Manusia tidak dapat hidup tanpa air, tanpa air kering kontang dunia. Fungsi air adalah untuk menyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, meningkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Jika berasa panas badan, perlu minum air kosong lebih dari biasa, mempercepatkan proses penurunan suhu badan. Sekitar 70% kandungan air dalam badan setanding dengan fungsinya. Tanda-tanda kekurangan air adalah berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit belakang, sakit kepala dan sembelit. Ibu bukanlah pakar kesihatan, berkongsi sedikit ilmu yang ibu juga baru tahu. Bagaimana mengetahui berapa kuantiti air yang secukupnya untuk badan kita? Berapa jumlah air yang diperlukan seseorang dalam sehari? Jawapannya bergantung kepada aktiviti, cuaca, berat dan tahap kesihatan. Mari kita kira jumlah air yang diperlukan mengikut berat badan (senang kira) Kira berat badan dalam paun dan bahagi 2 (jumlah yang dapat adala...