Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

GiveAway by Comel Lote Collections

Kami dengan ini merasmikan satu giveaway bermula 3 Nov, ini adalah giveaway ke-3 yang dianjurkan oleh ibu dan hadiahnya adalah sponsor dari Comel Lote Collections. 3 Nov - 10 Dis 2011 Giveaway ini cukup senang, syarat-syaratnya: 1. Tulis satu entry tentang Butik Si Kecil Comel Lote Collections , apakah produk yang paling anda gemar dan nyatakan kenapa. Pilih produk di SINI atau SINI 2. Tajuk entry adalah mengikut kreativiti anda tetapi perlu diletakkan Comel Lote Collections di dalam tajuk entry tersebut. 3. Anda digalakkan menjadi member Google kami di Comel Lote Collections dan Tinta Comellote 4. Sekiranya anda suka dengan produk di Comel Lote Collections , sila 'like ' kami di facebook  http://www.facebook.com/ComelLoteCollections  dan tag produk yang anda paling suka. 5. Jangan lupa letakkan link Comel Lote Collections dan Tinta Comellote dalam entry tersebut. 6. 10 entry terbaik bakal menerima 'Measure Me Up' ini secara percu...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mee Udang Kuala Sepetang

Akhirnya..... tercapai juga cita-cita nak merasa mee udang famous di Kuala Sepetang. Pagi Sabtu lepas ibu berseloroh dengan abah  "Jom kita gi jalan-jalan..." "Jalan mana?" "Kita gi Taiping...?" "Boleh!" Terus ibu siapkan anak-anak, sipakan makanan dan bawa bekal baju sepasang seorang. Lepas semua sudah kenyang, hampir jam 11 kami bertolak. Abah tanya "Kuala Sepetang tu kat mana?" Ibu jawab "Entah, rasanya macam dekat dengan Taiping" Ibu tertanya-tanya juga apa yang istimewa mee udang Kuala Sepetang ni?  Sepanjang perjalanan dari rumah ke Tanjung Malim kelihatan banyak pondok-pondok kecil peniaga buah durian dan rambutan. Kami menggunakan jalan lama sehingga di Tapah baru masuk highway. Langit sangat cerah, pemandangan yang sangat menarik di sepanjang perjalanan, Subhanallah. Sempat lagi Hakim snap gambar motor hebat ni katanya. Anak lelaki memang suka dengan kereta/motosikal yang be...