Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Apabila Anak Pandai Bermain Kata

Situasi 1: Suatu petang, seorang anak datang menghampiri ibunya. Dengan nada suara yang lembut, anak itu berkata,"Ibu, tolong bacakan" sambil menghulurkan sebuah buku cerita. Ibu yang sedang asyik membaca buku memberikan respon ringkas,"Minta tolong abah bacakan boleh?" Mendengar kata ibunya, anak terus menjawab,"Ibulah baca, suara ibu sedap." Situasi 2: Malam itu seusai solat Maghrib, anak duduk di meja bersama naskah Al-Quran seraya berkata,"Ibu marilah mengaji, Aiesyah sudah siap ni" Ibu memberi respon,"Abah tolong ajarkan Aiesyah ya" Mendengarkan itu, anak terus menjawab "Ibu setaman hati Aiesyah" Alahai anak pandai bermain kata. Terus kata kunci yang tidak bisa dibuka lagi.

Anak Lapan Tahun Mahu Blog Sendiri

Saya cuma ada seorang anak perempuan buat masa ini. Aiesyah lapan tahun. Beliau ada bakat dalam berbahasa. Aiesyah sudah pandai membaca sejak usianya lima tahun walaupun tidak belajar membaca secara formal. Sejak kecil beliau suka dibacakan buku cerita. Seingat saya hampir setiap hari Aiesyah tidak mahu tidur sekiranya tidak dibacakan buku. Tidur bertemankan buku adalah perkara biasa. Apabila mahu ke mana-mana, paling kurang satu buku mesti dibawa bersama. Tabiat suka membaca sudah berjangkit kepada abangnya Hakim yang dulu tidak suka membaca. Aiesyah pernah minta ibu buatkan satu blog untuk dia menulis selepas membaca cerpen Teta Pergi Turki dan Teta Balik Umrah. Terima kasih kepada kawan FB yang menghadiahkan dua buku ini. Nampaknya ibu perlu lakukan sesuatu untuk mengasah bakat menulis Aiesyah pula. Walaupun lancar membaca, Aiesyah belum pandai menulis dengan betul (ejaan), jadi ini adalah medium untuk beliau berlatih. Tahun ini ibu akan banyak dedahkan Aiesyah dengan...