Assalamualaikum, faktor kesihatan menyebabkan beberapa kerja tertunggak. 2 hari hanya berbaring dan bergerak sekitar di dalam rumah sahaja. Demam menggigil, kepala berdenyut-denyut dan bila berdiri rasa seperti mahu pitam. Alhamdulillah hari ini keadaan semakin baik. Ibu ingin kongsikan cerita ini yang ibu ambil dari notes seorang sahabat di facebooknya. Jumaat lepas, sebuah masjid di Shah Alam menyentuh soal pentingnya aqidah di dalam khutbah Jumaatnya. Khatib ada membawakan sebuah cerita yang menarik dan saya rasa ingin mengongsikan kisah tersebut di blog ini. Berikut adalah kisah tersebut dengan sedikit ubahsuai versi saya: Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan me...