Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ::4BLOGGER

Sambutan IdulAdha dan Doa Selamat Bersama Anak-Anak Yatim

CRAYON Team mengajak semua ke Sambutan Hari Raya IdulAdha dan doa selamat bersama anak-anak yatim Asrama Damai, Kuang, Selangor. Untuk maklumat lanjut sila ke blog Pnut

Salam Idulfitri 1431H

Maaf kepada semua jika ada tersalah bahasa, terkasar perkataan atau tersalah taip. Semoga raya tahun ini memberi 1,000,000 makna atau lebih buat kita semua. Pada yang pulang menaiki kereta berhari-hati di jalanraya, pandu dengan kewarasan akal, berhenti dan berehat jika letih dan mengantuk.  Pastikan kereta dalam keadaan baik.

Menang The New You Giveaway

Haritu kan ibu ada join Giveaway by Hanz TheHoneyBunch , cerita pasal The New Me After Being WAHM Alhamdulillah dapat hadiah tempat ke-6, dapat hadiah-hadiah ini: Nabila House PFA 'Parfume & Voucher' worth RM25 Zara Shoppe Shawl worth RM9 Tadi ibu dah geledah apa yang ada kat Nabila House PFA , banyak sangat pilihan parfume yang ada sampai tak tahu nak pilih yang mana. Parfume apa yang anda suka? Boleh jenguk sini Zara Shoppe Shawl ada koleksi shawl from syria, nak cari shawl untuk raya boleh jengah ke sini . Ibu tak pakai shawl walaupun berkenan sangat-sangat, mungkin akan jadi tudung raya anak dara ibu si Aiesyah tu lah, dah pandai bergaya dengan tudung sekarang, "Budak perempuan kena pakai tudung" katanya. Tahniah pada semua pemenang yang lain, pemenang utama dapat blog makeover by Jiji, ini yang paling syok rasanya, tapi takpe dapat parfume baru untuk raya ni dah cukup bagus plus shawl raya for Aiesyah. Terima kasih Hanz atas Giveaway dan semu...

En. Nuffnang Lebih Suka Blog Peribadi

Ini adalah berdasarkan pengalaman ibu sendiri, mungkin lain orang lain pula penilaiannya, terserah. Ibu mula kenali Nuffnang dengan BlogShop sebab memang itupun blog yang mula-mula. Hampir 7 bulan kemudian barulah ibu buat satu lagi blog yang berbentuk peribadi ini. Niat asalnya dulu hanya untuk menceritakan dengan lebih lanjut barangan yang dijual di BlogShop tetapi bertukar kepada lebih peribadi pula. Jika hendak dibandingkang dari segi traffic, jumlah unique visitor bagi blogshop adalah berganda-ganda daripada blog ini, tetapi untuk BE blogshop jarang sekali dapat CTR bonus. Berlainan dengan blog ini yang punya visitor yang malu untuk ibu beritahu kalian tapi selalu mendapat extra income melalui CTR Bonus. Ibu berpendapat bahawa En. Nuffnang memang lebih menyukai blog bersifat peribadi yang anda boleh ceritakan tentang apa sahaja daripada blog menjual barang yang terhad entrynya berkaitan barangan yang dijual sahaja. Takkan lah ibu nak cerita pasal puasa pula di blogshop k...

Blog Yang Suka Baca

Ibu bila ada masa memang suka jengah dan melawat blog kawan-kawan kat sini, terutama yang ada dalam bloglist ibu ni. Tidaklah semua blog list yang ibu ada ni ibu suka jejak semuanya sebab ada ciri-ciri yang menyebabkan ibu suka jejak antaranya; 1. Tajuk Entry Menarik - Semua orang nak letak tajuk entry yg catchy kan, tapi biarlah kena dengan isi, janganlah tajuk jer alahai tapi isinya takde apa sangat. Ada entry yang ibu nak baca tengok pada tajuk walaupun tidaklah catchy 2. Entry sederhana - Tidak terlalu pendek sehingga rasa tidak puas membacanya, atau entry yang terlalu panjang berjela hingga malas nak habiskannya. Tapi jika entry panjang dan menyentuh hati takper.. memang boleh baca sampai habis, kalu takde masa tu, masa lain pasti ibu jenguk lagi 3. Cakap yang tak merapu - Jujurnya ibu kurang faham kalu blogger gunakan perkataan yang terlalu simple sampai ibu tak faham, skema tak ibu? hehe.... dan gunakan perkataan yang elok, sebab ibu tidak suka baca banyak perkara ...

Award Tag dari Kakchik

1) Suka tak dapat award ni? bagi ucapan sikit. Mestilah suka... tak sangka pulak kakchik sudi nak beri award ni pada ibu. Sejak kenal kakchik beberapa bulan lalu... (eemmm, bila yer?) kakchik antara blogger yang rapat selalu ziarah-menziarahi antara satu sama lain macam sudah lama kenal, tapi hakikatnya kami kenal secara maya sahaja. InsyaAllah jika diizinkan ingin bertemu 4 mata dengan kakchik 2) Bintang itu cantik di mata kamu? suka bintang? Subhanallah.... memang bintang antara keajaiaban yang diciptakan oleh Allah untuk melengkapkan kejadian alam semesta. Memang lah suka, bila malam bintang penuh di langit ibu suka cari bintang yang membentuk zurah (ek?) dah lupa larr.... tapi ibu suka! Ada bintang yang bersusun 3 menunjukkan arah kiblat, dan pelbagai bentuk yang kadang-kadang ibu cipta sendiri. Bintang juga memberikan ibu inspirasi, pernah ibu hampar tikar dan berbaring di atasnya sambil mengadap bintang, memang menenangkan dan mengujakan dengan ciptaan Allah ini. Anak-ana...

Beg Keychain yang Cute

Ini entry nak tunjuk tiada... show off Comel tak keychain bag ni? Ibu beli beberapa bulan lepas, mula-mula ingat nak jual tapi cam sayang pulak sebab cute sangat.... Boleh letak duit syiling kat dalam dan sangkut pada handbag atau jadikan keychain kunci kereta atau kunci rumah. Ibu letak dalam ni pendrive yang dah togel ni, ntah mana hala dah baju pendrive ni, tapi masih boleh digunakan nak buang sayanglah pulak. Siapa yang nak bag keychain ni? Ada lagi dalam simpanan... mula-mula beli dulu ingat nak jual tapi tak jadilah cam cantik sangat pulak. Jadinya ibu bercadang nak jadikan bag keychain ni sebagai gift pada buyer yang beli paling banyak di kedai ibu dari April 2009 - Jun 2010. Ini sebagai tanda ibu menghargai semua pelanggan ibu, terima kasih banyak-banyak. Macam-macam design ada... abaikan lukisan pada tikar yang dilukis oleh anak ibu yang kreatif Ada lagi yang nak ke? Ok lah apa kata kalau ibu buat giveaway...... tapi giveaway yang bagaimana yer nak buat? Nanti ibu fik...

Terima kasih Kak Yong

Saya memang tidak pandai berkata-kata apalagi bersyair dan bersajak, tapi inilah yang saya katakan haritu tentang best nyer jadi blogger. Kenal dengan kawan baru, blog menjadi medan untuk kita bersembang dan berbicara walau tidak kenal rupa tapi kita kenal melalui kata-kata Review kakyong tentang saya di blognya sebagai hadiah sebab teka berapa helai cd yang di jemuran. Bukan hadiah yang menjadi sebab utama tapi keikhlasan dalam berkawan. Saya mula kenal kakyong semasa care to kakyong oleh sitisifir10 suatu masa dahulu. Oh yer lama sitisifir tidak update blognya, dulu saya suka baca entry nya yang sentiasa dengan ayat-ayat kelakar. Saya doakan sitisifir dalam keadaan yang baik-baik saja. Sedikit tentang review kakyong tentang saya. 1. CD: memang saya telah lama bercd tapi tidak lah expert cuma berkongsi setakat mana yang tahu daripada pengalaman, ada ibu lain yang lebih expert contohnya zureen, saya banyak belajar dari blognya tentang cd . 2. Kerja dari rumah: Ini pun banyak la...

Best Betul Jadi Blogger

Salam petang Jumaat, penghulu segala hari semoga segala aturan dan perancangan berjalan dengan sebaiknya. Ibu doakan anda semua dalam keadaan yang sihat dan penuh dengan limpahan kasih sayang Allah dan orang di sekeliling. Sejak 2 menjak ni, anak-anak menjadi inspirasi untuk ibu menulis tapi ibu merasakan kecetekan ilmu makin terserlah pula bila menulis. Adakah anda juga rasa begitu? Terkadang seperti anak-anak sekolah pula menulis blog begini, ini apa yang ibu rasakan sahaja sebab ibu suka jer baca apa-apa sahaja yang kawan-kawan ibu tulis kerana dari situ ibu kenal kawan-kawan ibu :) Ibu dah jadi bloggerholic dah sekarang ni, pagi bila bukak jer laptop, mende pertama yang tengok adalah email, kedua adalah blog, ketiga blog dan keempat juga blog :D Daripada blog ibu kenal ramai kawan yang baik-baik semuanya, bertukar pandangan dan berkongsi cerita. Ada blog bila baca sangat menyentuh hati sehingga bergenang air mata, ada blog yang ibu baca sehingga ketawa meleret-leret. Betullah...

Senangnya Design Blog Template

Senang sangat dengan features baru yang ada dalam Google Blogger . Ibu baru perasan tadi masa login ke blogger nak add new entry ada satu button baru Design kalau sebelum ni Layout . Tak percaya, login lah sekarang, betul.....  tengok ni Senang betul nak tukar template design dengan features baru ni, klik pada design tu dan dalam tu ada Template Designer , Template Designer ni yang akan memudahkan kerja kita untuk tukar template, background, width of our template, sidebar tu semua tak payah pening2 kepala nak copy html code dan risau dengan widget2 yang akan hilang sebab InsyaAllah guna Template Designer ni widget2 takkan hilang. Ada 4 menu dalam Template Designer ni; Templates, Background, Layout, Advance . Macam-macam pilihan template yang ada, nak cuba klik pada menu Templates, terus boleh tukar template baru takde lah bosan dengan template lama dan InsyaAllah semua widget2 pun tak hilang. Tak payah nak cari background kat Google dah lepas ni sebab kat sini ada banyak...

Tak Sabar Nak Cash Out Nuffnang

Saya budak baru belajar, excited nak cash out Nuffnang, orang lain dah beberapa kali dah cash out :D Sejak dapat buffered earning hidup saya berbunga-bunga sebab earning saya cepat sungguh meningkat. Dulu waktu mula-mula letak Nuffnang kat blog saya macam menunggu buah yang tak gugur sebab earning asyik RM0.00 saja, masa tu menanti dan terus menanti bilalah orang nak klik iklan kat blog saya :) Mendaftar dengan Nuffnang pada September 2009 dan masa tu tak tahu pun fungsi Nuffnang sebenarnya, seronok tengok ada keluar iklan macam-macam dan setiap iklan tu sangat menarik pada saya sebab tu saya letak dalam blog. Buffered Earning pertama kali pada January 2010 dan sejak dapat buffered earning yang pertama, lepas satu satu buffered earning pendek kata sentiasa ada Alhamdulillah. Walaupun buffered earning tidak lah sampai 8 sekaligus macam yang diberitahu oleh seorang kawan blog, paling tinggi saya dapat pun 4 jer, sekarang yang masih berjalan 3 yang lain-lain dah jadi metered earning...

Gift from 1Superkids-MBP Family Day

Kami semua ke Wisma Bling Lustre pada Ahad lepas untuk sama-sama meriahkan 1Superkids-MBP Family Day , dah namanya Family Day ramai yang datang dengan family masing-masing, suami isteri dan anak-anak yang kiut-miut dan comel-comel semuanya ;) Anak-anak memang teruja dengan hadiah yang mereka dapat tak kisah walaupun hanya sebiji gula-gula atau lollipop, tersenyum lebar hingga ke telinga dan duk bercerita lah selagi ingat. Masa Family Day tempohari Hakim masuk coloring contest (rasanya bukannya contest sangat tapi gift for kids yang participate) dan dapat red doggy pencil case yang chomel ni, mula-mula geli jugak sebab tengok doggy tapi sebab kiut ok lah, warna merah pulak tu memang tak tahan... anak-anak memang suka color red! Tengok lah tu Aiesyah dan Umar duk main red doggy pencil case, Hakim bagi kat Aiesyah sebab dia dah ada yang lain dan tak muat nak masuk pencil color dia yang banyak dan panjang-panjang tu. Selain itu dapat jugak bag Playhouse Disney color kuning yang sangat...

Jana RM Dari Rumah

Ingin bekerja di rumah tapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan dan bagaimana caranya? Buku Jana RM Dari Rumah ini boleh membantu, gaya penulisan yang menarik dan langkah demi langkah yang diterangkan secara detail mampu menjadikan impian suatu kenyataan jika diikuti. Buku tulisan Masayu Ahmad ini menggunakan gaya penulisan yang santai dan praktikal berdasarkan contoh Suri yang telah mulakan karier di rumah. Setiap bab dipecahkan kepada sub-bab yang mudah dan ringkas. Bagaimana menetapkan matlamat untuk bekerja di rumah, konsep, pilihan kerjaya dari rumah, bisness apa yang praktikal dijalankan di rumah, dan persediaan untuk memulakan. Pengurusan masa sangat perlu dititikberatkan jika mahu berjaya dalam karier dan dalam masa yang sama keluarga diutamakan. Tidak boleh lupa cabaran yang bakal dihadapi bila bekerja di rumah, bagaimana untuk memotivasikan diri, buat perancangan dan pelan pemasaran, tidak dilupakan aspek pengurusan kewangan. Salah satu keberkesanan penulisan buku ini...

1Superkids - MBP Family Day....!

Belum ada plan nak ke mana-mana on Mother's Day 9th May 2010? Jom lah join 1Superkids - MomBloggersPlanet Family Day. Best event of the year ni, top 50 bloggers will be here dan dapat liputan daripada press, Harian Metro, Mingguan Wanita, Majalah NUR, Pa&Ma dan TV . Wow... rugi kalau tak join! Manalah tahu kut-kut kita pun boleh jadi top bloggerz. :D Event: 1Superkids Club Launching & Family Day Time: 2pm – 6pm Date: Sunday, 9th May 2010 Fee: FREE!! Venue: Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong (map available here ) Cepat register sebab FIRST 100 registered family akan dapat doorgift! Macam-macam aktiviti yang akan diadakan, you name it! - Indoor, outdoor activities - Activities for childrens - Bengkel Ikatan Tudung - Clown and balloons for kids - Booths - PLAYHOUSE DISNEY (Mickey kena ada... my kids suka sangat!) - Macam-macam lagi......!

Bufferred Earning Berbaloi-baloi

Memang syok kalu dapat bufferred earning, patut lar ramai duk citer macamana nak dapat buffered earning maklumlah saya ni budak baru belajar, baru dapat 4, 2 dah jadi metered now running 2 buffered earning. 1 buffered earning pun boleh dapat dalam belas ringgit, kalau 2 puluh2 ringgit. Ai tak dapat dibayangkan jika blog yang glemer tuh dorang sekali dapat sure banyak buffered earning kan. Andai kata dapat 5 buffered earning dalam satu masa, seminggu dah beratus boleh dapat. Patutlah sebulan boleh dapat income beribu daripada Nuffnang! Bila dah nampak di depan mata, baru lah saya yakin yang memang boleh dapat duit percuma dengan Nuffnang (percuma sebab tak keluar modal langsung) cuma kena ada sedikit effort untuk pastikan duit sentiasa mengalir masuk. 1. Traffic Seperti yang saya baca sebelum ini tentang tips Nuffnang, memang traffic adalah key utama. Mungkin Nuffnang akan letak buffered earning apabila blog kita menepati kriteria yang diorang tetapkan contoh unique visitor mest...

Saham-Saham Percuma menggunakan Enjin Carian

Saya baru menerima email daripada seorang kawan memberitahu tentang perkara ini, nampaknya ada satu lagi cara mudah untuk kita dapat wang melalui enjin carian MyLook.com MyLook.com adalah enjin carian baru yang yang menawarkan saham-saham percuma kepada ahlinya yang berdaftar dan melakukan carian. Pendaftaran ahli adalah percuma. Tawaran ini mungkin hanya sah pada peringkat awal pelancaran enjin carian MyLook.com berhak menarik balik tawaran ini di masa hadapan. Bagaimana pun, semua unit saham yang telah anda kumpul akan terus menjadi milik anda dan mendatangkan pulangan bulanan. Setiap unit saham adalah bernilai 22 cents (USD) buat masa sekarang. Setiap unit saham akan memberikan pendapatan bulanan kepada anda dalam bentuk dividen bulanan. Sertai  sekarang dan dapatkan: -> 5 unit saham percuma setiap hari (maksima) sekiranya anda melakukan 5 carian menggunakan MyLook.com* pada hari tersebut. -> 5 unit saham percuma untuk setiap ahli yang anda kenalkan (tiada ...

Beautiful Blogger Award

Beautiful Blogger Award from KiNSyAkRn & Temp. Housewife . Thanks a lot for both or them and really appreciate sebab pilih saya to receive the award. Rewards tak de ker? This award just like surat berantai, if you read them then you have to do the same thing. But never-mine sebab we can exchange link together-gether. My link stated in your blog and your link in my blog. (psst...temp housewife... tambah link dekat nama Wan Anie tu) 7 Things About Myself 1. Really need rice for daily diet . Saya ni jenis yg suka makan dan mesti makan nasi, kalau tidak saya akan sakit kepala sebab tak cukup karbohidrat. Sumber karbohidrat saya yang utama adalah nasi, nasi dan nasi. 2. Very addict to coffee . Betul, saya memang suka minum kopi, tidak kira mengandung ke menyusu ke kopi tetap pilihan di hati, koko tu 2nd choice if takde kopi dan teh saya kurang sebab selalu angin bila minum teh kecuali teh herba. 3. Seorang yang penyayang terutama kepada anak kecil termasuk barang-barang plastik m...

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Wah... senangnya terbang bersama MAS dengan adanya flymas.mobi ! Semuanya di hujung jari anda dan di mana sahaja. Semua perkhidmatan ada di sini dari book flight, check booking, flight status, timetable, luggage tracer (manalah tahu kut terhilang bag pulakkan) even check in pun boleh! (lepas ni nak masuk flight sumer orang duk tunjuk-tunjuk telefon jer lah yer..) Jika tiba-tiba anda teringin nak balik kampung di Kota Bharu, anda ambil je handphone terus taip http://flymas.mobi dan paparan skrin seperti di bawah akan muncul. Anda boleh melihat paparan dengan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Click on Book Flight; choose origin and destination, date, oneway or return ticket and class. Easy with flymas.mobi ! Sungguh cepat dan mudah dengan flymas.mobi anda boleh membuat tempahan tiket di mana sahaja. Flymas.mobi sangat membantu jika anda di saat kecemasan kan? Maklumlah dengan musim tengkujuh sekarang ini, bila berada di kampung anda kena cepat-cepat booking flight b...

Bagaimana Membuat "Read More .... "

Kali ini saya mahu berkongsi bagaimana untuk mengadakan " Read More .." dalam post entry. Minta maaf kerana terpaksa campurkan Bahasa dan English kerana sesetengah istilah itu lebih mudah difahami menggunakan Bahasa Inggeris. Lucky me if I write this post entry in English because what I need to do is copy and paste, but for some of us they could not get the instruction properly and some 'misunderstanding' happens on their blog templates. The "Read more..." option (aka "expandable posts") allows you to show a shorter version of a longer post, or a summarized version, in the main page of the blog. The readers can then expand the post to its longer full version in the post-page by clicking the "Read more..." button. This option is great if you have posts that are too long to be shown on the main page. Sila pastikan template yang hendak digunakan dilabel dengan Expandable Posts barulah template itu boleh berfungsi menggunakan Expandable P...

Tag drpd RosMa: Akak jawab eh..

Akhirnya selesai juga buat homework ini, sudah berhutang banyak hari dengan RosMa. Mula-mula pening juga sebab tak tahu apa mende tag-tag ni... cuba jer lah... mana tau dengan cara ni kita dapat lebih mengenali antara satu sama lain kan? Rupanya senang aje, jawab soalan cepu emas yg mudah tu jer. Sesiapa yang dapat taq dari saya mintak-mintaklah biar sporting eh a. Write five (5) intereting facts about the person who gaves you this award. 1. RosMa yang peramah (suka buat komen2 kan.. ok lah tu) 2. RosMa suka main bowling (nak lawan ngan akak tak? hehe) 3. RosMa suka makanan pedas, kalu tak dia x lalu makan 4. RosMa ni sensitif orangnya... suka merajuk ni (bila dah ada baby ti tak boleh dah merajuk kerap2 sangat so masa ni la dia nak merajuk 5. RosMa suka berangan nak ada baby yg comel lote dan suka tido so senang sket nak jaga cam gambar header RosMa tu akak suka b. Jot down ten (10) intereting facts about yourself and your hobbies.. 1. Suka ngadap laptop ni sampai lupa t...