Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Dinasour mengamuk di Bukit Kiara - Dinosalive

Bismillah, Assalamualaikum kepada semua ibu-ibu dan sahabat yang budiman. Alhamdulillah dapat juga mencoretkan sesuatu di sini hari ini selepas beberapa hari (ke minggu?) tidak mengemaskini blog. Bermula dari modem yang rosak kemudian power adapter laptop, sekarang jalur lebar yang selalu terganggu, dalam 5 minit kena disconnect dan connect semula. Tidak sempat saya ceritakan tentang Mom & Baby EXPO baru-baru ini, selesai expo ibu bawa anak-anak tengok dinasour. Sekarang ini berlangsung Pameran DinosAlive di Pusat Sains Negara, jika tidak salah ianya telah bermula dari Nov 2010 dan akan berakhir hujung Mei ini. Dinasour mengamuk....! Mencari mangsa..... Sudah lama ibu tidak ke sini, kali terakhir semasa bujang atau semasa Hakim masih bayi, entah sudah betul-betul lupa. Nampaknya keputusan untuk melihat dinasour sangat menggembirakan Hakim, dan mungkin tidak bagi Aiesyah dan Umar yang pegang erat tangan ibu dan abah bila melihat dinasour yang bergerak itu. Seronok ke ter...
Assalamualaikum Alhamdulillah Mom&Baby EXPO telah selesai, pertama kali berexpo banyak perkara yang ibu belajar, jika diikutkan mungkin belum sesuai kedai online ini untuk masuk expo yang besar seperti itu. Ibu nekad untuk belajar dari sini dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik jika ada sedikit kekurangan di sana ibu bagi pihak Comel Lote Collections mohon kemaafan. Masih tidak dapat kemaskini website dan blog, modem rosak sehari sebelum expo dan sekarang menunggu untuk gantian modem, ibu yang belum pandai update blog daripada iPhone tidak tahu macamana nak masukkan gambar etc. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan expo terutama ct, mi, lid dan paling tidak dilupakan yang sentiasa menyokong suami tercinta serta anak-anak yang memahami (ibu dah janji nanti nak bawa anak-anak tengok dinasour) birthday hakim yang belum sempat diraikan, insyaAllah kita raikan bersama-sama nanti. Terima kasih kepada semua yang singgah ke booth mungkin ada yang merupakan followe...