Anda suka makan kambing? Ibu ni memang tolak batu dan kayu jer kut... semua makan, rugi kalau tak merasa semua makanan yang ada di sekeliling kita ni kecuali yang haram. Jika di Malaysia memang sukar nak jumpa peniaga jual kambing panggang tepi jalan macam jual sate, jika nak makan kambing panggang kena lah pergi ke restoran yang berkenaan dengan harga yang agak mahal atau buat sendiri. Kambing panggang banyak dijual di Guangzhou dan kebanyakan yang menjualnya adalah peniaga Muslim. Memang heaven bila dapat merasa kambing panggang di sini, ironinya tidak ada pula masalah sakit kepala atau panas badan bila makan daging kambing ni. Daging yang fresh dibakar dan diletakkan sos semasa proses panggang dilakukan, memang sangat sedap entah spice apa yang diletakkan nampak macam serbuk cili sahaja. Lembut pula dagingnya, jika di Malaysia daging kambing biasanya agak liat sedikit. Membakar dengan memakai jaket, jika di Malaysia agak kurang tabiat begini, hehe..... Ini pul...