Bismillah Bunyi macam pelik sikit entri kali ni. Ceritanya begini, semalam saya keluar dengan anak-anak mencari sarapan. Kebanyakan gerai jualan pagi sudah tutup dan sudah habis makanan. Maklum sahaja jam sudah hampir jam 10 pagi. Kami berhenti di sebuah gerai, hanya nasi lemak biasa sahaja yang ada. Saya minta 3 nasi lemak bungkus. Semasa kakak peniaga membungkuskan nasi lemak saya, datang seorang lelaki dari kedai bertentangan. Beliau mahu 2 bungkus nasi lemak. Kakak peniaga kata, "Sekejap saya bungkuskan yang ini dahulu nanti tengok masih cukup atau tidak". Selesai 3 bungkus saya, kakak peniaga beritahu lelaki tadi, tidak cukup untuk bungkusan seterusnya. "Satu pun tak dapat ke kak?" Tanya lelaki tadi seperti mengharap. "Tak cukup lah dik" jawap kakak peniaga. Saya berasa simpati dan mahu saja berkata, ambil sahaja 1 bungkus saya punya. Tapi entah kenapa suara tersekat di kerongkong. Saya lihat sahaja lelaki tadi berlalu pergi sambil melintas ja...