik tidak payah berniaga. Harga kos bagi sesuatu barangan bukannya harga yang dapat daripada pembekal, tetapi termasuk juga kos pengangkutan dan handling. Jika hendak diambilkira semua itu, memang dah murah sangat dengan harga yang ditawarkan. Mengepam di khalayak adalah suatu pengalaman baru bagi ibu, jika sebelum ini ibu hanya mengepam di tempat tertutup, malu juga walaupun sesama kaum, inikan pula di khalayak. Ibu hanya berselindung di belakang booth, de sebalik tiang tapi masih boleh dilihat umum. T

Cash Out Lagi....

Bismillah... Lama betul entry tidak berupdate, sehinggakan visitor jatuh merudum, walaupun begitu tetap berterima kasih kepada Nuffnang dan Cornetto sebab sudi singgah melekat di blogshop ibu. Ibu dah cash out kali kedua hujung bulan lepas sekarang menunggu cek sampai di tangan. Agak frust sebab tidak dapat meneruskan aktiviti kegemaran di depan lappy kerana tiada power yang boleh disambungkan jika berada di booth. Baru 2 minggu lepas ibu register DiGi Broadband kononya nak gunakan di kedai. Nampak gayanya terpaksa melupakan broadband itu sekejap. Orang lain sudah ke sana ke mari dengan iPhone, ibu masih terkial-kial. Alangkah bagusnya jika cash out ke 3 Nuffnang boleh ibu gunakan untuk dapatkannya, tiada yang mustahilkan? Cuma ibu masih berkira-kira iPhone atau ke.... Perjalanan masih jauh, InsyaAllah Allah akan memberikan jalan mudah untuk terus ke depan.

Ibu yang masih....

Salam pagi Jumaat, semoga hari ini diberi kebahagian dan ketenangan kepada kita semua, ibu mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya, harap anda pun begitu juga. Semoga semangat ini tidak akan padam dan berterusan. Hari ni ibu masih lagi di booth Hospital Sungai Buloh, ibu lah pengurus dan ibulah kuli, cuma ibu sedikit terkilan dengan EBM, seharian di luar bukan alasan untuk tidak menyediakan makanan anak, kerana menjaga booth seorang diri, semalam ibu terlupa untuk buat stock ebm Umar. hari ni ibu pasrah Umar ke taska tanpa susu ibu. Letih, memang letih bila pagi keluar malam baru sampai rumah, anak-anak akan datang jemput ibu di hospital petang, lepas maghrib kami pulang. Tengokkan anak-anak hilang penat ibu, hilang lelah ibu. Mereka adalah penghibur dan apa yang ibu buat ini pun demi mereka, sekarang bukan lagi masa bersenang dan goyang kaki, setiap kejayaan bermula dari kesusahan, kepayahan, jerit-perih. Bacalah profile kejayaan usahawan terbilang

Booth Hospital Sg Buloh

Sepanjang minggu ini ibu akan berada di Hospital Sungai Buloh, di luar kafetaria tempat laluan pejalan kaki dekat dengan playground kanak-kanak. Kepada yang berada berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh datang lah melawat booth ComelLote Collections di sini atau melawat ibu yang kaku tiada geng... hehe Gembira dengan sambutan terhadap Cloth Diapers, ramai yang excited bertanya macam-macam, teruja menceritakan tentang lampin kain ini kepada yang baru mengenalinya, jika anda berada di sekitar sini dan ingin melihat sendiri cloth diapers ini sangat lah dialukan, datang jangan tak datang. Booth ComelLote.Com Macam tak percaya ComelLote.Com telah berada di luar talian, sebelum ini kami dikenali melalui online sahaja. Ibu ingin perkenalkan ComelLote.Com kepada semua ibu-ibu di luar sana. Keadaan booth selepas diterjah pelanggan, ibu suka booth yang bersepah begini daripada tersusun kemas tidak berusik :-D Kami akan berada di sini dari 11 - 15 Oct 2010, jam 10 pagi hingga 6.30 pe

Aktiviti Anak-Anak

Ingat lagi entry ibu pasal Painting DIY Kit Hello Kitty dan SpongeBob tempohari? Kalau dah lupa boleh refer sini Malam semalam ibu ajak Hakim buat painting, sebenarnya ibu yang excited sebab tidak pernah painting bila dah besar, last zaman kanak-kanak dulu kut. Memang menarik dan sangat teruja terutama dapat luangkan masa painting bersama anak. Hakim pun sangat seronok painting sampai habis kaki dan tangan SpongeBob hilang .....  lepas dah siap painting, Hakim terus zzzzzz.... Ibu dah color bubbles tapi semua 'dipadamkan' hakim Disebabkan watercolor Painting Kit masih banyak, jadi ibu print a few lukisan dari PlayhouseDisney.com untuk anak-anak beraktiviti. Nampaknya hakim boleh tahan, tapi Aiesyah habis semua paper diwarnakan Mana muka bear ni? Hasil painting hakim dan aiesyah. Semasa ibu menaip entry ini, hakim masih lagi meneruskan aktiviti painting dengan lukisan yang lain pula, ada gaya jadi artist hakim ni siap letak brush kat telinga lagi

Avent Manual Pump

Hari ni ibu nak kongsi pasal breastpump yang ibu guna ie Avent manual pump ni. Breastpump (BP) ini ibu beli semasa Aiesyah 2 bulan, baru start keje masa tu kebetulan ada yang nak jual masih baru lagi jadi ibu beli dengan harga RM110. Beberapa hari lepas masa tengah seronok mengepam tiba-tiba... bub! star valve ni tercabut, kena buka betulkan dan pam semula, sekali jadi lagi.....  memang sangat menguji bila tengah seronok mengepam, star valve ni tercabut. Untuk elakkan berulang ibu cuba juga pam dengan agak perlahan, hilang skill dah nak pam guna tangan. ( dulu masa Hakim guna tangan ajer sampai 5-6 bulan ) Rupanya ini common problem yang berlaku pada Avent Manual Pump ni bila dah lama guna, masa survey kedai online yang jual star valve ni, terjumpa blog Aishah yang beritahu better gantikan Avent white star valve dengan Avent BP valve. So semalam dah beli kat KS online dengan harga RM19.90 dan harapnya terima hari ini. BP suatu yang sangat penting bila ibu-ibu berhasr

Update 06 Oct 2010, Doakan Ayah...

Bismillah, Cabaran berblog sudah mula dirasai bila blog tidak berupdate :-D InsyaAllah pada yang berada di sekitar Rawang, Batang Kali, Kuala Kubu Bharu hingga ke Tanjung Malim boleh datang ke kedai ibu yang tidak seberapa di Bandar Utama Batang Kali. Call ibu untuk temujanji yer... Maaf jika ada yang ternanti-nanti Buku PBK yang mana dah bayar 2/3 hari lepas, ibu akan pos kesemuanya hari ini. Terima kasih kerana sudi dapatkan buku ini daripada ibu, ibu pun nak clearkan barang-barang dalam stor jadi nanti kurang lah sikit barang untuk berpindah. Semalam ibu dah let go buaian, kebetulan jumpa dengan sepasang suami isteri di kedai hardware mencari buaian untuk bayi mereka yang merengek ketika itu, ibe menegur dan beritahu ibu ada buaian yang tidak digunakan, jika abang dan kakak mahu boleh ambil di kedai saya. Alhamdulillah rezeki diorang, ibu guna sekejap jer buaian tu masa Aiesyah dulu, Umar pun boleh kira berapa kali masuk buaian, at last simpan jer... Ada juga playpen, ba

Betul ke anak ke-3 lebih manja dengan ibu? Rasanya betul...

Siapa kat sini merupakan anak ke-3? Betul ke ramai yang cakap anak ke-3 lebih manja dengan ibu? Hanya anak no. 3 dan ibunya sahaja yang tahu jawapannya. Cuba ibu-ibu perhatikan, ada atau tidak ciri-ciri ini pada anak no. 3? - Sentiasa nak melekat dengan ibu - Ibu buat kerja sambil dokong anak - Anak tidak mahu bersama orang lain jika ibunya ada walaupun abah sendiri - Bila ibu duduk, anak akan datang dan melentokkan kepala ke riba ibu, duduk di ribaan atau melentok ke bahu Masa kakak ibu mendapat anak ke-3 3 tahun yang lepas; Ibu: Kenapa achik manja sangat, dukung jer.... Kakak: Tak tahu lar, tapi ramai kawan-kawan cakap anak mereka yang no. 3 pun macam ni.. Ibu: Iyeke? Bila ibu mendapat anak ke-3, Umar ibu dapat rasa yang memang betul cakap kakak ibu dulu. Manja dalam erti kata sentiasa hendak bersama ibunya.... melekap jer. Jika dinilai pada anak ke-3 ibu mungkin disebabkan beberapa faktor; Umar hanya dijaga ibu sejak lahir sehingga 12 bulan Umar yang tidak pernah

Jemputan Rumah Terbuka, Dapur Tak Berasaplah Nampaknya...

Selamat berhujung minggu. Ibu pasti ramai yang bercuti hujung minggu ini untuk mengadakan rumah terbuka atau mengunjungi rumah terbuka kawan-kawan saudara-mara macam kami ni sampai dapur tak berasap sejak semalam. Pagi semalam jer ibu masak mee goreng udang (penuh dengan udang itupun masih berebut lagi). Jadual rumah terbuka penuh dari semalam; Jumaat, Rumah Terbuka Taska Arisa (taska Aiesyah dan Umar) 4.00 - 11.00 pm Lokasi: Batang kali Menu: Nasi himpit kuah kacang, soto, nasi goreng, rendang, donat yang sedap! Kami datang pukul 6 petang semalam Jumaat, Rumah Terbuka tempat kerja abah 8.00 - 11.00 pm Lokasi: Kuala Kubu Bharu Menu: Nasi kukus ayam dara, nasi himpit kuah kacang, soto, lontong, pecal, mee sup, lemang, rendang, roti jala, cendol, aiskrim untuk anak-anak. Sampai jam 9 malam, kul 10.30 dah balik, masuk kereta anak-anak semua zzzzzz....... Sabtu, Rumah Terbuka jiran: Waktu sesudah subuh sehingga habis makanan. Lokasi: dekat jer ngan rumah Menu Utama: Nasi le

Coach Handbag

Dipendekkan cerita, ibu nak jual coach handbag ini, replica yer bukan original sebab ibu pun tak mampu nak beli yang ori. Ibu belum guna lagi handbag ini, datang bersama dengan dust bag. Sebab nak jual macam tak sesuai pula color putih macam ni dengan ibu. Tali boleh adjust sesuai dipakai biasa atau buat sling bag. Harga boleh runding, email ibu di comellote.corner[at]gmail.com Size dan ukurannya, boleh bayangkan bila ibu letak di patung macam ni kan? Belakang

Rutin Saya

Saya ada bermacam corak dan warna yang menarik, mempunyai lapisan yang lembut di dalam dan lapisan kalis air di luar. Saya boleh digunakan dari saiz S hingga ke L dan ada yang XL. Dalam masa 3 tahun ini saya telah punya 2 tuan. Dulu tuan saya adalah puteri yang cantik manis ini, sudah lebih setahun puteri ini telah tinggalkan saya. Kadang-kadang saya hanya digunakan bila malam, kadang-kadang tidak digunakan langsung. Owh tidak mengapa sebab saya telah ada tuan baru, sudah lebih setahun saya setia dengan tuan baru saya ini, cuma sekarang ini tuan muda saya selalu nak buang saya, tak mahu pakai saya. Inilah Tuan Kecik saya sekarang, hensem tak? Tuan kecik saya sudah pandai menapak tapi lebih suka merangkak lagi, padahal dah banyak step boleh jalan cuma agak slow sket lah, nanti bila Tuan Kecik saya sudah pandai ke toilet, sudah tentu saya akan disimpan di dalam box atau mungkin saya akan digunakan untuk tuan baby atau mungkin juga saya akan berpindah kepada tuan lain yang baru, ada