China adalah antara destinasi pelancongan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Terdapat banyak destinasi menarik yang boleh dilawati, Shanghai, Beijing, Guilin, Shenzen, dan Guangzhou antara destinasi pilihan. Guangzhou adalah destinasi borong pilihan ibu. Kenapa Guangzhou? Guangzhou atau juga dikenali dengan nama Canton merupakan tempat memborong yang terkenal di serata dunia. Di sini pelbagai bangsa dan negara datang untuk membeli barangan secara pukal dengan harga murah. Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar negara China juga bandar terbesar di Selatan China merupakan Global City atau World City yang memainkan peranan penting dalam Sistem Ekonomi Dunia. Apa yang ada di Guangzhou? Pakaian Kasut Barangan Kulit seperti Handbag Jam Sutera China dan tekstil Pakaian Kanak-kanak Permainan dan bermacam lagi. Ibu juga ingin memborong peralatan dan perhiasan rumah termasuk perabut mewah; Bukan sekadar membeli, memborong dan pulang t...