Sudah 2 hari blog tak berupdate, tiba-tiba hari ni keluar cerita OldTown White Coffee OldTown White Coffee dikatakan kopitiam terbesar dengan 171 outlet as at October 2010. Ibu tidak pernah ke OldTown White Coffee cuma pernah minum coffee plus Hazelnut, sungguh ibu menggemari aroma dan rasa kopinya. Siapa yang minat dengan kopitiam boleh buat franchise dengan OldTown White Coffee, sekarang telah dibuka kepada bumiputera kerana telah mendapat pengiktirafan halal JAKIM dan mereka ada panel halal sendiri. Berniaga mobile sangatlah meletihkan jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan berniaga online. Jualan online duduk relaks dan terima order, buat packaging dan hantar, jualan direct kena berdiri sepanjang hari, muka sentiasa senyum, kena kemas stok yang bersepah dan kena cepat kira duit Hari pertama Jualan Mega di Hospital Sungai Buloh tak menang tangan ibu seorang menjaga booth, jika berkesempatan datang lah sini yer ada lebih kurang 20 booth jualan jer tidak lah seperti Karn...