Jangan pergi sana. Gelap. Ada hantu! Pernah atau tidak kita menakutkan anak begitu? Jangan takutkan anak dengan perkara yang tiada apa lagi tahyul. Jangan keluar rumah nanti ada polis tangkap. Tipu. Perbuatan menakutkan anak kecil akan menjadikan anak lemah dalaman. Penakut. Kurang yakin diri. Apabila biasa dengan ayat ugutan dan menipu, lama-lama kelamaan anak sudah tidak lagi percaya. Sedangkan Islam menajar supaya kita hanya perlu takut kepada Allah. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, siapa yang menipu, maka dia bukan dari golonganku. Nabi tidak mengaku umat. Takut kepada Allah. Bagaimana? Adakah takut kerana Allah garang? Perkara ini perlu dijelaskan dengan baik supaya anak faham konsep takutkan Allah Takut untuk melakukan perkara keburukan. Kisah seorang wanita penjual susu yang tinggal di hujung kampung. Untuk mendapat keuntungan lebih, wanita tersebut mencampurkan air ke dalam susu supaya lebih banyak. Maka lebih hasil jualan. Anak perempuan beliau, melihat lalu mengel...