Sumber Google Ibu: Mahukah anak-anak ibu belajar tentang adab-adab yang disebutkan di dalam Quran? Anak: Nak, nak. Adab apa ibu? Ibu: Adab yang pertama: Larangan masuk ke bilik ibu dalam 3 waktu kecuali dengan izin. Ada 3 waktu, anak-anak tidak boleh masuk ke dalam bilik ibu dan abah kecuali dengan izin Anak: Waktu apa ibu? Ibu: Waktu pertama sebelum Subuh Kedua waktu tengahari Ketiga selepas Isyak Apabila hendak masuk, perlu minta izin dengan memberi salam. Begini caranya, "Assalamualaikum, boleh saya masuk?" Selepas diberi keizinan barulah masuk. Anak: Kenapa begitu ibu? Ibu: Itu adalah arahan yang telah ditentukan oleh Allah. Ada disebutkan di dalam Surah An-Nur: Ayat 58. Surah ini di ayat pertama, Allah sebutkan bahawa ini adalah surah yang Allah turunkan dan wajibkan hukumnya supaya manusia beringat. Sebelum subuh - mungkin ibu dan abah belum lagi bangun. Tengahari - waktu panas, waktu mandi dan menukar pakaian Selepas Isyak - waktu ti...